Wednesday, September 1, 2010

IFTAR JAMA'IE, QIAM OGOS KRU TUARAN & MAVI MARMARA

27-28 Ogos berlangsunglah iftar jama'ie dan qiam KRU Tuaran. Pengisian oleh Saudara Fadlan menyingkap kelebihan dan kisah-kisah penting bulan Ramadhan diharap dapat menjadikan ahli-ahli KRU Tuaran semakin kental melayari bahtera perjuangan ini. Rebutlah peluang detik demi detik dipenghujung Ramadhan ini untuk lebih hampir kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, tempat kita kembali akhirnya. Renunglah beza kita dengan generasi terdahulu yang gembira dengan kedatangan Ramadhan, kita pula gembira dengan pemergian Ramadhan.

29 Ogos sebilangan ahli KRU Tuaran berpeluang menghadiri Himpunan Perdana Ramadhan Bersama Wira Malaysia Gaza sempena Kempen Wakaf Masjid Penampang di Dewan Sa'adah Wisma MUIS. Penceramah, Ustaz Abdullah telah mengupas maksud wakaf, jenis-jenis wakaf dan kelebihan wakaf. Antaranya maksud jariah iaitu yang berlari-lari. Sedekah yang berterusan manfaatnya. Ini merujuk kepada wakaf. Berbeza dengan kita belanja kawan kita makan pahala setakat itu sahaja. Sedekah jariah pahalanya terus mengalir kepada pemberi walaupun pemberi telah meninggalkan alam yang fana ini selagi benda yang diwakafkan itu terus memberi manfaat. Contohnya wakaf pembinaan masjid. Menarik juga ada wakaf pinggan mangkuk berbunga yang mahal/berhargal buat pembantu-pembantu rumah menjadi mangsa kemarahan majikan lantaran. Ada rumah wakaf untuk isteri yang dimarahkan suami. Sungguh, Islam itu syumul dan agama penyelamat.

Detik mengharukan ketika mendengar perkongsian secara langsung dengan salah seorang wira misi Mavi Marvara, Tuan Haji Jamuluddin Elias. Serangan Yahudi yang membangkitkan semangat perjuangan. Anak-anak kecil yatim piatu pinta diambil jadi anak, menitiskan air mata. Untaian ukhuwah anak-anak kecil yatim piatu tika saling berkongsi wafer sesama mereka. Kesungguhan menimbah ilmu dikalangan pelajar Palestin walau diacuh dengan senapang sehingga terpaksa belajar di luar kawasan sekolah. Banyak ikhtibar yang perlu digarap dan dijadikan teladan.

No comments: