PSS dan KRU Tuaran mengucapkan tahniah kepada
adik-adik/sahabat-sahabiah/kakak-kakak/abang-abang KRU dari semua kawasan yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke IPT dalam dan luar negara baik yang ada wajahnya dalam gambar di atas mahupun tiada! Teruskan perjuangan. ISTIQAMAH.
Thursday, September 27, 2012
Monday, September 24, 2012
Berkongsi Kegembiraan
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Hari ini seorang lagi ahli KRUT akan menjejakkan kaki ke UMS.
Mantan YDP MPP. Teruskan usaha mengasah bakat kepimpinan. Jangan sia-siakan
peluang yang bakal terbentang luas itu untuk mengaut sebanyak mungkin ilmu baik
secara formal mahu pun tidak formal. Begitu juga dengan ahli KRUT lain yang
telah melangkah dulu ke menara gading.
Tahniah!
Apa cerita Sazali di IPG Keningau?
Satu lagi berita gembira, salah seorang ahli
KRUT sedang mnyambung pendidikan di peringkat master d UKM dan akan konvo untuk
ijazah pertama pada 20 Oktober 2012. Tahun ini tiga orang generasi awal KRUT
bakal konvo. Seorang pada hari sabtu ini, 29 September 2012 d UNIMAP dan
seorang lagi pada 21 Oktober 2012 di UMS. Alhamdulillih. Tahniah!
Bakal calon-calon PMR, SPM dan STPM tahun ini
jangan buang masa lagi. Ikuti jejak langkah mereka.
Alhamdulillah juga, pada 23 September 2012 misi ziarah ke Kampung Angkat (Kampung Kiwoi) berjaya dilaksanakan ditemani hujan rahmat.
Wednesday, September 19, 2012
Bersama Warga Sri Al-Hafidz dan Medan Baru
Alhamdulillah, Pada 17 september 2012 beberapa orang ahli KRUT berpeluang berprogram bersama warga SRI Al-Hafidz. Ikuti kisahnya.......
sumber: http://www.srialhafidz.edu.my
Gambar tambahan:
sumber: http://www.srialhafidz.edu.my
Sempena
cuti sambutan Hari Malaysia yang diraihkan pada Isnin lepas, kakitangan
Sekolah rendah Islam Al-Hafidz tidak ketinggalan mengambil peluang untuk
bercuti bersama-sama, dengan mejalankan aktiviti kunjungan di salah
sebuah kampung yang terdapat di daerah Tuaran.
Kampung
Sambah merupakan sebuah kampung yang terkenal dengan hidupan flora dan
faunanya yang belum tercemar oleh ledakan pembangunan. Seramai 15 orang
terdiri daripada kakitangan SRI Al-Hafidz serta beberapa orang dari
Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) dan Encik Tajulurus dari UITM telah
terlibat dalam ekspedisi ini.
Setelah
hampir sejam setengah menunggu ahli rombongan diperkarangan sekolah,
program jelajah Sambah bermula pada jam 8.30 yang diketuai oleh Ustazah
Fauziah Saidin. Untuk menjimatkan masa dan ingin merasa suasana nyaman
kami merancang untuk menaiki bot apabila tiba di lokasi pertama iaitu
jeti Kampung Sambah. Sebelum tiba di Kg Sambah. Perasaan sangat teruja
apabila menaiki bot yang sedia menunggu penumpang ditambah dengan
suasana keindahan pokok bakau yang menarik serta air yang berwarna
seakan-akan hijau mengingatkan kami bertapa pentingnya menjaga dan
memulihara hutan bakau untuk generasi akan datang.
Setibanya
di kampung Sambah, kami telah disambut mesra oleh ketua kampung dan
kami telah singgah di rumah keluarga Jaipah Dasin sambil bertaa’ruf dan
juga telah dihidangkan minum pagi. Setelah itu, kami melawat ke rumah
keluarga Ustazah Fauziah Saidin sambil dijamukan dengan mee hong kong
yang begitu membuka selera.
Sebelum
berangkat pulang ke SRI Al-Hafidz, kami sempat melawat beberapa rumah
sambil mengedarkan pamplet SRI dan mengagihkan teh PASTI kepada mereka.

Aik, apasal pemandu pelancong (Abang Shah Rizal) di belakang?
Gambar tambahan:
Kak Sarah sempat lagi mengunjungi keluarga angkat dan adik-adik KRU Tunas sebelum berangkat ke UMS. Motivasi untuk adik-adik. (^_^)
Merenung keunikan akar pokok bakau.
Kami balik dulu, ada kesempatan kita bertemu lagi, insya-Allah.
Sementara, sehari sebelum itu kami berpeluang menghadiri satu majlis ilmu. Usai majlis ilmu pergi minum sambil sembang pagi kejap. Kemudian, perjalanan diteruskan untuk meninjau borang tawaran UPU. Tiga orang dapat tawaran di UMS tambahan kepada tiga orang yang telah masuk terlebih dahulu dan seorang lagi di UITM. Alhamdulillah. Medan baru. Tidak jauh. Bolehlah balik selalu untuk melawat kawasan. Cuma terkejut sedikit bila tengok tarikh pendaftaran, 18 September 2012. Kebanyakkan dapat kursus berkaitan perniagaan. Sesuailah dengan 'di mana ada KRU Tuaran, di situ ada jualan'. (^____^)
18 September?????
Monday, September 17, 2012
Monday, September 10, 2012
Qiamullail September 2012 PSS dan KRU Tuaran : Solat Hajat Perdana & Sambutan Aidilfitri
Gambar kenangan sebelum balik
Alhamdulillah. Pada
siapa lagi rasa kesyukuran ini layak dipanjatkan melainkan kepada Allah azza
wajalla. Allah jua yang telah mengizinkan qiamullail kali ini berlangsung
dengan jaya dan meriahnya di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli.. Program bulanan
disajikan buat para remaja khususnya di kawasan Tuaran. Meski ia disajikan
saban bulan, namun tidak semua mampu hadir. Mengapa??? Tiada kemahuan? Ada
kemahuan tapi ada halangan? Hanya yang terpilih?
Usai solat isyak,
seperti yang telah direncanakan solat hajat terutama buat adik-adik kru yang
bakal menduduki UPSR, PMR, SPM dan STPM menyusul yang dimami oleh Ustaz Azim.
Sebelum solat hajat bermula Ustaz Azim mengutarakan sedikit peringatan kepada
para peserta dan ibu bapa yang hadir agar solat hajat ini bukan sekadar
dilaksanakan sekali ini sahaja tapi lakukanlah secara berterusan.
Majlis pada malam
itu diteruskan lagi dengan sambutan Aidilfitri peringkat PSS dan KRU Tuaran.
Meriah dalam kesederhanaan. Semasa sesi ucapan perasmian yang disempurnakan
oleh Pengerusi Masjid Ubudiyyah beliau memaklumkan jawatankuasa masjid sentiasa
mengalu-alukan program untuk remaja dan belia dilaksanakan di masjid tersebut
dan boleh berhubung terus dengan jawatankuasa belia Masjid Ubudiyyah. Terima
kasih jawatankuasa Masjid Ubudiyyah.
Ucapan Perasmian
Ucapan Timbalan Pengerusi PSS Tuaran
Ucapan Timbalan Pengerusi II KRUT
Majlis sambutan
Aidilfitri PSS dan KRUT kali ini turut diserikan oleh persembahan empat buah
nasyid oleh kumpulan Muslih yang telah diundang khas selain persembahan
daripada kumpulan PSS dan KRUT. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan. Terima juga
kepada semua yang hadir.
Kumpulan Muslih
Jom tonton
Persembahan PSS dan KRUT
Adik Arif buat apa di hadapan tu?
Dengar ucapan dengan teliti.
Senyum (^___^)
Berdiri: Bila giliran kita buat persembahan? Sempat lagi berlatih ni.
Silakan....
Pilihlah yang mana satu
Ambil air di sini
Elok-elok adik Muhammad
Giliran muslimat pulak
Makan nasi bersama,
makan pencuci mulut asing-asing ya....
Malam itu sementara
menunggu masa qiamullalil sekali lagi para peserta muslimin tidur bertemankan
angin bayu dari Kundasang. Peserta yang berpengalaman siap sedia dengan selimut
masing-masing, yang tidak berpengalaman, kasihan.
Sebelum berpisah
keesokan paginya, hasil keputusan mesyuarat bersama semua peserta yang hadir
qiamullail bulanan akan datang telah dipersetujui sebulat suara pada 20-21
Oktober 2012 di SRI al-Hafidz, Tuaran demi meraikan kehadiran adik-adik peserta
terutama KRU Tunas.
“Kak ada qiamkah bulan ini?”
soal adik-adik KRU Tunas setiap kali ada ruang pertemuan di Masjid An-Nur,
Tuaran pada hari Jumaat.
“Ada.”
“Di mana?” Pintas mereka laju
dengan wajah keriangan.
“Di Masjid Tamparuli.”
Sukar digambarkan
rasa hampa mereka setiap kali jawapan itu yang mereka terima. Wajah sayu sambil
tertunduk ke bawah. Cinta mereka telah bertunas. Tidak wajar dipersiakan. Cinta
Program Islamik.
Ya hari ini hari
pertama adik-adik KRU Tunas menduduki UPSR. Ya Allah permudahkan urusan mereka
dan kurniakanlah mereka kejayaan di dunia dan Akhirat. Amin.
Antara ahli KRU Tunas yang sedang menduduki UPSR, Adik Bibi (tudung ungu) dan Adik Kak Sarah (tudung kuning).
