Alhamdlillah setinggi-tinggi kesyukuran bagi Allah kerana dalam kesibukan pertukaran semester baru ini, Allah masih pinjamkan kami kudrat mental dan fizikal untuk melaksanakan Kem Remaja Cemerlang (KRC) dan Solat Hajat Perdana pada 6 hingga 7 September 2014 lalu.
Istimewanya KRC kali ini ialah PSS Tuaran menggabungkan KRC dengan Solat Hajat Perdana khas buat adik-adik KRU yang bakal menduduki UPSR, PT3, SPM, dan STPM. Masjid Ubudiyyah, Tamparuli menjadi pilihan utama tempat KRC dilaksanakan. Program dua hari satu malam ini memuatkan modul dan pengisian yang padat tapi santai.
Dengan penyertaan seramai 75 orang peserta daripada SJK (c) Chung Hwa, SK Pekan Tamparuli, SMK Tamparuli, SMK Badin, SMK Sri Nangka, SMK Sungai Damit, dan SMK Taman Ria. Terima kasih atas kesungguhan adik-adik yang sudi mengorbankan masa, wang ringgit dan tenaga demi meluangkan masa bersama-sama dengan abang-abang dan kakak-kakak PSS dalam program dua hari satu malam ini.
Debaran kian terasa buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini apabila semester kedua alam persekolahan bermula. Kehadiran yang memberangsangkan ini menampakkan kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu. Moga segala ilmu yang adik-adik peserta peroleh dari program ini menjadi batu loncatan buat adik-adik terus berusaha bersungguh-sungguh sehingga mmencapai kejayaan.
Tahniah juga kepada AJK-AJK program dan fasilitator jemputan daripada IPG Kent, Tuaran, Politeknik KK, UMS KK yang menjadi tulang belakang program ini. Jangan dipandang remeh akan usaha yang kalian curahkan demi menjayakan program ini, InshaAllah ganjaran syurga itu menanti kalian. Allahumma Aamiin.
Jom ikuti sedutan KRC
Khusuknya adik-adik mendengar kuliah
Briefing kepada fasilitator
Praktis nyanyi lagu tema KRC: 'Menuju Wawasan'
'Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam....'
antara lirik dalam lagu tema
Usai Solat Asar, aktiviti diteruskan dengan riadah di perkarangan Masjid Ubudiyyah
Cooling down sebelum hemat diri
Selesai sahaja solat Maghrib berjemaah, majlis diteruskan dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Azim
"Rahsia Kejayaan daripada Al-Quran"
sebelum memulakan Kuliah Dasar ke-2
"Ustaz tidak mau tengok ada yang tidur masa kuliah..." Ustaz Razlie
Ucapan wakil Pengarah program KRC
Ucapan perasmian penutupan KRC 2014 oleh Akhi Mohd Fairuz bin Bend, Pengerusi PSST
Tahniah kepada semua peserta, AJK dan fasilitator. Semoga berjumpa lagi pada program PSS & KRU Tuaran yang akan datang.
Program akan datang:
Qiamullail dan Sambutan Aidiladha
Tarikh: 11-12 Oktober 2014
Tempat: Sekolah rendah Islam Al-Hafidz, Tuaran.
Jom datang beramai-ramai...
Sesi pendaftaran peserta
Sesi Taaruf dalam Bulatan Gembira sementara menunggu peserta dari sekolah lain sampai
Bulatan Gembira versi rapat-rapat: Makan tengahari
Selesai makan tengahari, majlis dimulakan dengan kuliah dasar pertama
"Exam Hall, Mu Tunggu Aku Datang" yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nur Syazwan
Khusuknya adik-adik mendengar kuliah
Briefing kepada fasilitator
Praktis nyanyi lagu tema KRC: 'Menuju Wawasan'
'Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam....'
antara lirik dalam lagu tema
LDK 1: Membina semangat & keyakinan peserta
Usai Solat Asar, aktiviti diteruskan dengan riadah di perkarangan Masjid Ubudiyyah
Belon siapa yang paling awal sampai ke garisan penamat?
kakak -kakak fasi menjadi pemerhati
Cooling down sebelum hemat diri
Selesai sahaja solat Maghrib berjemaah, majlis diteruskan dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Azim
"Rahsia Kejayaan daripada Al-Quran"
Selesainya kuliah Maghrib, solat fardhu Isyak disusuli Solat Hajat Perdana yang juga diimamkan oleh Ustaz Azim, Biro Dakwah dan Pendidikan Masjid Ubudiyyah, Tamparuli.
sebelum memulakan Kuliah Dasar ke-2
"Ustaz tidak mau tengok ada yang tidur masa kuliah..." Ustaz Razlie
Slot Muhasabah yang dihandle oleh Abang Ainullutfi dari UMS KK
Surat kepada ibu dan ayah..
Air mata yang tidak tertahan...
agenda terakhir pada malam pertama KRC, postmortem antara AJK.
Keesokan harinya, Qiamullail, solat Subuh dan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Kak Azidah yang bertajuk "Ikon Muda: Ahmad Ammar". Menjadikan Ahmad Ammar sebagai contoh anak muda yang cemerlang dalam setiap aspek kehidupan.
Riadah pagi menyusul selepas kuliah Subuh.
Ustaz Razlie turut membantu
Unik betul modul riadah pagi ni. 'Baldi dan kain'
Selepas sarapan pagi, LDK 2 iaitu membina azam baru dan slot heart to heart bersama fasilitator masing-masing. Seterusnya, slot Pengenalan PSS & KRU yang disampaikan oleh Nur Malia binti Amirullah, Timb. Pengerusi KRUT sebelum Majlis penutupan KRC bermula.
Ucapan wakil Pengarah program KRC
Ucapan perasmian penutupan KRC 2014 oleh Akhi Mohd Fairuz bin Bend, Pengerusi PSST
Tahniah kepada semua peserta, AJK dan fasilitator. Semoga berjumpa lagi pada program PSS & KRU Tuaran yang akan datang.
Program akan datang:
Qiamullail dan Sambutan Aidiladha
Tarikh: 11-12 Oktober 2014
Tempat: Sekolah rendah Islam Al-Hafidz, Tuaran.
Jom datang beramai-ramai...
Pada 15 September 2014, Saudara Mohd Shahrizal bin Ruby, mantan pengerusi KRU Tuaran sesi 2013/2014 a.k.a Orang kuat kami, telah berlepas ke negara Yaman menyambung pelajaran beliau. Titipan doa dari kami warga PSS dan KRU semoga Allah memudahkan urusan beliau di sana.
Pada 16 September 2014 bersamaan hari Malaysia, sehari selepas saudara Shahrizal berangkat ke Yaman, Alhamdulillah kami diberi kesempatan mengadakan Liqo Mahabba' khusus buat pimpinan PSS dan KRU Tuaran bertempat di Masjid An-Nur, Tuaran.
Mendengar pengisian motivasi daripada Akhi Fairuz, Pengerusi PSS Tuaran, sesi Taaruf khususi, sesi curhat, dan sesi brainstorm untuk penambahbaikan program-program PSS & KRU pada hari itu sangat bermakna. Mengukuhkan ukhuwwah antara ahli terutamanya bagi mereka yang bekerja dan belajar di luar daerah, disamping menghidupkan kembali jiwa-jiwa yang terkadang tidur.