Rasulullah SAW adalah manusia yang istimewa, dekat di jiwa dan memiliki “aura” seorang pemimpin yang berwibawa. Baginda adalah qudwah yang nyata, seorang murabbi ulung dan juga seorang rasul yang terus menerus diingati sepanjang zaman.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”
Al-Ahzab : Ayat 21
Justeru, timbul persoalan tentunya dalam menzahirkan cinta dan sayang kepada baginda bukan semata-mata tuturan bicara di bibir tetapi harus dijelmakan dalam bentuk tindakan, penghayatan dan kehidupan seharian.
Alhamdulillah, tahun ini masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk melaksanakan program Qiamullail bulanan bagi sesi Januari 2014 ini.
Menyedari hakikat bahawa golongan muslimin adalah tonggak dan pemimpin dalam apa-apa jua keadaan dan situasi, lantas program Menyeru Muslimin dilaksanakan lagi buat kali ke-3.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan kedua-dua program. Meski ada yang tidak sempat menemani sehingga ke lambaian ukhuwwah.
Ceramah daripada Ustaz Hafiz
"Dakwah Rasulullah, Dakwahku"
Salah satu rutin Qiam~ Bacaan Al- Mathurat :)
Check-Point 1
Check-Point 2
Check-Point 3
Pertandingan Gubahan bagi kakak2 KRU
Gubah jangan tak gubah :)
Adik-adik KRU Tunas pula melukis & mewarna :)
Dah siap pun gubahannya.
Macam cantik jer, macam comel jer ^_^
Sekarang masanya membentang gubahan masing2..
Slot Khas Muslimat : "Kerana Dirimu Begitu Berharga"
Majlis Perasmian & Penutupan
Ucapan Pengarah Program. Abg Faris Hamizan
Ucapan Perasmian & Penutupan daripada
Abg Ekhwan selaku Exco Masyarakat & Siswazah PSS Tuaran
Akhir kata,
Marilah berdakwah dengan kemampuan yang paling maksima, hatta dengan qudwah hasanah, agar kita sentiasa 'hidup' bersama Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment