Tuesday, March 19, 2013

Qiam Mac 2013

Senyum. Senyum. Senyum. Tersenyum simpul setiap kali teringat gelagat adik-adik KRU Tunas yang menghadiri Program Qiamullail. Semasa qiamullail 16-17 Mac 2013 pun begitu juga. 

Usai Maghrib seorang adik KRU Tunas menangis. Mengangis sebab rindu emaknya. Pun begitu dia tidak mahu balik, dia mahu juga berada di tapak program. Senyum.

Qiamullail bulan lepas dua orang adik KRU Tunas menangis sebab yang sama 'rindu'. Kedua-duanya balik. Salah seorang lelaki. Rindu sehingga demam. Masih ternyiyang-nyiyang lagi suara adik tersebut disulami tangisan syahdu.

"Saya tidak tahan sudah, saya rindu abah dan mak saya sampai saya demam."

Teringat pula kisah para sahabat Rasulullah yang tidak dapat menanggung rasa cinta dan rindu kepada Allah sehingga ada yang pengsan apabila ada orang menyebut nama Allah. Malahan ada yang menghembuskan nafas yang terakhir. Rasa cinta dan rindu yang amat mendalam. Inilah kejayaan Rasulullal meyemai rasa cinta dan rindu kepada Allah dikalangan para sahabat. 13 tahun di Mekah, Rasulullah memperkenalkan para sahabat dengan Allah. Awaluddin ma'rifatullah. Solat, akhirnya menjadi hadiah istimewa untuk menyalurkan rasa cinta dan rindu tersebut.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sembahyang adalah penyejuk mataku." Baginda juga pernah menyuruh Sayidina Bilal r.a. untuk azan dengan berkata: "Wahai Bilal, berilah kerehatan kepada kita semua!"

Malam ketika semua sedang asyik mendengar ceramah berkaitan solat, seorang adik KRU tunas meninggalkan medan ceramah. Bermula dengan mengaru bahagian kepala, tangan kemudian kaki. Alahan. Bila dihampiri, adik tersebut selamba sahaja mengatakan dia memang begitu sambil menceritakan sejarah alahan yang dialaminya. Dia memaklumkan ada bawa bersama ubat sapu. Selesai. Senyum.

Qiamullail kali ini juga memperlihatkan  KRU Tunas mula menunjukkan rasa bertanggungjawab dan mahu menyumbang untuk menjayakan program-program KRU. Sewaktu mesyuarat menentukan AJK makanan qiamullail bulan hadapan, tetiba seorang adik KRU Tunas berdiri mencadangkan dirinya menjadi AJK yang menyediakan dan membawa makanan. Senyum.



Pendaftaran
Taklimat & Ice Breaking

Bersantap

Ceramah:Di mana tahap solat kita?

Mesyuarat KRIS: Cadangan menu makanan paling mencuit hati.

Perjumpaan & Mesyuarat ILC : Bergerak mencari lokasi di bahagian atas dek keriuhan adik-adik KRU Tunas di ruang bawah (^___^)


Al-Ma'thurat

Sarapan

Mesyuarat Penetapan tarikh Qiam April, Pelantikan Kemkom & AJK Makanan

Ni lah adik KRU Tunas (kanan) yang menawarkan diri jadi AJK Makanan (^___^)

Mesyurat Pembentukan AJK Qiam April & Program Cuti Mac


Wednesday, March 13, 2013

Ibu & Ayah


Program hujung minggu lepas ditunda.

Ini satu peluang. Peluang bersama keluarga tercinta khususnya ibu dan ayah kita. Menyertai aktiviti keluarga. Antaranya bersama-sama menghadiri jemputan kenduri-kendara saudara-mara atau rakan taulan ibu ayah kita. Pasti semuanya gembira.


 Rezeki hari sabtu

 Nampak kacang

 Nampak jagung

Nampak bunga matahari

Rezeki hari ahad

 Apakah yang terjadi seterusnya?

Allah berfirman: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa. (An Nisa’: 36).

 “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya yang telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu. Hanya kepadaKu lah kamu kembali”. (al Luqman:14).

 “Sesungguhnya Allah menyuruh kalian berbuat baik kepada ibu kalian, kemudian menyuruh kalian berbuat baik pada ibu kalian, kemudian menyuruh kalian berbuat baik pada ayah kalian, kemudian menyuruh berbuat baik pada kerabat yang lebih dekat kemudian kepada kerabat yang dekat. (Riwayat al Bukhari dalam Adab al Mufrad).

 Abdullah bin Mas’ud RA berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, “Amal apakah yang paling disukai oleh Allah? Nabi SAW menjawab, “Solat pada waktunya”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa? Nabi SAW menjawab lagi, “Berbakti kepada kedua ibu bapa”. Kemudian aku bertanya lagi, “Lagi apa? Nabi SAW menjawab lagi, “Berjihad di jalan Allah”. Abdullah bin Mas’ud RA berkata, “Semua itu disampaikan oleh Rasulullah SAW kepadaku. Andai kata aku meminta tambahan, Rasulullah SAW pasti menambahkannya lagi untukku”. (Riwayat al Bukhari dan Muslim).

 Abdullah bin Abbas RA meriwayatkan bahawa seseorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW, “Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, adakah bermanfaat jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah SAW menjawab, “Ya”. Lelaki itu berkata, “Aku mempunyai kurma dan aku bersaksi kepada engkau yang aku aku telah menyedekahkannya untuk ibuku”. (Riwayat Abu Daud).

Monday, March 4, 2013

Jil Ul Islam Kali ke-4, 2013


Hati menanti saat-saat untuk bersama mereka. Alhamdulillah tahun ini berpeluang "Membina Generasi Islam" di Sekolah Agama Negeri, Tamparuli. Hanya bersebelahan dengan Masjid Ubudiyyah dan sekaligus menjadikan masjid sebagai medan bersama mereka petang itu, 01 Mac 2013.

Ya, petang itu satu lagi memori tercatat bersama geng KRUT dan adik-adik peserta KRU Tunas. Seramai 140 orang peserta melibatkan diri. Menyantuni jiwa-jiwa yang suci ini membuatkan setiap gerak dituntun supaya lebih bermujahadah di jalanNya. Harapan agar generasi inilah yang bakal menjulang Islam kelak.

Para fasi kali ini menampilkan wajah-wajah baru yang bakal menggantikan kepimpinan KRUT. Mentarbiyah sambil ditarbiyah. Moga terus istiqamah hendaknya.


Taklimat

Pengenalan KRU

Jiwa-jiwa ini ( ^___^ )

    Kumpulan Abang Azizul A
   bukan Azizul J ya (^_^)
                                                                    

Kumpulan Abang Ikhwan

                                                    Kumpulan Abang Azizan

Kumpulan Abang Faiz

Kumpulan Abang Jumasri

Kumpulan Abang Arif

Kumpulan Abang Iman

Kumpulan Kak Rosliza

Kumpulan Kak Amelia

Kumpulan Kak Riya

Kumpulan Kak Fadilah

Kumpulan Kak Malia

Kumpulan Kak Bibi Hafsah

Kumpulan Kak Aqilah

Kumpulan Kak Nazihah

Kumpulan Kak Atiqah

Kumpulan Kak Noor

Masih meneruskan LDK?

Kita minum dulu...

                                                             Solat Asar

Koreksi diri

Lambaian Ukhuwwah

Bersama Guru Besar..Ustaz Shayrul ( ke-4 dari kanan )