Tuesday, March 30, 2010

QIAM KALI KE-3 KRU TUARAN, 2010

27-28 Mac
Masjid An-Nur, Tuaran



Alhamdulillah, Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Tuaran berjaya melaksanakan Qiam kali ini dengan bertemakan Maulidur-Rasul 'Sunnah Rasulullah'. Antara fokus ceramah yang disampaikan ustaz Satar ialah :

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Apa yang istimewanya pada Qiam kali ini ialah KRU dengan bantuan PSS mengadakan jamuan khas buat adik-adik KRU sempena meraihkan adik-adik KRU yang berjaya menduduki peperiksaan PMR, SPM, dan STPM 2009.

Terima kasih kepada pihak PSS yang telah membuat kejutan yang tidak disangka-sangka untuk adik-adik KRU. Semoga segala usaha PSS ini dapat menjadikan batu lonjatan kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM, mahupun STPM pada tahun ini untuk lebih berusaha ke arah kejayaan dan memajukan diri dalam kehidupan serta demi agama Islam yang tercinta. Terima kasih juga kepada individu yang sudi sponsor kek. Tahun depan sponsorlah lagi.

Sahabat-sahabat PMR, SPM, dan STPM yang tidak hadir/lewat bolehlah copy kek ni untuk kenang-kenangan. Hehe...

Calon muslimin yang diraih bersama Presiden PSS Tuaran.

Calon muslimat yang diraih bersama Timbalan Presiden PSS Tuaran.

Mmm...sedapnya.

Setelah aktiviti Qiam KRU Tuaran tamat, mesyuarat KRIS pula menyusul. Semua ahli sepakat menetapkan tarikh KRIS Tuaran ditunda pada 23-25 April 2010 bertempat di Masjid An-Nur, Tuaran. Jom ramai-ramai sertai KRIS Tuaran melalui sekolah masing-masing.



Seusai mesyuarat, perut pun mula berkeroncong. Padang Putra Jaya menjadi destinasi 'jalan-jalan cari makan'.

Dapat menapau bubur lambuk free...

Kak Yuyu, kami mau balik dah. Jangan sedih ya..

Sunday, March 28, 2010

Pemberitahuan…

Makluman kepada semua bahawa Kem Remaja Islam (KRIS) daerah Tuaran yang telah dirancang untuk dilaksanakan pada 2 hingga 4 April telah ditunda kepada tarikh yang terbaru iaitu 23 hingga 25 April atas sebab-sebab tertentu. Moga dengan jangka masa yang lebih panjang ini, pihak penganjur akan dapat merancang dengan lebih baik lagi dan menambahkan amalan-amalan sunat disamping menjaga dengan rapi amalan fardhu agar program ini dapat dijalankan seperti yang direncanakan pada tarikh yang ditetapkan. Manakala, adik-adik peserta juga diharapkan akan sentiasa mengikuti perkembangan semasa di sekolah masing-masing kerana pemilihan peserta bergantung kepada pihak sekolah msing-masing. Sekiranya adik-adik berminat untuk menyertainya, rujuklah di sekolah masing-masing ya… mohon maaf sekali lagi mewakili pihak penganjur atas penundaan tarikh ini.. kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
"CEMERLANG BERSAMA ISLAM"

Tuesday, March 23, 2010

'Cuti-cuti Mac' KRU Tuaran

12-14 Mac KRU Tuaran telah menghantar 4 orang ahli muslimin untuk menyertai Jambori Amal di Kudat. Mendengar cerita daripada sahabat-sahabat yang hadir rasa teruja dan geli hati pun ada. Banyak pengalaman yang mereka timba sepanjang program tersebut berlangsung. Terima kasih keapada pihak penganjur, lain kali kalau ada program lagi jangan lupa jemput KRU Tuaran.
Tahniah!!! Kumpulan Aslan (duduk: kiri)


15-16 Mac Persatuan Siswazah Sabah berjaya melaksanakan Kem Induksi Pelajar di surau Al-Aqsa Kampung Kobuni, Inanam. Peserta seramai 25 orang. Seorang ahli KRU Tuaran telah hadir untuk menjadi ajk program. Wakil peserta KRU Tuaran pula seramai 3 orang muslimat yang akhirnya menjadi fasilitator.

