Wednesday, January 18, 2012

MULAKAN HIDUP BARU, 2012


Ibnu Mas,ud: “…Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah, tapi amalanku tidak bertambah…”.
Justeru, mari bersama kita tingkatkan amalan kita. Tidak kira hitungan setahun menggunakan kalendar hijrah atau pun kalendar masihi yang nyata usia kita pasti meningkat. Biarlah peningkatan usia kita seiring dengan pertambahan amalan kita.
Usia kita meningkat, usia KRU yang menjadi gelanggang dakwah dan tarbiyyah kita juga  turut meningkat. Kita yang menjadi ahlinya,maka kitalah yang memacu arah tujunya dengan bimbingan dan tunjuk ajar abang-abang dan kakak-kakak PSS.
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KRU Tuaran 2012/2013  yang berlangsung pada 15 Januari 2012 sempena Qiamullail Bulanan Pertama tahun ini pada 14-15 Januari 2012 menampikanl banyak wajah-wajah baru pimpinan KRUT. Wajah-wajah inilah yang bakal mewarnai persana kecemerlangan KRUT. Jatuh bangunnya KRUT bergantung kepada komitmen mereka yang memimpin dan kita yang dipimpin. Setiap daripada  kita mesti sanggup menjadi pemimpin yang adil dan pengikut yang baik. Buatmu para pimpinan pengayuh dah ada ditangan, sampan dah di laut, maka mulakanlah kayuhanmu. Berhati-hatilah semasa mengayuh kerana setiap kayuhanmu itu akan dipersoalkan. Jadikan TAQWA dan IKHLAS asas kayuhanmu.
Mari kita renung bersama ucapan mantan Pengerusi KRU Tuaran 2008-2011:
Bismillahirrahmannirahim

Alhamdulilahi rabbil alamin wassola tu wassolamu alaa saidina muhammad wa alaa alihi wasohbihiajmain.

Terima kasih adik Pengerusi Majlis. Yang dihormati wakil PSS Pusat,  Pengerusi PSS Tuaran Saudara Kholis , Majlis Tertinggi KRUT 2011/2012, AJK-AJK Qiam dan adik-adik KRU yang dihormati dan disayangi sekalian.

assalamualaikumwarahmatullahhi wabarokatuh,

Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan kesempatan waktu yang ada bagi saya menulis cinta kepada adik2 KRU yang disayangi sekalian dalam program Mesyuarat AgungTahunan KRU Tuaran 2012/2013 ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada PSS Tuaran kerana membantu saya dalam melaksanakan aktiviti KRUT sepanjang tahun 2011. Saya memohon maaf atas kelemahan saya kerana tidak dapat membantu dalam menjayakan program-program KRUT dan PSS Tuaran. Terima kasih saya ucapkan juga kepada ahli PSS Tuaran dari IPG Kent, Tuaran kerana membantu saya dalam melaksanakan aktiviti KRUT, terima kasih.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Majlis Tertinggi  KRU Tuaran kerana turut berhempas pulas unutk melaksanakan program yang dirancang dalam takwim KRUT 2011. Pertama kalinya, saya memohon maaf kerana tidak dapat memberikan bantuan 100% kepaad program-program KRUT dan PSS Tuaran. Tetapi saya amat gembira melihat semangat ukhuwwah dan kerjasama yang wujud dalam kalangan MT KRUT untuk melaksanakn aktiviti KRUT. Ini adalah semangat berpasukan yang perlu dicontohi oleh adik-adik KRUT dalam membuat gerak kerja dakwah iaitu perlu ada teamwork dalam menyebarkan Islam di bumi Tuaran yang bertuah ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada adik-adik KRUT yang istiqamah dan selalu mengikuti aktiviti KRUT yang dilaksanakan pada tahun 2011. Terima kasih kerana sudi datang ke AGM KRUT 2012/2013 ini. Saya harap adik-adik KRUT bakal menjadi mata-mata rantai perjuangan dalam membawa Islam di tuaran yang tercinta ini.

"WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN. JIKA KAMU MENOLONG (AGAMA) ALLAH, NISCAYA DIA AKAN MENOLONGMU DAN MENEGUHKAN KEDUDUKANMU" (QS. MUHAMMAD,47 : 7)

Para hadirin sekalian,
Ingin saya mengambil kesempatan ini unutk menceritakan sedilkit sejarah KRUT  yang mahu masuk 5 tahun usia penubuhannya. Adik-adik perlu tahu pengerusi pertama KRUT ialah Nazran Arbaa dan saya sebagai Timbalan pengerusi pada penghujung tahun 2007. Pada tahun 2008, saya  menjadi  pengerusi KRUT kerana Nazran Arbaa melanjutkan pengajian ke IPT. Mungkin agak lama juga saya menjadi Pengerusi KRUT  tahun sejak tahun 2008 - 2011. Kini tiba masa bagi saya memberikan peluang kpd pelapis-pelapis KRUT yang berkaliber dan saya sangat mengharapkn ada corak perubahan yang dibawa oleh pelapis-pelapis ini dalam gerak kerja dakwh di Tuaran. “Patah tumbuh, hilang berganti’

Akhir sekali, saya rasa masih sempat lagi bagi saya untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012 pada semua. Harapan saya agar tahun baru ini menjadi tahun yang penuh dengan kejayaan dan agar sentiasa mencipta kejayaan di Tuaran yang bertuah ini. Kita mulakan hidup baru untuk tahun baru ini. Sekian.

Perancangan penting. Rancangan jangka pendek dan rancangan jangka panjang. Semasa AGM semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara menerima pakai Takwim Aktiviti KRU Tuaran 2012. Ayuh bersama-sama kita menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2012 ini. "Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah." (Ali Imran:159)

Demi memastikan agar setiap aktiviiti yang telah dirancang ini terlaksana, kerjasama daripada semua ahli KRUT amatlah diharapkan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Pastikan ikatan ukhuwah sentiasa bersemi di jiwa-jiwa kita. Sempena usaha memantapkan ukhuwah ini juga satu majlis ringkas telah diadakan pada 2 Januari 2012 sebelum ada dikalangan ahli yang pergi merantau semula. Buat yang merantau teruskan kembara ilmu dan dakwah walau di mana jua berada. Jadilah umpama “benih yang baik kalau dicampak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau?” Buat yang tinggal teruskan perjuangan di bumi sendiri. “Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah”.



Ceramah oleh Saudara Zulhilmey Mahmud


Belakang tabir persediaan AGM


Penyampaian cenderahati buat perasmi, Saudara Azizul Julirin (Setiusaha Agung PSS Pusat)

Dulu dibawah Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan, kini Pengerusi KRUT


Setiausaha sementara

Kepada semua MT dan ahli lajnah organisasi KRU Tuaran 2012/2013 sila hadirkan diri & jiwa raga ke
Program Bengkel Pengurusan Organisasi
pada 23 Januari 2012
di Masjid An-Nur Tuaran

"PEMIMPIN ISLAM PROFESIONAL"

No comments: