Tuesday, July 19, 2011

Bengkel Solat, SMK Tamparuli



" Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama."
(Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)



Abu Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka dan rugi. Jika amalan fardhunya kurang, Allah berkata : Perhatikan adakah hamba Ku melakukan amalan sunat yang boleh menampung kekurangan amalan fardhunya. Kemudian dilakukan perkara yang sama pada amalan- amalan lain?. ( H.R Al-Nasai & Tarmizi )


Lantaran peri pentingnya solat, berlangsunglah Bengkel Solat anjuran Persatuan Pendidikan Islam dengan bantuan tenaga fasilitator dari kalangan ahli PSS dan KRU Tuaran pada 16 Julai 2011.


Hati merasa sayu tatkala melihat hanya dua daripada 58 orang adik-adik peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu itu mengangkat tangan menunaikan solat lima kali sehari semalam. Justeru, menanam kesedaran mahu dan perlu bersolat menjadi salah satu fokus bengkel ini, selain penekanan utama terhadap rukun rukun fi'li dan diselit dengan rukun qalbi dan rukun qauli serta cara masbuq dan muafiq.

Program sehari ini tidaklah mampu menjadikan peserta mahir solat sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya menjadi satu momentum kepada para peserta untuk berusaha mengerjakan dan memperbaiki solat mereka. Mungkinkah Klinik Solat perlu dilaksanakan, agar diagnosis dapat dilaksanakan secara berterusan? Bagaimana dengan peranan ibu bapa?


Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (bila tidak mahu) pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". (HR. Ahmad dan Abu Dawud)








Lagu tema


Firman Allah SWT:

A132

 Maksudnya: Dan perintahkanlah kepada ahli keluargamu mendirikan Solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepadamu. Dan ganjaran (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa”. (Surah Thaha, ayat: 132)


No comments: