Sunday, June 29, 2014

'Refresh' Qiamullail Jun 2014

Senja 21 Jun semakin ke penghujung. AJK pendaftaran Qiamullail setia menanti kehadiran tetamu rumah Allah. Masjid Ubudiyyah, Tamparuli kekal menjadi pilihan tempat berhimpun bulanan ahli PSS dan KRUT kali ini.

Ya, kali ini para peserta berkesempatan menadah ilmu persediaan menyambut bulan Ramadan agar Ramadan kali ini lebih bermakna daripada Ramadan sebelumnya.

Firman Allah Ta’ala :


Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Kini para peserta dan kita semua telah berada pada hari kedua Ramadan 1435H. Bagaimana dengan puasa kita?

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, mengklasifikasikan tahap puasa kepada tiga iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus yang lebih khusus.

Adapun puasa umum adalah tahap yang paling rendah, iaitu setakat menahan daripada makan, minum dan syahwat. Ia dianggap sebagai puasa orang awam.

Puasa khusus pula meliputi menahan daripada makan, minum dan syahwat di samping memelihara seluruh anggota tubuh daripada perbuatan maksiat. Puasa tahap kedua ini adalah puasa orang soleh.

Manakala puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati daripada segala kehendak hina dan fikiran duniawi serta tidak memikirkan apa-apa selain Allah SWT. Puasa tahap ini adalah puasa para Nabi, shiddiqin dan muqarrabin.

Imam al-Ghazali menggariskan enam perkara untuk mencapai kesempurnaan puasa tahap kedua.

Pertama, menahan pandangan dari segala perkara yang dicela dan makruh serta apa jua yang mengganggu dan melalaikan daripada mengingat Allah SWT;

Kedua, memelihara lidah daripada perkataan sia-sia, dusta, mengumpat dan perkataan keji;

Ketiga, mengawal telinga daripada mendengar kata-kata yang tidak baik;

Keempat, mengawal anggota tubuh yang lain daripada perbuatan dosa seperti mengawal tangan dan kaki daripada berbuat maksiat dan mungkar, menahan perut daripada memakan yang haram;

Kelima, tidak melampau sewaktu berbuka sehingga perut penuh; dan

Keenam, hati sentiasa diliputi cemas (khauf) dan pengharapan (raja') kerana tidak diketahui sama ada puasa diterima Allah SWT atau sebaliknya.

Jom kita hayati lirik nasyid berikut;

            Ramadhan Dua Zaman
Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur’an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur
 
Mereka berlumba mengejar ma’rifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak bermaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga
Dari meja pendaftaran: Siap siaga...

Geng karas SMKSN dah sampai...

Berkongsi pengalaman bersama Ustaz Abd Rahman 

Syukran Jazilan

Giliran Ustaz Khairun pulak...iman, takwa, ikhlas

Tanpa membuang masa dijemput Ustaz Zaid untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk 'IA DATANG LAGI.......'

Sukanya dia mendengar ceramah Ustaz Zaid...

Catat & save

Syukran jazilan ustaz


Kita makan dulu!!!

Terima kasih IBU...

Musim mangga, makan mangga

Post mortem..semua berjalan lancar (^......^)

Idea...idea...idea...bagaimana program rehlah esok, qiam bulan depan, KRC?

Timb Pengarah: Barisan hadapan

"Sibuk nampak tuan pengarah..."


P/s: Bersambung.......REHLAH


Kami dan Cuti Sekolah Mei-Jun 2014

Cuti sekolah penggal pertama telah pun melabuhkan tirainya. Mengimbau kembali aktiviti pertama cuti lalu membawa memori ini ke bumi Kota Belud. Bumi yang cukup subur dengan dakwah sehingga berjaya melahirkan ramai Daie yang komited membangunkan jiwa-jiwa remaja. Ya, merekalah sahabat kita PSS & KRU Kota Belud.

Berkesempatan menjadi fasilitator KRIS KB telah menemukan kami dengan sahabat yang lama tidak bertemu, iaitu geng PSS & KRU Kota Marudu. Alhamdulillah, ada rindu yang terubat. Mereka juga turut terlibat menjayakan program. Kedudukan geografinya yang lebih hampir dengan Kota Belud, memudahkan mereka turun membantu.

Perkampungan 3 hari 2 malam banyak memberikan pengalaman baru dan sempat berkongsi modul-modul program. Sememangnya remaja dan islah itu tidak boleh dipisahkan! Tahniah PSS & KRU KB atas penganjuran KRIS pada kali ini. Begitu juga PSS & KRU Kota Kinabalu dan Putatan.

Mohon maaf kepada sahabat PSS & KRU Putatan kerana tidak dapat menghantar wakil untuk membantu. Keterbatasan tenaga yang ada membuatkan kami hanya mampu memerhati dari kejauhan.

 Syukran Jazilan atas jemputannya...
 
 Masanya mencipta logo..
 
