Senyum. Senyum. Senyum. Tersenyum simpul setiap kali teringat gelagat adik-adik KRU Tunas yang menghadiri Program Qiamullail. Semasa qiamullail 16-17 Mac 2013 pun begitu juga.
Usai Maghrib seorang adik KRU Tunas menangis. Mengangis sebab rindu emaknya. Pun begitu dia tidak mahu balik, dia mahu juga berada di tapak program. Senyum.
Qiamullail bulan lepas dua orang adik KRU Tunas menangis sebab yang sama 'rindu'. Kedua-duanya balik. Salah seorang lelaki. Rindu sehingga demam. Masih ternyiyang-nyiyang lagi suara adik tersebut disulami tangisan syahdu.
"Saya tidak tahan sudah, saya rindu abah dan mak saya sampai saya demam."
Teringat pula kisah para sahabat Rasulullah yang tidak dapat menanggung rasa cinta dan rindu kepada Allah sehingga ada yang pengsan apabila ada orang menyebut nama Allah. Malahan ada yang menghembuskan nafas yang terakhir. Rasa cinta dan rindu yang amat mendalam. Inilah kejayaan Rasulullal meyemai rasa cinta dan rindu kepada Allah dikalangan para sahabat. 13 tahun di Mekah, Rasulullah memperkenalkan para sahabat dengan Allah. Awaluddin ma'rifatullah. Solat, akhirnya menjadi hadiah istimewa untuk menyalurkan rasa cinta dan rindu tersebut.
Rasulullah
SAW pernah bersabda: "Sembahyang adalah penyejuk mataku." Baginda
juga pernah menyuruh Sayidina Bilal r.a. untuk azan dengan berkata: "Wahai
Bilal, berilah kerehatan kepada kita semua!"
Malam ketika semua sedang asyik mendengar ceramah berkaitan solat, seorang adik KRU tunas meninggalkan medan ceramah. Bermula dengan mengaru bahagian kepala, tangan kemudian kaki. Alahan. Bila dihampiri, adik tersebut selamba sahaja mengatakan dia memang begitu sambil menceritakan sejarah alahan yang dialaminya. Dia memaklumkan ada bawa bersama ubat sapu. Selesai. Senyum.
Qiamullail kali ini juga memperlihatkan KRU Tunas mula menunjukkan rasa bertanggungjawab dan mahu menyumbang untuk menjayakan program-program KRU. Sewaktu mesyuarat menentukan AJK makanan qiamullail bulan hadapan, tetiba seorang adik KRU Tunas berdiri mencadangkan dirinya menjadi AJK yang menyediakan dan membawa makanan. Senyum.
Pendaftaran
Taklimat & Ice Breaking
Bersantap
Ceramah:Di mana tahap solat kita?
Mesyuarat KRIS: Cadangan menu makanan paling mencuit hati.
Perjumpaan & Mesyuarat ILC : Bergerak mencari lokasi di bahagian atas dek keriuhan adik-adik KRU Tunas di ruang bawah (^___^)
Al-Ma'thurat
Sarapan
Mesyuarat Penetapan tarikh Qiam April, Pelantikan Kemkom & AJK Makanan
Ni lah adik KRU Tunas (kanan) yang menawarkan diri jadi AJK Makanan (^___^)
Mesyurat Pembentukan AJK Qiam April & Program Cuti Mac
No comments:
Post a Comment