Bismillah. Buat adik-adik warga Tuaran dan terhampir. Qiamullail edisi Mac 2015 Kini kembali .Jom bersama-sama kami. Yuran Hanya RM 2. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk poster atau hubungi nombor tertera di dalam Poster.
Thursday, March 26, 2015
Thursday, February 19, 2015
Aku Dibius Cinta : Qiamullail Feb & AGM PSS & KRU Tuaran
Bismillah. Buat adik-adik warga Tuaran dan terhampir. Qiamullail edisi Februari 2015 Kini kembali .Jom bersama-sama kami. Yuran Hanya RM 2. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk poster atau hubungi nombor tertera di dalam Poster.
'' Remaja Hari Ini pemimpin Masa Hadapan "
Sunday, February 8, 2015
Qiamullail Januari & Program Menyeru Muslimin
24-25hb
Januari 2015
Alhamdulillah
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat illahi atas pinjaman masa dan kudrat dalam
menempuhi sesi 2014 dengan cemerlang. Menyusul Qiamullail dan program Menyeru
Muslimin PSS dan KRU Tuaran adalah program pembukaan tirai bagi tahun 2015.
Alhamdulillah. Masjid Ubudiyyah, Tamparuli, adalah pilihan utama bagi program
Menyeru Muslimin.
Program
dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta seawal jam 5.00 petang. Qiamullail
pertama pada tahun ini menampilkan Taiko-Taiko
yang baru dan hebat sebagai moderator Qiamullail kali ini. Hati
berbunga-bunga kegembiraan di atas kehadiran mereka yang sudi membantu dalam
melaksanakan program ini. Terharu.
Program
Qiamullail dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, kuliah Maghrib yang
disampaikan oleh Ustaz Razlie, dari SRI Al-Hafidz, Tuaran, dan solat Isyak
berjemaah. Selesai solat, para peserta diarahkan untuk turun ke tingkat bawah
masjid untuk makan malam. Usai makan malam, para peserta dijamukan lagi dengan
santapan rohani dalam slot ceramah bertajuk “Muslim 24 hours” yang disampaikan
oleh ustaz Zaid dari SMK Taman Ria, Tuaran.
Agenda
mesyuarat AJK Qiamullail yang dibincangkan seusai bacaan surah Al-Mulk ialah
perjalanan program Menyeru Muslimin untuk keesokannya dan sesi taaruf bersama taiko-taiko muslimin yang bakal bergerak
bersama PSS Tuaran.
Sekitar
jam 4.00 pagi Ahad, Qiamullail dimulakan dan diteruskan dengan solat Subuh
berjemaah. Seusai bacaan Al-Ma’thurat, Abang Norfarizan, Pengerusi KRUT sesi
2014/2015 mengetuai acara Menyeru Muslimin pagi ini. Peserta muslimat pula
beriadah dengan diketuai Kak Sofia. Sekitar jam 8.00 pagi, sarapan dan
gotong-royang dijalankan. Seterusnya mesyuarat bagi menentukan tarikh dan
tempat program Qiamullail akan datang.
Program Qiamullail untuk bulan yang seterusnya bakal diadakan pada tanggal 21-22 Februari 2015, bertempat di Masjid An-Nur, Tuaran. Walau bagaimana pun, tempat Qiamullail Akan datang masih dalam perbincangan. Maklumat tepat berkenaan tempat akan dimaklumkan kemudian.
Mari sama-sama saksikan sedutan Qiamullail Januari dan Program Menyeru Muslimin.
Mc kuliah Maghrib: Abang Noorfarizan
Kuliah Maghrib: Ust. Razlie "Apa Ertinya Saya Menganut Islam Dari Sudut Akidah"
Mesyuarat postmertem dan agenda keesokkannya
Sedikit Taujihad disampaikan oleh Ust. Azizi
Program Menyeru Muslimin yang diketuai Abang Noorfarizan
menjejaki Bukit Perahu
Pakai kain pelikat pun boleh sampai ke puncak bukit...:-)
Riadah bersama Kak Sofia
Mesyuarat Qiam akan datang dan majlis penutupan
Ucapan Pengarah Program Qiamullail kali ini
Doa wehdah
Siapakah ‘mereka’ yang dimaksudkan? Kalau nak tahu, kenalah hadir ke program PSST dan KRUTJ Tinggi harapan kami terhadap ‘mereka’ agar thabat dan istiqamah bersama kami dalam menggerakkan kerja dakwah ini supaya dapat melahirkan lagi pelapis-pelapis yang hebat seperti ‘mereka’ dalam kalangan adik-adik KRU muslimin, khususnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)