Saturday, August 30, 2014

Jom Sertai Kem Remaja Cemerlang & Solat Hajat Perdana 2014


Kem Remaja Cemerlang & Solat Hajat Perdana 2014.

InsyaAllah bakal menghimpunkan 150 orang peserta dari 10 buah sekolah menengah dan sekolah rendah sekitar daerah Tuaran.

Penyertaan khas untuk pelajar yang bakal menduduki UPSR,PMR,SPM dan STPM 2014.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Antaranya..
Slot Motivasi 1 : "Exam Hall, Mu Tunggu Aku Datang"
Slot Motivasi 2 : "Mencontohi Kepimpinan Al-Fateh"

Jom daftar sekarang. Hubungi nombor yang tertera.
In Shaa Allah jumpa anda di sanaa ^_^


Wednesday, August 13, 2014

Suatu Hari Di Hari Raya: Jelajah Syawal

Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Qais r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w banyak menziarahi kaum Ansar baik secara khusus mahupun umum. Jika ia menziarahi secara khusus ia mendatangi  seseorang di rumahnya, jika ia menziarahi secara umum ia mendatangi masjid.
(Riwayat Ahmad)

Sesuai dengan hadis junjungan Nabi Muhammad s.a.w., alhamdulillah PSS dan KRU Tuaran berjaya melaksanakan ziarah khusus ke rumah kampung keluarga angkat di Kampung Sambah, Tuaran dan Kampung Kiwoi, Tamparuli. Moga Allah redha.


31 Julai 2014
4 Syawal 1435H

“Hari Raya merupakan hari bahagia yang mana semua ahli keluarga , rakan taulan dan saudara mara yang dirindui sekian lama berkumpul dan saling bercerita soal kehidupan , bermaafan dan mengeratkan silaturahim sesama kita.
Alhamdulillah, penantian bagi mengubat rasa kerinduan yang membuak dalam dada telahlah pun terluah. Kini PSS & KRU akan berziarah Raya ke Kampung angkat, Kg Sambah..alangka gembiranya hati kami. Pada 1 ogos 2014 bersamaan 4 syawal 1435 hijirah merupakan  tarikh keramat yang tidak akan kami lupakan.
Perjalanan kami yang mengambil masa 40 minit ke destinasi dengan mengunakan jalan air serta menaiki bot yang menjadi salah satu jalan pintas bagi para penduduk kampong  ulang alik dari pekan ke kg sambah. SubahaAllah..sungguh indah panorama keindahan ciptaan Illahi. Udara yang segar dan pokok-pokok kehijauan di sepanjang perjalanan kami.
Setibanya kami di kg sambah, kami disambut dengan gembiranya oleh keluarga angkat. Sungguh, mereka telah bersedia lebih awal menanti kedatangan kami dengan pelbagai juadah. Adalah menjadi satu kemestian bagi kami, setiap rumah akan ada tazkirah samada dari tuan rumah mahupun wakil dari PSS & KRU sendiri.

Daripada “Abdullah bin ‘Amru bin al-;Ash ra. Rasulluah SAW bersabda: “sampaikan lah daripadaku walau satu ayat. (Al-Bukhari).

Walaupun kedatangan kami tidak la amat memuaskan keluarga angkat kerna bilangan kami yang tidak seperti yang dijangkakan, namun penduduk kampung  Sambah  amat bersyukur dapat bersua muka dan yang pastinya mengubat rindu yang terpendam.

Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya:
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ".

 


 
 
 
  
 
 
 
 
Barakallah Kak Shella & Suami



1 Ogos 2014
5 Syawal 1435H

Dua tahun berlalu sejak perlaksanaan Program Titian Kasih 2012 di Kampung Kiwoi, perkampungan Dusun-Muslim di Tamparuli, jalannya kini sudah pun berturap. Alhamdulillah. Geng beraya kami memulakan ziarah raya bermula dari rumah Cikgu Raflee iaitu keluarga angkat Atikah kemudian ke rumah Encik Musani dan seterusnya.

Kedatangan kami sangat dialu-alukan malah sangat dinanti-nantikan oleh para keluarga angkat. Walaupun ada sesetengah anak-anak angkat yang tidak dapat beraya bersama ke rumah keluarga angkatnya namun kedatangan kami juga disambut dengan cerianya oleh keluarga-keluarga angkat.

Sepanjang ziarah raya kami isikan dengan berbual mesra dengan keluarga angkat dan sesi taaruf sesama tuan rumah memandangkan ada yang pertama kali menjejakkan kaki ke Kampung Kiwoi. Mention to Kak Nazirah, Fadilah, dan Tinih beserta geng.

Tak kurang serinya juga dengan pengisian tazkirah yang disampaikan oleh anak angkat di setiap rumah yang kami singgah. Dengan keramahan dan keterbukaan tangan menerima kami sedar tak sedar sampai ke petang kami di sana. Segala pujian buat Allah 'azza wa jalla yang memudahkan segala perjalanan kami dan kami juga berhasil menziarah 10 buah rumah keluarga angkat di Kampung Kiwoi.


Atikah dan Ummi angkatnya

Perjalanan ke rumah seterusnya dipandu oleh adik Saidatul Farhana

Ustaz Khairun juga turut serta.

Rumah keluarga angkat Kak Sofia kami dihidangkan durian! Rugi sungguh yang tak ikut. 
Rumah keluarga angkat Kak Noor seri dengan geng cilik. 

 
Ketahuilah 
Allah memelihara jalan-Nya
Agar disusuri hati yang bersih
Sarat ketaqwaan
Merindui wajah-Nya
Jua keredaan
Itulah wajah insan pejuang

 

Qiamullail Bulanan dan Sambutan Aidilfitri & Untukmu Gaza

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk kami merasai nikmat hari raya pada tahun ini. Kepada yang sudah pergi, mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka. Moga roh mereka tenang dan dicucuri rahmat olehNya.
 
Di samping meraihkan hari-hari kemenangan di bumi yang aman ini, tidak dilupakan saudara-saudara seakidah kita di luar sana yang sedang berjuang menegakkan kalimah Allah. Qiamullail dan sambutan Aidilfitri kali ingin membawa jiwa-jiwa yang hadir untuk sama-sama menyelami dan menghayati perjuangan rakyat Palestin.
 
Lewat sambutan majlis malam itu, hati kami disentap seketika dengan bait-bait sajak yang dialunkan oleh beberapa ahli KRUT. Hayati....
 
 
Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

Irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

Irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

Sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

Berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

Tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?
 
 
 

Kuliah maghrib daripada Ustaz Zaid
 

Beberapa minit sebelum majlis bermula...
 

 Sibuk nampak Abg Syazwan, kak sarah n kak azidah..
 
 AJK Makanan yang sentiasa bertungkus lumus menyiapkan yang terbaik..
 
 Abg Akmal membimbing bacaan doa..
 
 Ucapan pengarah program dari Abg Amar
 
 Ustaz Azman berkongsi pengalaman sekaligus menyempurnakan ucapan
selaku Pengerusi Masjid Ubudiyyah, Tamparuli.
 
 Ucapan perasmian daripada Abg Syazwan selaku Timb.pengerusi 1 PSST
 
 Riadah : Penyakit berjangkit (^_^)
 
 Gotong-royong sebelum bersurai..
 
 Mop jangan tak mop kak sarah..
 
 Seperti biasa, ber'meeting' untuk Qiam akan datang..
 
 Untukmu Gaza. From Tuaran With Love.