Program selama 2 hari 1 malam ini sangat mencabar di mana penganjur program membuat aktiviti eksplores selepas solat Zohor. Panas di musim kemarau sangatlah menduga kegagahan dan kesabaran rohani dan jasmani fasilitator dan adik-adik peserta.




17-18 Mac: Setelah selesai program di Kobuni kami bertiga meneruskan 'cuti-cuti Mac KRU Tuaran' dengan menyertai Bengkel Wakil Rakyat (BWR). Seorang peserta kena balik rumah kerana mamanya dah kerinduan. Patah tumbuh hilang berganti, ada penambahan seorang peserta KRU Tuaran.
Seronok dapat bertukar-tukar fikiran dengan sahabat-sahabat KRU dari kawasan-kawasan lain (KRU KK 5 orang, KRU Sipitang 3 orang, KRU KB 1 orang). Pengalaman yang cukup bermakna buat kami, akan dimanfaat dan dipraktikan sebaik-baiknya.




19 Mac: Di kala ahli KRU muslimat Tuaran menghadiri BWR, ahli KRU muslimin Tuaran bertungkus-lumus membuat persiapan untuk menjayakan Program Menyeru Muslimin. Maka terlaksanalah program tersebut pada 19 Mac. Untuk mengetahui laporan lebih lanjut sila ke http://www.d-kru.blogspot.com/


20 Mac: Warga Tuaran berkesempatan memenuhi undangan walimah Akhi Sezan & Ukhti Qamariah di Kg. Merabau, Kota Belud. Doa kami untuk kedua-dua mempelai:




"Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan."
(HR. Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/316)



21 Mac: KRU Tuaran mengakhiri 'Cuti-cuti Mac' ini dengan menghadiri usrah gabungan KRU.








PeNcAriAn LIrik LaGU....????

Assalamualaikum WBT

Buat sahabat yang dikasihi kerana Allah SWT sekalian,
Selaras dengan program pelancaran secara rasmi Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Peringkat Negeri Sabah, beberapa aturan dan langkah dinamik memantapkan kelab ini telah dilakukan. KRU akan dilancarkan secara rasmi dibawah kelolaan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) setelah bertapak dan beroperasi selama 3 tahun dalam masa terdekat.
Atas pesetujuan Pihak MT Persatuan Siswazah Sabah dan Majlis Penyelaras KRU, Insya-Allah selepas ini logo yang terbaru akan digunakan dalam setiap program-program remaja yang dianjurkan oleh KRU sendiri bagi menggantikan logo yang lama. Sekalung ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam menyumbangkan idea dan cadangan-cadangan kreatif dalam penghasilan logo. Untuk makluman, tempahan baju rasmi kelab telah dilakukan dan kini hanya menunggu detik diumumkan oleh PIC (person of incharge) tidak lama lagi. Nantikan kemunculannya tidak lama lagi.

KRU seterusnya bakal mengorak satu lagi langkah baru dengan cetusan idea mewujudkan LAGU TEMA KRU. Sekali lagi idea kreatif dan cadangan bernas sahabat-sahabat dalam mewujudkan lirik yang padu amat diperlukan. Buah fikiran berbentuk ‘point’ turut diterima.Untuk penyelarasan bersama, lirik lagu yang dicadangkan seharusnya memenuhi tema-tema berikut atau salah satu kombinasi daripadanya:

-Ukhuwwah dan persaudaraan (WAJIB)-Ilmu kefahaman-Keimanan atau ketakwaan
-Keikhlasan hati
-Amal yang benar
-Kesungguhan dalam kerja
-Pengorbanan dan kepatuhan-dll (bergantung kepada kreativiti dan cadangan anda semua)
Ringan-ringankan minda dan jemari anda,sebarang cadangan lirik boleh diemailkan kepada:zulhilmey@gmail.com (Pengarah program)
ATAU
yuyushira@ymail.com (Timbalan Pengarah program)
SEBELUM 25 APRIL 2010.
Sumber Rujukan : Blog KRU (by : yuyushira)

Wednesday, March 17, 2010

Khas buat muslimin…!!!

Jom bersama-sama memeriahkan lagi PROGRAM MENYERU MUSLIMIN. Butirannya seperti berikut :



Tempat : Masjid An Nur, Tuaran


Masa : 1.30 ptg hingga 5 ptg
Tarikh : 19 hb mac 2010 (jumaat ni)


Tentatif program :
1.30 ptg = Usrah (majlis ilmu)
2.45 ptg = Meeting
3.35 ptg = Solat asar/al-mathurat
4.15 ptg = Liga Futsal
5.00 ptg =Minum petang


Penyertaan dibuat secara terbuka (kehadiran ahli2 KRU dan PSS amat dialu2kan bagi setiap kawasan). Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini..!!!

