Alhamdulillah, banyaknya nikmat
kurniaan Allah. Percutian kali ini sangat bermakna. Sukar digambar. Hari-hari
yang berlalu sepanjang cuti terisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Ada yang
telah dirancang lebih awal, ada yang ad-hoc, malah ada yang ditangguh dan
diganti dengan program lain. Ahli PSS dan KRU Tuaran bertebaran di sana-sini
menabur bakti, mengutip mutiara-mutiara ilmu dan menimba pelbagai pengalaman. Kisah bermula.......
25-27 Mei beberapa orang ahli PSS
dan KRUT berkesempatan membantu pelaksanaan Kem Remaja Islam Kota Belud (KRIS
KB) di SMK Tambulion.
Tahniah PSS & KRUKB
26 Mei. Lama sudah teringin main
bowling. Akhirnya hasrat yang terpendam ini tercapai jua. Ad-hoc. Mohon maaf
kepada yang tidak diajak bersama. Setibanya di kaunter pendaftaran pusat bowling
1B sesudah solat asar kami dimaklumkan ‘penuh’.
Pasrah. Sementara menunggu orang yang mengajak kami pergi ke 1B
melangsaikan urusannya, kami duduk di situ memerhati orang yang sedang bermain
bowling. Tiba-tiba kami dihampiri oleh seorang wanita memaklumkan kami ada
orang mahu ‘sponsor’ kami main bowling. Rezeki. Alhamdulillah. Siapakah insan
yang bermurah hati itu? Timbalan Pengarah YAPEIM Sabah. Hari Keluarga warga
YAPEIM Sabah rupanya.
Sempatlah juga bertukar-tukar info program masing-masing. Selepas main bowling kami teringin juga menjengok seketika ke tapak KRIS KK. Namun, dek memikirkan keesokan hari kami akan menghadiri walimah di Kampung Saradan sekaligus memenuhi temujanji dengan Pengerusi Surau Kampung Saradan untuk membincangkan PTK Kg Saradan, maka kami simpan sahaja hasrat tersebut. Tahniah kepada AJK dan peserta KRIS KK.
Sempatlah juga bertukar-tukar info program masing-masing. Selepas main bowling kami teringin juga menjengok seketika ke tapak KRIS KK. Namun, dek memikirkan keesokan hari kami akan menghadiri walimah di Kampung Saradan sekaligus memenuhi temujanji dengan Pengerusi Surau Kampung Saradan untuk membincangkan PTK Kg Saradan, maka kami simpan sahaja hasrat tersebut. Tahniah kepada AJK dan peserta KRIS KK.
Santai menjadi pemerhati seketika sambil sembang program mendatang.
Bertukar-tukar info program dengan staf YAPEIM
Itu dia.....
26-28 Mei. Sementara Shah Rizal,
Umar, Izwan dan Kak Husna setia menjadi fasilitator Kem Smart Tahfiz di SRI
Bandar Sierra. Teruja dengan adik peserta yang masih kecil sudah hafal surah
Yassin. Mohon maaf kepada pihak penganjur kerana salah seorang fasilitator
gagal menghadirkan diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Abang Shah Rizal bersama ahli kumpulannya
29-30 Mei. Kontinjen PSS dan KRUT
berada di Kampung Kiwoi dalam misi ziarah kampung angkat. PSS dan KRUT kini
memiliki tiga kampung angkat. Setiap kampung mempunyai keunikkan yang
tersendiri. Penempatan di Kampung Kiwoi kami sinonimkan dengan ‘dekat tapi
jauh’. Penempatan di lereng bukit. Bagi yang rumah keluarga angkat
mereka berada di atas bukit dekat jalan raya dan masjid hanya mampu menadah
telinga mendengar sahabat-sahabat bercerita menuruni sehingga empat bukit untuk
sampai ke rumah keluarga angkat masing-masing. Terbit rasa kasihan melihat
mereka mengah ketika sampai ke masjid selepas mendaki bukit.
Yang pasti, banyak kami pelajari dari kampung kami ini. Kami terpikat dengan usaha-usaha menghidupkan syiar Islam di kampung ini terutama sokongan terhadap golongan muda. Bersepadu.
Yang pasti, banyak kami pelajari dari kampung kami ini. Kami terpikat dengan usaha-usaha menghidupkan syiar Islam di kampung ini terutama sokongan terhadap golongan muda. Bersepadu.
Menanti jamuan makan malam.
31 Mei ada dikalangan ahli KRUT
telah melaksanakan Dakwah di Lapangan di Centre Point dan 3 Jun di tamu Tuaran.
Misi mencari dana untuk program yang bakal menyusul. Terima kasih kepada semua
yang sudi ‘memberi’.
Terima kasih:-)
xie xie :-)
Terima kasih:-)
Ponsikou:-)
Syukran:-)
2-3 Jun sebilangan ahli KRUT
memenuhi undangan walimah di rumah keluarga angkat di Kampung Sambah. Membantu semampunya
dengan kudrat anggota empat kerat.