 Kem kom yang sporting..Abg Iqbal
 
Beriadah di pagi yang indah
 
 Kukuhkan ia?
 
 Pencerahan daripada kaka AJK lewat riadah.
 
Kak Sofia & kak Ain memberikan tazkirah maghrib ringkas
kepada adik-adik muslimat.
 
 Antara peserta yang osem (^_^)
 
 
1 Jun 2014
 
Terpaksa meninggalkan bumi Kota Belud awal pagi itu dek kerana menghadiri majlis perkhawinan salah seorang ahli PSS Tuaran, Kak Siti Suraidah Mahmud di Kg Sungai Damit, Tuaran. Dulu beliau sering mengikuti usrah. Kini sudah punya usrah sendiri.
 
 Tahniah Kak Siti Suraidah @ Eyda dan suami.
Moga bahtera yang dibina kekal hingga ke syurga.
 
 
4-5 Jun 2014
 
Setiap dari kita adalah pemimpin. Dan kita akan dipersoalkan di akhirat kelak atas kepimpinan masing-masing. Tidak kira muslimin atau muslimat. Maka dengan itu, satu Kem Kepimpinan PSS & KRU Tuaran telah dilaksanakan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya.
 
Sebaik-baik pemimpin adalah orang yang mengikuti syariat Allah SWT.
 
Apa jadi bila muslimin beraksi di dapur? jom tengok...
 
 
Bawang dan lada besar dihiris dan dipotong halus..

 Menunggu minyak jadi panas..
 
 Muslimat hanya mampu memerhati...hmmm
 
 "Bila minyak da panas, masukkan bawang2 dan
 goreng sehingga naik bau ya" kata Abg Ekhwan.
 
"Bila kita memasak ni, kenalah sentiasa berzikir,
supaya makanan yang kita masak sedap dan berkhasiat" pesan Abg Syukri.
 
 Haa..siap juga akhirnya. Macam sedaaaap ja.
 
 Sekarang tunggu sayur dimasak.
Bersungguh-sungguh nampak Abg Sharizal kita memasak.
 
Taraaaa...ni la hasilnya. Mcm sedap kan. Memang sedap!
Syukran jazilan chef2 sekalian.
 
 Wajah-wajah keriangan lepas makan.
Alhamdulillah....(^___^)
 
6 Jun 2014
 
Menghadiri majlis akad nikah Cikgu Yuti yang juga merupakan salah seorang ahli PSS Tuaran. Majlis diadakan di kediaman beliau di Kg Sungai Damit, Tuaran. Alhamdulillah kali ke-2 berkunjung ke tempat yang sama, sempat bertemu keluarga angkat yang lama dirindui. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. 
 
 Barakallah Cikgu Yuti dan suami.
 
7 Jun 2014
 
Jemputan walimatul urus yang terakhir sebelum cuti sekolah berakhir adalah di Bukit Nabila, Kg Penampang Baru, Tuaran. Tahniah buat kak Siti Nadiah Norbeh dan suami. Kak Siti Nadiah juga merupakan ahli PSS Tuaran yang banyak membantu meskipun hanya di belakang tabir. Moga rumahtangga yang dibina dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah.
 
 Sempat bertemu sahabat dari Putatan, Kak Zulaikha (berpurdah) 
yang juga Penolong Setiausaha 2 PSS Pusat.
 
Eh, Abg Amar pun ada...
 
Tahniah Kak Nadiah dan Abg Wan.
 
 Keduanya memperagakan pakaian tradisi suku kaum Bajau.
Unik & yang penting menepati syariat (^_^)
 
 
14 Jun 2014
 
Berbulatan gembira bersama sahabat-sahabat yang jarang ditemui dek kerana masing-masing bekerja dan belajar di luar dari daerah Tuaran. Sungguh, pertemuan itu banyak merungkai cerita suka dan duka kami. Dan yang pasti ada rindu yang terubat.

 
 Bulatan Gembira diserikan lagi dengan kehadiran
Abg Asyraf Makki (Pelajar UMS Tahun akhir)
 
Syukran jazilan atas perkongsian yang ringkas dan santai...
 
 Alhamdulillah sempat bertukar-tukar pandangan..
antara kehidupan di alam kampus dan alam reality??
 
 Usai berbulatan gembira, rumah Kak Tini menjadi destinasi
seterusnya atas jemputan kenduri arwah ayahnya.
 
 Penyambut tetamu yang malu-malu.
Membuatkan kami rasa tidak malu (^_^)
 
Usai bacaan yasin, sesi hati ke hati pun bermula.
Semuanya tanpa dirancang..
 

 Moga terus istiqamah semua...

 
21 Jun 2014
 
Abg Sazali sempat menyampaikan pengisian dan berkongsi pengalaman kepada adik-adik SMK Tamparuli sebelum kembali semula ke Keningau untuk meneruskan jihad akademiknya. Syukran Jazilan ya akhi.
 

Berkongsi ilmu

Perkongsian pengalaman bergerakerja di perantauan