Tuesday, March 16, 2010

Grab the opportunities...!!!

It’s come back!! Once in a month, please join us…

Program Qiamullail Kelab Remaja Ukhuwwah Cawangan Tuaran akan diadakan pada bulan mac ini. Butirannya adalah seperti berikut :

Tempat : Masjid An-Nur, Tuaran
Tarikh : 27hb dan 28hb Mac 2010

Masa : 5.00pm (27mac) hingga 10am (28mac)

Marilah bersama-sama mengimarahkan rumah Allah iaitu masjid dengan mengikuti program ini. Jika anda berminat untuk mengikutinya, mohon kerjasama anda untuk memaklumkan kepada wakil pihak kami agar memudahkan kami melihat jumlah peserta yang hadir. Anda bolehlah memaklumkan kepada saudari Nurizzatie (0148751198) sebelum pada 27hb mac 2010.

Rebutlah peluang ini…!!!



Daripada Abi Hurairah, dia berkata Nabi Muhammad bersabda : Pada SETIAP MALAM, Allah turun sampai ke langit dunia yakni perkara itu berlaku ketika 1/3 atau sepertiga (jam 4@5 pagi) daripada malam…


Allah berfirman : Pada waktu itu, Sesiapa yang ada nak doa apa-apa padaKU, AKU jamin AKU akan perkenankan doanya. Sesiapa yang nak minta apa-apa dengan AKU, AKU akan beri apa yang dia minta. Sesiapa yang nak minta ampun dengan AKU, AKU akan ampunkan dirinya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Wednesday, March 10, 2010

Program Jil-Ul-Islam (Membina Generasi Islam)

10 Mac 2010,
SUIS Kg.Bunga, Tenghilan

Alhamdulillah, 10 Mac KRU Tuaran berjaya melaksanakan Program Jil-Ul-Islam lebih awal daripada tarikh yang dirancang, 13 Mac. Ini adalah pengalaman pertama krew KRU Tuaran mengendalikan program untuk pelajar sekolah rendah. Rupanya tidaklah semudah mengendalikan program sekolah menengah. Meminta mereka beratur memakan masa, apa lagi mengharap mereka senyap. Keriangan mereka sukar dikawal. Sehingga ada dikalangan AJK kehilangan suara.

Adik-adik tahu apa dia KRU?

Adik-adik!..........KAMI ANAK SOLEH!!!!!!Siapa tidak solat 5 waktu sehari semalam?????

Pra penghayatan

Akhirnya air mata keinsafan adik-adik tumpah juga.........

Walaupun begitu, pengalaman ini sangat bermakna bagi kami, pengalaman manis. Gembira melihat wajah ceria adik-adik pewaris pimpinan Islam pada masa depan. Teruskan menimbah ilmu adik-adik sekalian.





Tuesday, March 2, 2010

QIAM KALI KE-2 KRU TUARAN 2010

20-21 Feb,
Masjid An-Nur,Tuaran

Alhamdulillah dengan limpahan nikmat kurniaan illahi Qiam kali ke-2 telah dijalankan dengan jayanya bagi KRU cawangan Tuaran pada 20-21 Februari 2010 dengan bertemakan Ikhtilat(batas pergaulan). Alhamdulillah juga Qiam kali ini mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran seramai 95 orang peserta berbanding Qiam yang lalu.

Kuliah dasar bertajuk Ikhtilat yang disampaikan oleh penceramah undangan Ustaz Hafiz begitu padat dan muthakhir. Ustaz membincangkan Ikhtilat menurut perspektif agama Islam dan adab-adab ikhtilat semasa menuntut ilmu, bekerja mahupun semasa bersosial.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat KRU atas komitmen yang tinggi yang telah diberikan demi menjayakan program Qiamullail kali ini. Terima kasih juga kepada Ustaz Hafiz di atas kesudian hadir dan membekalkan ilmu yang bermanfaat kami semua.


Ceramah yang mantap dari ustaz Hafiz

Eh, warming up pun ada pemerhati jugak... Ke sengaja nak escape???

Al aklu salim fil jismi salim..