Kem Sahsiah SMK Tun Fuad Stephen
Tarikh : 24-26 Jun 2011
Menyusuri jalan umpama roller coaster membuatkan setiap hati tidak sabar untuk sampai ke destinasi. Perjalanan menuju ke SMK Tun Fuad Stephen, Kiulu mengambil masa lebih kurang 15 minit dari pekan Tamparuli. Ingat Malangang, ingatlah Kiulu. Mulanya menganggap akan berprogram di sekolah tersebut, namun setelah difahamkan bahawa pihak sekolah tidak meluluskan terpaksalah bertukar ke Masjid Al-Hidayah pekan Kiulu yang hanya beberapa meter dari sekolah. Keadaan geografinya yang berbukit-bukau mengingatkan kami kepada bumi Kundasang. Sejuk mata memandang, sesejuk hati yang bertandang. Subhanallah! Tenang lagi menyenangkan. Jauh di sudut hati rela membiarkan sahabat-sahabat yang lain bergelumang dengan program Jelajah Dakwah kerana diri kami diperlukan di bumi Kiulu ini.
Menjadikan Masjid Al-Hidayah Pekan Kiulu sebagai tapak utama program membolehkan sebahagian besar aktiviti yang diatur disempurnakan dengan sebaiknya meskipun ruang dan halamannya agak terbatas. Program yang hampir ditunda pada saat akhir ini menerima peserta seramai 44 orang daripada 90 orang lebih pelajar Muslim. Mungkin ramai yang merancang untuk ke karnival ‘Jom Heboh’ pada hari sama program berlangsung. Mungkin juga ada aktiviti sekolah yang wajib disertai sebilangan mereka. Pelbagai tanggapan berputar di pola pemikiran sebaik melihat senarai peserta Kem Sahsiah ini. Namun hati mengajak untuk berhusnuzon. Apa pun 44 orang inilah pilihan Allah! Program perintis di SMK Tun Fuad Stephen, Kiulu selepas mereka menghantar penyertaan sulung semasa KRIS Tuaran tahun ini.
SMK Tun Fuad Stephen merupakan sebuah sekolah yang majoriti pelajarnya non-Muslim,jika dinisbahkan hanya 10 daripada 100 pelajar Muslim. Justeru ia sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan pelajar Muslim di sini. Selain kurangnya pemahaman dan penghayatan Islam dalam diri, mereka juga berhadapan dengan ancaman Kristianisasi yang sudah lama bertapak di sini.
Sedang asyik menyingkap dan membaca Borang Penilaian peserta, hati tertarik dengan satu komen slot Penghayatan yang membuat diri bermuhasabah kembali:
“Mula2 mau touch suda,tapi bila saya curi2 buka mata n ternampak kakak yg kena suruh tumbuk dan kakak yg mau kena tumbuk tsenyum,trus xjd feeling.Sbb drg pn xikut mhayati”.
Slot yang seringkali dikendalikan oleh SIFU dalam mana-mana program sebelum ini, ternyata sesuatu yang sukar dan mencabar. Formulanya cukup ringkas, hati ke hati. Mahu menyentuh hati, kenalah juga dari hati. Barulah apa yang ingin disampaikan akan tercapai. Teringat pesanan seorang Murobbi:
“Sebelum kita menyeru mad’u memakai dengan pakaian Islam,kita sebenarnya dulu yang kena berpakaian dengan pakaian Islam,barulah apa yang kita serukan itu akan sampai dan diterima baik”.
Memanfaatkan tenaga yang ada, Abg Ali
Apa ertinya saya menganut Islam? Ringkas dan padat dari Ustaz Murtadho
Bengkel Solat....rukuk mcm ni caranya ya!
Luruskan barisan!!
Amazing race: Kena denda lagi....bagai itik pulang petang:)
Kalau mau jawab,kena angkat tangan mcm kakak! arahan menjawab Kuiz
Syukran atas penat lelahmu menjayakan program...ustazah Karimah
Sekalung penghargaan kepada sahabat-sahabat dari Kota Kinabalu dan Sipitang yang sama-sama turun membantu menjayakan program ini.Bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah...insyaAllah!