Sunday, June 29, 2014

'Refresh' Qiamullail Jun 2014

Senja 21 Jun semakin ke penghujung. AJK pendaftaran Qiamullail setia menanti kehadiran tetamu rumah Allah. Masjid Ubudiyyah, Tamparuli kekal menjadi pilihan tempat berhimpun bulanan ahli PSS dan KRUT kali ini.

Ya, kali ini para peserta berkesempatan menadah ilmu persediaan menyambut bulan Ramadan agar Ramadan kali ini lebih bermakna daripada Ramadan sebelumnya.

Firman Allah Ta’ala :


Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Kini para peserta dan kita semua telah berada pada hari kedua Ramadan 1435H. Bagaimana dengan puasa kita?

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, mengklasifikasikan tahap puasa kepada tiga iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus yang lebih khusus.

Adapun puasa umum adalah tahap yang paling rendah, iaitu setakat menahan daripada makan, minum dan syahwat. Ia dianggap sebagai puasa orang awam.

Puasa khusus pula meliputi menahan daripada makan, minum dan syahwat di samping memelihara seluruh anggota tubuh daripada perbuatan maksiat. Puasa tahap kedua ini adalah puasa orang soleh.

Manakala puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati daripada segala kehendak hina dan fikiran duniawi serta tidak memikirkan apa-apa selain Allah SWT. Puasa tahap ini adalah puasa para Nabi, shiddiqin dan muqarrabin.

Imam al-Ghazali menggariskan enam perkara untuk mencapai kesempurnaan puasa tahap kedua.

Pertama, menahan pandangan dari segala perkara yang dicela dan makruh serta apa jua yang mengganggu dan melalaikan daripada mengingat Allah SWT;

Kedua, memelihara lidah daripada perkataan sia-sia, dusta, mengumpat dan perkataan keji;

Ketiga, mengawal telinga daripada mendengar kata-kata yang tidak baik;

Keempat, mengawal anggota tubuh yang lain daripada perbuatan dosa seperti mengawal tangan dan kaki daripada berbuat maksiat dan mungkar, menahan perut daripada memakan yang haram;

Kelima, tidak melampau sewaktu berbuka sehingga perut penuh; dan

Keenam, hati sentiasa diliputi cemas (khauf) dan pengharapan (raja') kerana tidak diketahui sama ada puasa diterima Allah SWT atau sebaliknya.

Jom kita hayati lirik nasyid berikut;

            Ramadhan Dua Zaman
Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur’an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur
 
Mereka berlumba mengejar ma’rifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak bermaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga
Dari meja pendaftaran: Siap siaga...

Geng karas SMKSN dah sampai...

Berkongsi pengalaman bersama Ustaz Abd Rahman 

Syukran Jazilan

Giliran Ustaz Khairun pulak...iman, takwa, ikhlas

Tanpa membuang masa dijemput Ustaz Zaid untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk 'IA DATANG LAGI.......'

Sukanya dia mendengar ceramah Ustaz Zaid...

Catat & save

Syukran jazilan ustaz


Kita makan dulu!!!

Terima kasih IBU...

Musim mangga, makan mangga

Post mortem..semua berjalan lancar (^......^)

Idea...idea...idea...bagaimana program rehlah esok, qiam bulan depan, KRC?

Timb Pengarah: Barisan hadapan

"Sibuk nampak tuan pengarah..."


P/s: Bersambung.......REHLAH


No comments: