Tuesday, June 10, 2014

Qiamullail Mei 2014 & Majlis Meraihkan Lepasan UPSR, PMR, SPM & STPM 2013


Alhamdulillah kerana pada bulan ini PSS dan KRU Tuaran telah melaksanakan Program qiamullail dan Majlis meraihkan pelajar lepasan UPSR, PMR, SPM & STPM 2013, bertempat di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli pada 24-25 Mei 2014.

Pada kali ini program berlangsung dengan sedikit kelainan iaitu bagi meraihkan semua pelajar yang menduduki peperiksaan besar tahun 2013 dengan tema yang bertajuk ‘Hakikat Kejayaan’. Majlis bermula dengan bacaan doa pembukaan majlis oleh adik KRU Tuaran serta ucapan alu-aluan daripada Tim. Pengerusi 1 PSS Tuaran, Abang Mohd Noor Syazwan. Beliau menyatakan bahawa, ilmu itu penting untuk ditimba oleh setiap umat Islam dan perlu diamalkan dengan sebaiknya. Bak kata pepatah Arab ‘Ilmu tanpa amal, seperti pokok tanpa buah’.

Di samping itu, diselitkan sedikit pengisian ringkas daripada kak Nurazidah Mashan iaitu ahli PSS Tuaran. Beliau berkongsi sebuah Hadis riwayat At-Tirmidzi yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ Siapa saja yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberikan kepadanya kemudahan menuju SYURGA”.

Selain itu, majlis juga diserikan dengan kehadiran daripada ibu bapa peserta dan masyarakat setempat. Kejutan demi kejutan berlaku iaitu sambutan hari lahir buat adik Akmal, KRU Tuaran berserta gimik provokasi daripada Abang Syazwan dan Kak Syahidah. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan makan malam. Surah Al-mulk dibaca sebelum tidur, menutup tirai peserta pada malam 24 Mei 2014 (Sabtu).


Daftar, daftar, daftar....


Mereka pun berprogram juga....

Pesanan daripada salah seorang bapa ahli KRUT

Tazkirah daripada jemaah masjid

Kuliah Maghrib : Keistimewaan Bulan Rejab, Syaban dan Ramadan 
(Ust Hafiz)


Seusai Solat Isyak....

Majlis diserikan dengan kehadiran Timb. Pengerusi II PSST



MC yang tidak asing lagi...

Tadaaah tangan....

Sepatah dua kata dari pengarah...

Mutiara kata oleh Timb. Pengerusi II PSST

Kak Azidah: Hakikat Kejayaan

Jeng....jeng....jeng....

Mana kek satu lagi?????





Ceria!!!!!

Tahniah!!!!!

Mabruk!!!!!

"Apa salah saya dimarah sebegini? Abang Syazwan, Kak Titit, Kak Julaiqah semua memarahi saya. Kawan-kawan pulak tiada yang support", Fikiran Akmal mula bercelaru. Sedih, keliru, tertekan.....

Setelah beberapa minit berlalu.....

Sannah helwah Akmal!!!

Terharu...sehingga menitiskan air mata....

Ucapan istimewa...terkata, tak terkata...

(^_______^)




Licin....

Sedapnya....Alhamdulillah

Berkongsi kegembiraan

Gotong-royong sebelum melelapkan mata

Al-Mulk

Post mortem.....demi kebaikan.

Bersedia untuk Zzzzzzzzzzzzzz....


Keesokkan harinya iaitu pada 25 Mei 2014 (Ahad), program qiamullail dilakukan seawal 4:00 pagi yang diimami oleh adik Syafiq Rauf, KRU Tuaran, diikuti dengan solat subuh, tazkirah ringkas dan bacaan Al-mathurat. Seterusnya,  para peserta melakukan senaman ringkas dan akhirnya melakukan Mesyuarat Pelantikan AJK Qiam Jun 2014.

InsyaAllah jika diberi kesempatan dan waktu yang panjang kita semua akan berjumpa dalam program Qiam seterusnya. Semoga program ini menjadi titik tolak untuk kita menjadi remaja yang soleh dan solehah, kerana hakikatnya menjadi Hamba Allah yang baik juga merupakan satu KEJAYAAN.


Senaman pagi....

Bersenam pun ada penghayatan?????

“ Ya Allah, Sesungguhnya Engkau mengetahui  bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana cinta pada-Mu, bertemu untuk mentaati-Mu dan bersatu untuk menerima seruan-Mu serta mengikat janji untuk menolong menegakkan syariat-Mu. Kuatkanlah ya Allah akan ikatannya dan teruskan kemesraannya… .”


No comments: