Saat kenderaan yang dinaiki berhenti depan pagar sekolah, mereka yang tengah bermain kejar-kejar terus berhenti dan memandang tepat ke arah kami. Ada yang berbisik sesama sendiri. Lantas berlari-lari anak mendapatkan kami. Terpancar senyuman mesra pada raut wajah yang jernih itu. Sambil menghulurkan tangan untuk berjabat, satu persatu soalan diajukan "Ustazah, ustazah dari mana?, "Ustazah sapa nama?," Ustazah datang sini mau ajar kami solat ka?, hari ni kami ada bengkel solat".
Satu persatu soalan dijawab dengan tenang. Geli hati melihat gelagat mereka. Hampir saja tergelak dengan gelagat mereka. Lalu pertanyaan diajukan kepada mereka " Ustazah Nadhirah ada?". Salah seorang dari mereka menjawab "Ada ustazah, ustazah Nadhirah ada di atas, nanti saya panggilkan ustazah nazirah. Ustazah tunggu kejap ya" sambil berlari naik ke atas. Kami hanya memerhati langkahnya sehingga hilang dari pandangan mata.
Alhamdulillah, berkesempatan menjejakkan kaki ke SJK (C) Chung Hua, Tamparuli pada 3 Mei 2014 (Sabtu). Pertama kali dapat berprogram disini merupakan satu kesempatan yang sangat dinanti-nantikan. Terbayang saat menerima jemputan sebagai fasilitator. Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran.
Apa yang pasti, peserta-peserta yang hadir sangat dahagakan ilmu agama. Hanya belajar pendidikan Islam di kelas tidak mencukupi untuk difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Tahniah kepada pihak sekolah atas penganjuran program yang sangat baik ini dan terima kasih kerana menjemput PSS & KRU Tuaran berkongsi ilmu yang tidak seberapa. Moga ada manfaat buat adik2 peserta.
Sesi taklimat daripada Ustazah Nadhirah (sebelah paling kiri) :)
Peserta dibahagikan kumpulan
Masa untuk tasmik bacaan solat :)
Tetap bersemangat meski bacaan masih merangka-rangka :)
Masa yang ditunggu-tunggu. Jom minum pagi :)
Slot ceramah bersama Ustaz Azim
Best ceramah ustaz. Penyampaian yang santai & menarik.
Hadirin tak kering gusi dibuatnya :D
Ibu bapa juga turut hadir mendengar ceramah :)
Penyampaian cenderahati kepada PSS & KRU
Bergambar bersama para fasilitator yang juga
merupakan guru-guru j-qaf :)
Pada tarikh yang sama juga, turut berlangsungnya Program Qiamullail & Malam Kesenian Islam di Kg Indai. Ketibaan kami petang itu disambut oleh beberapa orang penduduk kampung yang sedang mengadakan persiapan terakhir untuk majlis malam nanti. Dari anak muda, dewasa malah pakcik-pakcik dan makcik-makcik juga turut ada disana. Terpancar kesungguhan di wajah mereka.
Seusai solat asar, kami mula mengambil alih tugas membuka pendaftaran dan menanti kehadiran ahli PSS & KRU serta penduduk kampang yang lain. Satu-persatu ketibaan tetamu diperhati. Setiap kali penduduk kampung yang tiba, pasti ada sesuatu yang dibawa bersama. Sama ada makanan ataupun minuman. Sungguh, semangat dan kerjasama yang diberikan sangat dikagumi.
Tahniah dan terima kasih kepada pengarah program kerana mencadangkan supaya program ini dilaksanakan di kampung Indai. Jelas terpancar rasa kegembiraan dan kelegaan di wajahnya tatkala program melabuhkan tirainya. Rasa puas kerana dapat memberikan sesuatau kepada penduduk kampung sendiri. Seperti dalam satu hadis Nabi...
“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadis riwayat Bukhari.
Semoga program ini dapat mengeratkan silaturrahim antara kita sebagai saudara seagama dan paling penting moga Allah redha dan berkati kita semua. InsyaAllah moga bertemu lagi pada kesempatan yag lain. Ilal liqo' ^_^
Jom saksikan sedutan sepanjang program...
Inilah dia hasil kesungguhan dan kerjasama warga Kg Indai :)
Kemas & cantik. Ala-ala pelamin pun ada :)
Senja yang mendebarkan..
Solat maghrib bersama warga Kg Indai
Kuliah Maghrib disampaikan oleh
Ustaz Aren yang bertajuk "Kesyumulan Islam"
Sedia untuk dijamu :)
Malam yang sungguh meriah :)
Antara penduduk kampung yang turut hadir..
Ucapan Ketua Kampung Indai
Penyerahan Cenderahati kepada Kg Indai atas kesudian
berprogram bersama PSS & KRU Tuaran :)
Slot yang wajib ada setiap kali berprogram :
Pengenalan PSS & KRU
Live daripada kumpulan MUSLIH..
Hiburan yang mampu mendidik jiwa.
Tahniah & terima kasih kumpulan MUSLIH :)
Majlis diselang-selikan dengan pertandingan Quiz
Tahniah adik kerana berjaya menjawab soalan dengan tepat.
Abg tolong lekatkan button ni ya :)
Sebagai penghargaan, pemenang kuiz diberikan button badge
khas daripada PSS & KRU :)
Tidak ketinggalan, majlis diserikan dengan persembahan
Marhaban :)
Seusai solat subuh, tayangan video Ahmad Ammar menjadi santapan.
Moga ada ibrah daripada kisah hidupnya.
Sesi ta'aruf bersama kanak2 & remaja Kg Indai
sebelum bersarapan pagi..
Muslimat tidak ketinggalan :)
Bergambar sebelum berangkat pulang.
Moga bertemu lagi di lain kesempatan..in shaa Allah :)
Akhir kalam, mohon doakan sahabat kita Mohd Zarif Siraj bin Rusbi (kanan) yang juga merupakan Pengarah Program Qiamullail & Malam Kesenian Islam Kg Indai.
Beliau akan menjalani pembedahan jantung pada 19 Mei 2014 (Isnin) di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Disamping berusaha, mari sama-sama kita berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT. Sesungguhnya tiada daya dan upaya kita melainkan dengan pertolongan Allah.
No comments:
Post a Comment