4-5 Jun. Qiamullail Bulanan yang
meriah. Mengapa? Pertama, pengisian Kuliah Maghrib ‘Israk dan Mikraj’ yang
disampaikan oleh penceramah yang didatangkan jauh dari Semenanjung, Ustaz
Husni. Kedua, majlis meraihkan lepasan UPSR, PMR, SPM dan STPM 2011 dengan
sajian tazkirah khas ‘Erti Kejayaan dan Kegagalan’ yang disampaikan oleh Ustaz
Mohd Fairuz Bend yang balik bercuti dari Beluran, Sandakan. Ketiga, majlis
kesyukuran sempena Hari Lahir adik Mohd Daniel Hakimi Norzain, genap berusia
tujuh tahun 5 Jun. Terima kasih kepada ahli KRUT yang telah memasak menu
istimewa untuk kedua-dua majlis. Warna-warni. Mohon maaf atas perubahan tempat
qiamullail ‘last minute’ ke SRI Tuaran. Hari Ahad, 3 Jun baru dapat makluman bahawa Masjid
An-Nur, Tuaran tidak dapat digunakan untuk aktiviti qiamullail beberapa bulan
terdekat ini kerana masjid dalam fasa pembaikkan untuk persediaan Ramadhan. Apakah persediaan kita?
5-6 Jun tiga orang wakil PSS dan
KRUT menyertai kembara ke bumi Tawau. Belajar menyelami perasaan insan-insan
yang dalam kesusahan. Ketabahan mereka menjadi ikhtibar.
6 Jun beberapa orang ahli PSS dan KRUT mengendalikan Program Anak Soleh di Kampung Tinuhan. Program yang pernah dirintis pada tahun pada tahun 2010 tersebut dapat dihidupkan semula tahun ini. Alhamdulillah.
Jet pejuang siapa yang layak ke Palestin?
8-9 Jun PTK Kampung saradan.
Berbeza dengan Kampung Kiwoi, pola penempatan di Kampung Saradan adalah
berselerak dan agak berjauhan. Ada yang perlu melalui batas sawah padi untuk
sampai ke rumah keluarga angkat mereka. Terkadang terjatuh dari batas sawah
terutama semasa berjalan dikala malam. Tahun 2010 dulu sewaktu pertama kali
mengadakan program anak angkat di kampung ini,ada majlis perkahwinan. Tahun ini
pun sama juga. Sebelah malam selepas majlis di surau selesai kami beramai-ramai
menghadiri majlis bertitik di rumah pengantin. Ada yang menarik. Apa dia?
Projek dakwah menuntut strategi. Sedang mencari idea bernas. Siapa boleh bagi
idea?
Pagi itu rasa terharu tika melihat pengerusi surau menitiskan air mata ketika sesi hati ke hati. Beberapa cadangan pengisian PTK dari beliau wajar dipertimbangkan. Tuntutan dakwah melambai-lambai.
Pagi itu rasa terharu tika melihat pengerusi surau menitiskan air mata ketika sesi hati ke hati. Beberapa cadangan pengisian PTK dari beliau wajar dipertimbangkan. Tuntutan dakwah melambai-lambai.
10 Jun sempat menghadiri walimah abang salah seorang ahli KRUT sebelum kembali ke sekolah dan asrama masing-masing, Azri di Kampung Dungun. Bagaimana fenomena karaoke yang melanda majlis-majlis perkahminan menjadi islamik? Semasa berada di sana sempat menyaksikan Azri mendendangkan dua buah nasyid.
Seperti tidak percaya.
Program tindan-menindan. Alhamdulillah,
secara keselurahan semuanya berjalan lancar. Apakah rahsianya? Kerjasama,
saling membantu, ringan tulang, tidak mementingkan diri, bertolak-ansur, tidak
mengenal erti putus asa, cekal, tabah, berani. Dan yang pasti jangan kita lupa,
pertolongan daripada Allah SWT. Syukur pada-Mu Ya Allah.
Semakin tinggi gunung didaki
semakin terasa lelah, namun tika berada di puncak subhanallah cantiknya
pemandangan. Semakin dalam lautan diselam semakin sukar, namun tika sampai di
dasar lautan subhanallah indahnya suasana. Berusaha memahami erti kemanisan
iman. Segala kesukaran berakhir dengan senyuman.
Terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua yang telah turut menjayakan program sepanjamg cuti Mei Jun PSS dan
KRUT 2012 sama ada secara langsung dan tidak langsung.
Disebalik kejayaaan seorang lelaki, ada wanita yang hebat. Disebalik kejayaan anak-anak muda ini, pasti ada ibu bapa yang cemerlang.... Kredit buat ibu bapa semua ahli PSS & KRUT yang sentiasa memberikan sokongan padu!!! “Terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah….” (kumpulan AIMAN)
Teruskan membuat kebaikan.........Jangan jemu..... (^_^)
Disebalik kejayaaan seorang lelaki, ada wanita yang hebat. Disebalik kejayaan anak-anak muda ini, pasti ada ibu bapa yang cemerlang.... Kredit buat ibu bapa semua ahli PSS & KRUT yang sentiasa memberikan sokongan padu!!! “Terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah….” (kumpulan AIMAN)
Teruskan membuat kebaikan.........Jangan jemu..... (^_^)
2 comments:
MasyaAllah..bila baca balik, timbul kesyukuran yg xterhingga kpd sang Pancipta kerana masih mmberi ruang dan peluang kpd KRU & PSS Tuaran utk mlksanakan krja dakwah di bumi 'Sabah darul Dakwah'...
Allah hu AKHBAR... MABRUK ALAIKUM... BARAKALLAH.,.. ana dr kg. kiwoi.. TERUSKAN BERDAKWAH!
Post a Comment