P/s: (Pesanan
berharga buat kita: Saya minta maaf kpd adik2 di
Tuaran. Sy trlupa program mlm ni. Tiba2 AJK call sy tadi, "Di mana
sudah?". Sy jwb sy di KL. Terkejut AJK yg tel. Sy nasihatkn kpd diri utk
memastikan event yg dimasukkn dlm planner smartphone diset dgn alarm. Sy jg nasihat kpd adik2, snts follow up jemputan a day or
pagi tu jika program mlm (smpt buat backup plan if needed). Last follow up sy
tgok dlm conservation ialah a week ago. Bygkan... : Pres PSS)
Thursday, September 6, 2012
Jom Qiam & Coretan KRC 2012
Istimewa Qiamullail kali ini ialah PSS dan KRU Tuaran mengadakan Sambutan Eidulfitri & Solat Hajat Perdana.
Ibu bapa turut dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Anda dialu-alukan untuk membawa juadah/kuih raya :-)
Tentatif :
8 September 2012 (Sabtu)
5.00pm : Pendaftaran Peserta
6.15pm : Persiapan Solat Maghrib
7.00pm : kuliah Maghrib
7.30pm : solat Isyak Berjemaah & Solat Hajat Perdana
8.00pm : Sambutan Eidulfitri (Ucapan2, Nasyid, Jamuan Hari Raya)
10.00pm: bacaan Surah Al-Mulk, Himpun Daya
9 September 2012 (Ahad)
4.00am: Qiamullail
5.00am: solat Subuh Berjemaah, Zikir al-Ma'thurat,
6.00am: Usrah
7.00am: Riadah, Sarapan Pagi, Gotong-royong
8.00am: Mesyuarat, Lambaian Ukhuwwah...
5.00pm : Pendaftaran Peserta
6.15pm : Persiapan Solat Maghrib
7.00pm : kuliah Maghrib
7.30pm : solat Isyak Berjemaah & Solat Hajat Perdana
8.00pm : Sambutan Eidulfitri (Ucapan2, Nasyid, Jamuan Hari Raya)
10.00pm: bacaan Surah Al-Mulk, Himpun Daya
9 September 2012 (Ahad)
4.00am: Qiamullail
5.00am: solat Subuh Berjemaah, Zikir al-Ma'thurat,
6.00am: Usrah
7.00am: Riadah, Sarapan Pagi, Gotong-royong
8.00am: Mesyuarat, Lambaian Ukhuwwah...
JOM, JOM, JOM......
*****************************************
Coretan KRC 2012
TAHNIAH!!!!!!
Alhamdulillah, pada
2 September yang lepas beberapa orang ahli KRUT berpeluang menyertai Kem Remaja
Cemerlang (KRC) di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Apa beza KRC dulu dan
sekarang? Yang jelas bilangan hari berkurangan. Dulu tiga hari, sekarang satu
hari sahaja. Itu tidak penting, yang penting kualiti masa. Sejauh mana masa
yang ada dimaksimumkan manfaatnya. Dulu dan sekarang masih berada di landasan
yang sama, demi melahirkan remaja yang cemerlang duniawi dan ukhrawi. Matlamat
yang sama, pendekatan berbeza. Inovasi. KRC kali ini tampil dengan mengkoreksi watak
seorang tokoh terkenal ‘Muhammad Al-Fatih’. Rasanya semua sudah kenal tokoh
ini, namun tidak kurang juga yang masih belum kenal. Tak kenal maka tak cinta. Pabila sudah kenal, pasti tertanam tekad
saya mahu tampil hebat seperti ‘Muhammad Al-Fatih’. Betul tak pada yang sudah
kenal?
Sabda Rasulullah
SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan
jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya
adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Secebis Kisah ‘Muhammad Al-Fatih’
Pada
20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam.
Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St
Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan
tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda
diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan
Constantinople.
Pada
kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak
menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun
lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah
meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang
duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan
solat fardhu.
Baginda
bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini
pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada
tenteranya duduk.
Kemudian
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini
pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini
semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak
pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak
baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah
sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya
itu.
Mudah-mudahan para
peserta yang hadir akan terus mengorak langkah menggapai kecemerlangan hakiki
berpaksikan ketakwaan.
Andai gagal?
Mengalah? Tidak! Tidak sama sekali!
Adakah Insan yang
bergelar ‘Muhammad Al-Fatih’ itu tidak pernah gagal dalam usaha mencatur impian
kecemerlangan? Jawapannya pasti ‘PERNAH’. Lalu apa yang baginda lakukan?
Membiarkan cita-cita itu terkubur begitu sahaja? Oh, tidak!
Rantai penghalang sepanjang Teluk Golden Horn
Kegagalan jika
disuluh berpandukan halatuju yang jelas pasti menjadikan seseorang itu akan
lebih kreatif dan inovatif. Lihat sahaja betapa kreatifnya strategi ‘Muhammad
Al-Fatih’ sehingga membuahkan kecemerlangan.
Kreatif dan Inovatif
Anda pernah gagal?
Atau anda sedang melayan kesedihan dek kegagalan? Bangkit, bangkitlah! Kegagalan
adalah kejayaan yang tertangguh. Senyum sikit. (^__^)
Fokus, fokus Kak Siti Khadizah
Tahniah Kak Jurainah
Terima kasih AJK Makanan. Halalan toiyibah.
Tahniah dan terima kasih! Ukhuwwah fillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)