Thursday, February 10, 2011

Kembara Tarbiyyah

Perancangan penting. Apa pun yang kita mahu buat perlu dirancang dengan teliti. Serba-serbi perlu dipertimbangkan. Takwin Tahunan 2011 KRUT sudah tersusun kemas. Tinggal lagi menunggu tindakan individu / kumpulan yang dipertanggungjawabkan. Berdasarkan pengalaman, jika semuanya disusun atur lebih awal siap dengan plan A, plan B dan malah mungkin lebih dari dua plan, insya-Allah program berjalan lancar.

Disamping program sedia ada dalam takwin, sesekali KRUT merancang program tambahan sesuai dengan senggang masa yang ada. Sejak Januari lagi, bulan Februari kami merancang untuk berkelana ke bumi Kundasang, melihat alam ciptaan Tuhan. Bukan sekadar berjalan-jalan tapi sambil berprogram. 'Sambil menyelam minum air'. Jadi rancangannya, pergi semasa qiamullail KRU Kundasang. Beberapa siri perbincangan menerusi sms telah diadakan dengan 'orang kuat' penggerak KRUK. Memandangkan aktiviti 'orang kuat' KRUK agak padat setaip hujung minggu sepanjang bulan Februari, hasrat KRUT perlu ditangguh pada bulan-bulan hadapan.

Takdir Allah, awal Februari penghujung minggu lepas ahli KRUT berpeluang berada di bumi Kundasang. Lagi istimewa, dipertemukan pula dengan sahabat-sahabat KRU dari kawasan-kawasan lain seperti KRUKK, KRUKB dan KRUS. Sempat bertaaruf dan mengadakan sesi 'brainstoming'. Alhamdulillah, syukur tidak terhingga.

Setiap kali ada pertemuan dengan sahabat-sahabat KRU dari pelbagai kawasan, sering sahaja kami mngusik penggerak KRUT. "Tuaran, Tuaran", sambil melambai-lambai tangan tanda memanggil ahli-ahli KRUT supaya berada dalam kelompok kami sahaja dengan senyum simpul dan mata melirik ke arah penggerak yang dimaksudkan. Pasti akan kedengaran, "saya tidak pernah mengajar kamu untuk assabiyah". Pantang.

Sepanjang tiga hari kembara di bumi Kundasang amat banyak input tarbiyyah meresap kedalam jiwa dan menjadi bekalan untuk dibawa balik.

"Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang kukuh, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani."(al-Anbiya’[21.31])

"Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia meletakkan di (permukaan) bumi gunung-ganang supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat." (Luqman[31.10])


'Pemandu pelancong'




Menapau, 'untuk dijual'


No comments: