Semua sahabat-sahabat KRU pasti teringin dan terdorong untuk melanjutkan pengajian hingga ke menara gading. Apa tidaknya, sepanjang bergiat dalam KRU kita selalu bersama, dikelilingi dan didampingi oleh abang-abang dan kakak-kakak (PSS) yang masih belajar mahupun yang telah menamatkan pengajian di menara gading. Beruntungnya kita kerana berada dalam persekitaran ini. Benarlah persekitaran boleh mempengaruhi kita.
Tahniah kepada sahabat-sahabat KRU yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading sesi September tahun ini walau di mana jua berada. Tidak lupa juga kepada Timbalan Pengerusi 2 KRU Tuaran, Kak Noor Tenri. Tahniah kak!
Kini Kak Noor ditemukan 'jodoh' dengan sahabat-sahabat seperjuangannya (Kak Sarah, Kak Julaiqah, Kak Roslidiana, Kak Norhayati, Kak Nurul Zannah dan Kak Faridah Anuar) di UMS. Dan lagi istimewa ditemukan 'jodoh' dengan insan yang telah membawanya berkecimpung dalam KRU. Siapakah insan istimewa itu?
Buat semua kakak-kakak yang dikasihi ingat kata-kata keramat kita, 'jangan lupa rumput yang dipijak, sungai yang ditelusuri, bukit yang didaki'. Hakikatnya, perjalanan kita masih panjang.
Kak Noor & Kak Julaiqah di UMS. (Kak Noor ada kelab baru ya?????)
Wah, ramainya sahabat-sahabat baru Kak Noor!
(Gambar ihsan Kelab Nur E-Man)
Bagaimana pula dengan yang tidak berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading? Rasa rugi menyertai KRU? Pastinya tidak. Tidak sama sekali. Jadi dapat apalah? Di sini kita dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Bersahabat dengan orang yang soleh
dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar
minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak
wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan
daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala
tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda
mendapat bau yang hapak.”
(Riwayat Abu Daud)
Untungkan?
Jom pakat ramai-ramai menyertai KRU!
No comments:
Post a Comment