"Kalau
nak lihat masa depan negara, lihatlah
pemuda hari ini” -Saidina Ali
Merenung bicara Saidina Ali di atas tidak memungkinkan kita untuk berpangku
tangan atau berpeluk tubuh tanpa bertindak tatkala melihat pelbagai masalah
yang sedang melanda remaja masa kini. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja di
depan mata kita, di sekeliling kita. Sedangkan kita mengimpikan “baldatun
toiyibah warabbun Ghafur” (.
Melihat kesediaan
para peserta Kem Putera Islam yang berlangsung pada 15-17 Jun 2012 di SMKT
untuk berubah menjadi lebih baik, terbit dalam sanubari bahawa mereka ini
mahukan kebaikan cuma terkadang mereka tidak nampak jalannya.Mereka perlukan
suntikan agar tidak leka dibuai mimpi-mimpi indah tanpa berpaksikan keimanan.
Sepanjang berprogram tampak bintang-bintang yang menyerlah berkelipan
dikalangan jiwa-jiwa muda ini. Pasti mereka dahagakan bimbingan berterusan.
Bagaimana?
Sungguh,tiada
kata yang layak dilafazkan melainkan puji-pujian kehadrat Allah SWT,
Alhamdulillah. Melihat kelompok sahabat-sahabat AJK yang komited menjalankan
tugas masing-masing. Kehadiran ‘pemain-pemain import’ @ para fasi yang kreatif
dan dedikasi. “Grrrrrr….sambil
mengeleng-gelengkan tangan” dek ada
yang tampak pelik pada sudut pandang mereka. Kupasan ceramah, kuliah dan
pengisian keseluruhan yang mantap dan menepati objektif program jelas berjaya membuahkan
Kem Putera Islam yang hebat. Berjaya
memecah tembok kealpaan.
Tertarik dengan Kuliah
Maghrib hari kedua yang menyatakan ada tiga perkara menarik yang ada di
Tamparuli. Pertama, Jambatan Tamparuli. Kedua, Rumah Terbalik. Ketiga, cuba
teka? Membuka mata, minda dan hati. Jom kita cari, baca dan garab nilai ilmu novel
IMAM. Sesiapa yang dah jumpa jangan lupa kongsi-kongsikan.
Hari terakhir, 15
orang peserta putera mendaftar diri untuk menyertai Program Titian Kasih di
Kampung Sungai Damit pada 23-24 Jun ini. Jatuh cinta pandang pertama dengan
kerja DAKWAH. Syukur pada-Mu Ya Allah. Sirami dan bajai cinta itu agar tumbuh
subur, mekar, mewangi memenuhi bumi Tamparuli khususnya dan Sabah amnya. Dakwah
Itu Cinta.
Sekalung tahniah
buat sahabat-sahabat dari politeknik, KRUKK, PRA-U SMKT dan tidak dilupakan
sahabat-sahabat KRUT serta abang-abang dan kakak-kakak PSS. Jazakallah khairan
kathiran.
Ole-ole istimewa untuk adik-adik peserta kem:
Nabi SAW bersabda: “Ada
tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari
yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda
yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang
hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan shalat berjamaah di
dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul
dan berpisah karena Allah, seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan
cantik (untuk bezina), tapi ia mengatakan: “Aku takut kepada Allah”, seseorang
yang diberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kirinya tidak
tahu apa yang dikeluarkan tangan kanannya, dan seseorang yang berdzikir
(mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua
matanya.” (HR Bukhari)
*************
Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat
sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, MUDA SEBELUM TUA dan hidup sebelum mati.”
(Hadis riwayat al-Hakim
dan al-Baihaqi)
**************
Soalan di Alam
Mahsyar:
• Ke mana hartamu kamu belanjakan?
• Ke mana ilmumu kamu gunakan?
• Ke mana umurmu kamu gunakan?
• Bagaimana UMUR MUDA kamu habiskan?
• Ke mana hartamu kamu belanjakan?
• Ke mana ilmumu kamu gunakan?
• Ke mana umurmu kamu gunakan?
• Bagaimana UMUR MUDA kamu habiskan?
***************
“Remaja Hari Ini, Pemimpin Hari Esok (Masa Depan)”
AYUH REMAJA ISLAM, BANGKITLAH DARI LENA MU!!!!!
Fokus
Peri pentingnya niat
Mantapkan aqidah
Langkah masih sumbang....:(
Remaja & Perjuangan
Pertandingan memasak tanpa api
Para juri sedang menilai hasil masakan peserta muslimin dan gubahan peserta muslimat
Sedarlah
Latihan Malam Gala
Riadah
Slot penghayatan
Larian berhalangan
Ucapan Penutup Penghulu Kem
Kem Putera Islam turut dihadiri oleh peserta jemputan, puteri. Manfaatkan peluang yang ada.
Pertandingan Gubahan
Lain juga kapal Kak Nor tu.....
Jambatan ukhuwwah:-)
Sejenak bersama Kak Husna
No comments:
Post a Comment