Friday, July 11, 2014

2014: Ada apa dengan REHLAH?

Pagi yang cerah, usai program qiamullail kami mula mengorak langkah menuju ke destinasi rehlah. Jam 6 pagi muslimin yang sudah bersiap sedia lebih awal kelihatan jalan beriringan dengan ceria sekali menuju ke kaki Bukit Perahu yang terletak di Kampung Bawang, Tamparuli. Ya, muslimin akan menawan puncak Bukit Perahu. Tercapaikah hasrat mereka? Semasa taklimat dimaklum masa pendakian sekitar 30 minit hingga satu jam. Bergantung kepada keadaan cuaca sebelum mendaki. Jika hujan pendakian agak sukar sedikit. Licin.

Setelah muslimin berlalu pergi, muslimat dan muslimin (yang tidak turut pergi mendaki) pula bergerak ke tapak rehlah. Tidak jauh dari Masjid Ubidiyyah Tamparuli, di sebuah dataran berdekatan Sungai Tamparuli @ Jambatan Tamparuli. Pemandangan indah berlatarbelakangkan Bukit Perahu ditemani udara pagi yang nyaman.

Sepanjang rehlah pelbagai aktiviti santai dilaksanakan. Tidak lain dan bukan untuk memantapkan lagi ukhuwah dikalangan ahli PSST, KRUT dan semua yang terlibat. Sungguh, gerakerja penting. Namun, sekali sekali-sekala ukhuwah perlu disegarkan, minda perlu direhatkan. Pandanglah alam, renungi dan rasakan kehebatan Maha Pencipta.

Sedang asyik bermain, kumpulan pendaki telah hampir sampai mendekati kumpulan kami. Ya, mereka telah berjaya! TAHNIAH!!! 

Mari kita dengar apa cerita mereka.

"Dari puncak Bukit perahu kami disajikan dengan pemandangan yang cantik dan indah. Dapat melihat pekan Tamparuli dan Tuaran."

Lokasi rehlah berlatarbelakangkan Bukit Perahu

Game 1 : Strategi itu penting

Ikat jangan tak ikat (^_^)

Sedia...1...2....3...prrrriiiiiitttt!!

mari tengok sapa yang sampai dulu..

jalan macam ketam pun ada...(^_^)

Setelah bersusah payah dan terus berusaha,
 akhirnya kumpulan ni sampai dulu ke garisan penamat. Tahniah!!

Game 2 : Juga memerlukan kebijaksanaan menyusun strategi

Sedia untuk membaling

dan ni pula sedia untuk menyambut..

Game 3 : Seliparmu seliparku jua..(mantapkan taaruf & ukhuwwah)
 
Mari2 pilih selipar...

Mcm cantik ja..(^_^)

Mcm comel ja..(^_^)

 

 



Masa Rehlah pun ada usrah??
 
Ucapan perasmian & penutupan Rehlah 2014 oleh pengarah program.
Tahniah kepada semua yang turut serta menjayakan Rehlah kali ni (^_^)
 
 
 
 
 
 

No comments: