Thursday, May 24, 2012

Qiamullail kali ke-5 KRU Tuaran

19-20hb Mei '12

Rasulullah bersabda : "Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.

Ditanyakan kepada Hasan al-Bashri: “Mengapa orang-orang yang suka bertahajjud itu wajahnya paling bercahaya di antara yang lain?” 
Ia menjawab: “Kerana mereka suka berdua-duaan bersama Allah Yang Maha Rahman; maka Allah menyelimuti mereka dengan cahayaNya." 
..............................................

Inilah sebabnya PSS & KRU Tuaran tetap meneruskan program Qiamullail bulanan. Qiamullail yang dilaksanakan benar-benar telah meresap ke dalam sanubari dan manfaat Qiamullail terkesan dalam segala urusan harian mahupun sebagai seorang pelajar atau pekerja.

AJK makanan menyediakan makan malam..



Terima kasih AJK Makanan ^_^

Bertemakan Ikhtilat, Qiamullail kali ini menyajikan kuliah tentang ikhtilat dengan lebih terperinci. Kuliah telah disampaikan ustaz jemputan, iaitu Ustaz Hafiz. Terima kasih ustaz atas penyampaian yang mantap. Semoga segala input yang dicurahkan oleh ustaz bermanfaat buat adik-adik cilik yang rajin dan istiqamah datang program Qiamullail..

Teringat kata-kata seorang ustaz, "Islam mengarahkan ibu bapa mendidik anak ilmu solat bermula dari umur tujuh tahun, maka pendidikan sosial, bermasyarakat dan tatacara pergaulan dan adab juga perlu diajar seawal usia tujuh tahun." InsyaAllah dengan ini, kami mengharapkan ilmu yang mereka kutip dalam mana-mana majlis ilmu ini mampu membina generasi yang akan membangunkan bumi Tuaran (khususnya) dengan akhlak Islam yang sebenar suatu hari kelak. Amin ya Rab.

Pagi Ahad, seusai solat Subuh dan bacaan al-Mathurat, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Peserta 13 tahun ke atas dengan usrahnya dan adik-adik 12tahun ke bawah (KRU Tunas) dengan latihan pidatonya.



Aktiviti selapas usrah dan latihan pidato, riadah di perkarangan kawasan masjid An-Nur. Seturusnya sarapan pagi, mesyuarat untuk program Qiamullail akan datang dan lambaian ukhuwwah.




pemerhati?? Atau tak sabar nak sarapan??

Jom adik-adik ikut abang, kita sarapan..


lambaian ukhuwwah


Terima kasih kepada AJK dan peserta yang sudi hadir ke program Qiamullail kali ini, moga berjumpa dalam program KRU seturusnya. 


Thursday, May 17, 2012

Jom ke Program Qiamullail KRU Tuaran!!!

Assalamualaikum..
Jom rakan-rakan, sama-sama kita mengimarahkan rumah Allah dengan menghadiri program 
Qiamullail Bulanan kali ke-5 KRU Tuaran.

Berminat?? Hubungi Saudari Sarah : 019-8950456

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru



Rasulullah saw bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)


Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. (HR al-Tarmizi)


Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,
        خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ .
            Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”(HR al-Bukhari)



'Jadilah seorang guru yang kehadirannya diTUNGGU, 
hilangnya diRINDU, 
ilmunya diBURU, 
nasihatnya diSERU, 
permohonannya diRESTU, 
tingkahlakunya diTIRU'. 
(Pesan guru untuk anak didiknya, guru)



Monday, May 14, 2012

Usrah, Mesyuarat, Kematian

Alhamdulillah, usrah hari jumaat 12 Jun terlaksana jua meski naqib tidak dapat hadir dek komitmen dengan program lain. Ada pengganti naqib. Terus istiqamah. Usrah menyingkap kehebatan generasi-generasi awal antaranya:

1. Imam Syafi'i (150 H-204H) . Hafal Al-Quran ketika usia 7 tahun.

2. Imam Ath-Thabari ( 224 H – 310 H), ahli tafsir . Hafal Al-Quran usia 7 tahun. Usia 8 tahun menjadi imam solat. Menulis hadith usia 9 tahun.

3. Ibnu Qudamah ( 541 H – 620 H). Hafal Al-Quran usia 10 tahun.

4. Ibnu Sina ( 370 H- 428 H), Hafal Al-Quran umur 5 tahun.

5. Imam Nawawi. Hafal Al-Quran sebelum baligh.

6. Imam Ahmad bin Hanbal . Hafal Al-Quran sejak kecil.

7. Ibnu Khaldun ( 732 H- 808 H). Hafal Al-Quran usia 7 tahun.

8. Imam As-Suyuthi (w: 911 H), hafal Al-Qur'an sebelum umur 8 tahun, umur 15 tahun hafal kitab al-Umdah, Minhaj al-Fiqh wa al-Ushul, Alfiyah Ibn Malik.

9. Umar bin Abdul Aziz, hafal al-Qur'an ketika masih kecil.

10. Ibnu Hajar Al-Atsqalani (w: 852 H) hafal Al-Qur'an ketika berusia 9 tahun.

11. Jamaluddin Al-Mizzi (w: 742 H), hafal al-Qur'an ketika kecil

12. Ibnu Sina seorang doktor hebat yang bukunya masih menjadi rujukan di Eropah hingga abad ke 18 Masehi dan diterjemahkan ke beberapa bahasa dunia.

13. Ibnu Khaldun, seorang ahli sosiologi dan ekonomi muslim yang teori-teorinya masih hidup hingga ke hari ini.

14. Umar bin Abdul Aziz, seorang pemimpin tertinggi yang fantastik, hanya dalam 29 bulan mampu membangunkan masyarakat yang adil dan sejahtera.

15. 11 tahun : Zaid bin Tsabit berhasil menguasai bahasa asing (Bahasa Yahudi) hanya dalam 17 hari

16. Usia 15 tahun, Abdullah bin Umar ikut dalam jihad pertamanya dalam Perang Uhud setelah sebelumnya dalam Perang Badar ditolak kerana masih berusia 14 tahun.

17. Imam Syafi'i menjadi mufti ketika berusia 15 tahun.

18. Usia 16 tahun, Zaid bin Tsabit ikut jihad pertama kali dalam Perang Khandak setelah ditolak penyertaannya dalam Perang Badar kerana usianya baru 12 tahun

19. Imam Bukhari mendalami hadits dari para gurunya ketika berusia 17 tahun.

20. Usia 17 tahun Abu Hamid Al-Isfirayini menjadi mufti.

21. Usamah bin Zaid menjadi panglima perang melawan salah satu pasukan Romawi dan menang ketika berusia 18 tahun.

22. Zaid bin Tsabit memimpin pasukan pengumpul mushaf Al-Qur'an di masa kekhalifahan Abu Bakar semasa berusia 22 tahun.

23. Usia 22 tahun, Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi Sultan Turki Uthmaniah.

24. Usia 23 tahun, Umar bin Abdul Aziz menjadi gabenor Madinah.

25. Sultan Muhammad Al-Fatih menakluki benteng lagenda, Konstantinopel ketika berusia 24 tahun.

Apakah rahsia kehebatan mereka?????

…………………………………………………………………………

Usai usrah, mesyuarat meyusul. Agenda utama, penentuan tarikh dan pembahagaian tugas program sepanjang cuti Mei-Jun. Keputusannya dan perubahan maklumat selepas perbincangan dengan pihak-pihak yang berkenaan:

26 – 28 Mei : Undangan menjadi fasi Kem Smart Tahfiz di SRI Tuaran (PIC – Fauziah) dan SRI Bandar Sierra (PIC – Sarah)

27 – 29 Mei : Kem Ana Anak Soleh (KAAS) SK Pekan Tamparuli. (PIC – Noor)(Petang selepas mesyuarat Ustazah Siti Armah maklumkan ditangguh ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Sidang mesyuarat yang majoriti memilih untuk berada di kem ini, sabar ya…..)

26 – 27 Mei : Memandangkan KAAS ditangguhkan, maka PSS dan KRUT gantikan dengan ziarah ke Kg. Saradan.(PIC – Amiruddin & Noor) -> Perbincangan demi perbincangan, ziarah ke Kg. Saradan ditunda pada 29-30 Mei. 27 Mei ada juga yang pergi sana, pergi kenduri kahwin sambail mengurus program. Mutakhir bertukar tarikh dengan ziarah ke Kg. Saradan. Terkini, ziarah ke Kg. Saradan pada 8-9 Jun. Kak Noraini, nantikan kehadiran kami. (^ _ ^)

3 Jun : Tarikh yang tidak boleh diganggu. Memenuhi undangan walimah salah seorang anak penduduk Kg. Sambah.

4-5 Jun : Qiamullail Jun PSS & KRUT. Pun begitu perlu persetujuan ramai dulu semasa qiamullail hujung minggu ni, 19 – 20 Mei. Ada yang istimewa.

6 Jun : Program Anak Soleh Kg. Tinuhan. (PIC – Siti Zubaidah)

8 – 9 Jun : Ziarah ke Kg. Kiwoi. (PIC – Heiri & Sarah). -> Mutakhir, bertukar tarikh dengan ziarah ke Kg. Saradan. Terkini ziarah ke Kg. Kiwoi pada 29-30 Mei. Adik-adik Kiwoi, janji akan dikotakan, insya-Allah.

Fuhhhhh! Macam lari seratus meter. Fahamkah?????

Sesiapa yang berminat menyertai setiap / mana-mana program, sila hubungi PIC program tersebut.

…………………………………………

Pada kesempatan ini juga warga PSS dan KRU Tuaran ingin mengucapkan takziah kepada Siti Khadizah dan Masdianah sekeluarga atas pemergian nenda tercinta pada 13 Mei 2012 dan Ustaz Anuar sekeluarga atas pemergian ibunda tercinta 12 Mei 2012.

Bacaan talkin peringatan untuk kita yang masih hidup.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Terima kasih diatas kehadiran Saudara Hasmadi dan Saudara Hanafi.

Teringat pula, slot pengurusan jenazah yang dilaksanakan semasa qiamullail bulan April 2012.




Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”


Thursday, May 10, 2012

Forum di Kampung Sambah



Teringin pula berkongsi isi kandungan Forum Bicara Ad-Din semasa di PTK di Kampung Sambah khususnya dengan sahabat-sahabat yang tidak hadir.

Forum Bicara Ad-Din malam itu mengetengahkan topik ‘Peranan Manusia sebagai Khalifah di Muka Bumi’. 

Awal bicara pengerusi forum mengingatkan bahawa setiap makhluk ciptaan Allah ada peranannya masing-masing. Apakah peranan manusia? Adakah manusia diciptakan hanya untuk makan buah epal sahajakah? Adakah manusia ini diciptakan untuk makan ikan tiga rasa sahajakah? Adahkah manusia diciptakan untuk makan udang masak laksam sahajakah? Tidak. Jadi apakah peranan kita? Ustaz, terangkan kepada kami semua, apakah makna khalifah dan apakah tugasnya sebagai khalifah?

Ustaz Husni: .....Alhamdulillah. Tidak ada ucapan yang selayaknya kita lafazkan bahagian ucapan puji-pujian bagi Allah kerana malam ini walaupun saya kira bilangan kita tidaklah seramai ketika kami mungkin dari semenanjung khususnya di Selangor bila sampaikan kuliah. Saya boleh dikatakan hampir setiap malam menyampaikan pengajian, kelas agama di masjid-masjid dan surau sekitar Shah Alam jumlahnya begitu ramai nak dibandingkan dengan jumlah kita malam ini yang berada di kampung ini. Tapi walau pun tidak ramai saya kira satu suasana yang meriah. Wallahu a’lam, saya kira rombongan para sahabat  yang lain pun merasai perasaan ini. Meriah. Seronok. Gembira. Suasana ceria. Kampung yang saya kira, insya-Allah mudah-mudahan Allah akan turunkan rahmat dan keberkatan yang banyak di kampung ini, insya-Allah. Amin. Dengan datangnya tetamu-tetamu yang suka untuk kita sama-sama berukhuwah, bersaudara dengan gabungan tenaga daripada Persatuan Siswazah Sabah dan juga dengan kerjasama, ni power sikit, kumpulan KRU, Kelab Remaja Ukhuwwah. Bukan KRU yang op op op. Ini yang soleh solehah, yang beriman......

Berbalik kepada soalan yang dikemukakan oleh pengerusi tadi ‘apakah maksud Khalifah?’ Allah rakamkan istilah yang khusus kepada manusia iaitu khalifah dalam surah Al-Baqarah ayat 30. Allah SWT berfirman:
 
Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. (Al-Baqarah:30)

Bilakah Allah firmankan ayat ini tuan-tuan, puan-paun sekalian? Bila tempoh masanya? Sebelum Allah menciptakan Nabi Adam.

Apakah pengertian khalifah? Menguruskan, mangambilalih tugas para nabi dan para rasul a.s. untuk mendirikan atau menegakkan agama di muka bumi. Itulah tugas khalifah.

Tugas kita besar. Kita lahir membawa misi dan visi yang besar. Kita lahir ini memikul tanggungjawab, amanah daripada siapa? Daripada Allah SWT.

Banyak makhluk yang Allah cipakan di Muka Bumi ini. Siapakah yang dipilih menjadi khalifah? Manusia.

Ahli panel turut menyelitkan kisah pemindahan singgahsana ratu Balqis pada zaman nabi Sulaiman yang membuktikan Allah menciptakan manusia dengan kehebatan tersendiri.

Berkata `Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin: "Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya". ( Surah AN-Naml 39)
Akhirnya ada orang yang menyanggupi lebih cepat dari kemampuan jin (ifrit), orang itu bernama Ashif Ibnu Barkhiya, dia menyanggupi memindahkan istana sebelum Nabi sulaiman berkedip, dengan cara berdo'a kepada Allah, ini rujukannya

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab: "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip". Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan ni`mat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia". (Surah AN-Naml: 40)

Soalan untuk panel kedua: Apakah syarat seseorang  jadi khalifah dan jadi hamba Allah?

Ustaz Fairus: ........Pertama sekali, kita perlu syukur kepada Allah dengan sebab Allah ta’ala perkenankan doa kita, Allah ta’ala perkenankan usaha kita, kita sampai di sini. Seperti mana yang dinyatakan oleh Ustaz Zul sudah tiga hari kita turun berdakwah. Kita turun untuk berjumpa dengan kawan-kawan seaqidah kita. Kita berkongsi ilmu. Kita ingin menjadikan mereka juga dikalangan kita yakni hamba-hamba yang pegangan mereka kuat dengan Islam. Kenapa kita memilih Sabah? Kenapa kita memilih tempat ini? Itu semua adalah rahsia jawapan daripada Allah SWT sahaja. Hakikatnya ialah bila mana kami di sini ini  Allah pertanggungjawabkan kepada kami orang yang belajar agama. Maka wajib bagi kami untuk turun kepada masyarakat untuk memeberikan penerangan tentang agama. Di antara kami tidak kepentingan sedikit pun. Tidak ada kepentingan bila mana kami datang sini, bila balik kami buat laporan dapat 2000 seorang. Tidak. Malahan puluhan ribu kita habis semata-mata untuk berjumpa dengan rakan-rakan seaqidah kita. Sebab Allah ta’ala sebut dalam al-Quran,

“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..” (Al-Hujuraat: 10)

Inilah juga diantara peranan khalifah.

Seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Husni tadi maksud khalifah ialah mendirikan agama Allah dan mentadbir dunia dengan agama Allah.

Soalan pengerusi tadi kepada kita ‘apakah syarat seseorang untuk menjadi khalifah?’ Syaratnya memang dah jadi syarat semua dah, dilantik dah jadi khalifah. Tak kira kecil atau besar, bila mana dia seorang manusia maka kita adalah khalifah. Cuma khalifah ini ada ciri-cirinya.

Ciri pertama: Mendirikan agama.

Manusia ni ikut macam mana pun dia kena dirikan agama. Ustaz, hanya orang Islam sahajakah ustaz? Tidak. Tanggung bebanan ini meliputi seluruh manusia. Sebab kata Nabi SAW setiap manusia yang dilahirkan dalam keadaan fitrah.

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi. Maksudnya setiap orang yang dilahirkan di dunia ini mula-mula dia Islam. Jika emak bapanya kristian, maka emak bapanyalah yang mencorakkannya menjadi kristian.”

Saya sebutkan tadi bukan hanya kepada orang Islam, semua manusia yang dihidupkan oleh Allah tugas dia yang pertama ialah mendirikan agama. Barangsiapa yang tidak mendirikan agama dia terseleweng dalam kehidupan dunia hari ini. Ulamak mengatakan kita kena ambil Islam sebagai cara hidup. Itulah tujuan penciptaan kita.

Dalam surah Ali imran ayat 85: (P/s: Ingatan untuk kita semua, Catitlah, tulis. Tulis dalam kepalalah)

“Barang siapa yang memilih agama selain Islam niscaya tidak akan diterima, diakhirat ia akan merasa rugi”. (Surah Ali Imran: 85)

Bila mana kita duduk dalam satu keluarga, sebagai bapa sebagai contoh. Maka kita kena dirikan Islam. Bila mana kita berada dalam satu kampong kita jadi JKKK sebagai contoh, kita jadi ketua kampong sebagai contoh, kita perlu dirikan Islam. Bila mana kita menjadi imam, bila mana kita memimpin masyarakat dan sebagainya kita kena mendirikan Islam. Juga kepada mereka yang bergelar ADUN, kepada mereka yang bergelar ahli parlimen, kepada mereka yang bergelar menteri-menteri, perdana menteri dan sebagainya ambil Islam sebagai caara hidup, tinggikan Islam. Jika ada dikalangan kita yang tidak bawa Islam maka dia seolah-olah bukan ciri-ciri khalifah.

Ciri Khalifah yang kedua: Mentadbir dunia dengan agama. 

Ini bagi mereka yang ada kuasa. Sebagai contoh kita jadi ketua dalam keluarga maka kita kena urusntadbir keluarga kita merujuk kepada agama. Kalau ada di antara kita yang mentadbir agama bukan dengan agama Allah, ia dikalangan orang yang rugi diakhirat kelak.

Manusia sanggup menerima khalifah ini, berbeza dengan tumbuh-tumbuhan, berbeza dengan haiwan, berbeza dengan batu-bata, bukit-bukau dan sebagainya.

Dalam keadaan yang demikian maka didiklah hati kita supaya kita belajar tentang islam dan kita boleh mengamalkan Islam. Islam ini adalah satu agama yang cukup hebat.

Bila sebut khalifah ia berkait-rapat dengan hamba. Apa maksud hamba? Adakah kita mengaku hamba kepada Allah atau tidak? Hamba ni kuli. Betul? Hamba ni kuli bukan orang besar pun. Tapi ada dikalangan manusia yang angkuh dengan Allah, Yang sanggup mencabar hukum-hakam Allah. Sedangkan kita hanya yakin memang kita ni hamba. Apa itu hamba? Hamba itu tunduk. Apa maksud tunduk? Tunduk dengan perintah Allah. Tapi ada dikalangan manusia yang sombong tak nak mendirikan Islam.

Marilah sama-sama kita kembali ke arah itu. Mudah-mudahan Allah ta’ala meredhakan kehidupan kita di dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Sesi penggulungan: 

Panel pertama;

Kini kita berada pada peringkat ketiga perjalanan kehidupan iaitu dunia. Hidup di bumi ini hanya sementara.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, "Umur umatku antara 60-70 tahun," (HR Tirmidzi)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah Saw bersabda : “Dunia adalah ladang akhirat”.

Kata Nabi: Jadilah seperti orang yang gharib/pelik. Tempat asal kita syurga.

Kata Baginda: "Bagiku, berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar di bawah pohon kayu yang rendang, selepas berehat barang seketika menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan.."

Sangat rugi manusia yang rasa dia akan hidup selama-lamanya. Jika telah berada di alam barzakh, kita menangis darah sekali pun tidak akan dapat kembali ke dunia lagi. Kita dalam perjalanan menuju Allah.

Panel kedua;

Kesimpulan yang kita boleh buat, kita mesti sayang diri kita. Apabila Allah lantik kita jadi khalifah maka kita kena sayang diri kita, sayang ahli keluarga kita, sayang kampung kita, sayang negeri kita, sayang agama kita.

Rasulullah melaporkan dalam hadis yang bermaksud,

Barang siapa mengatakan: "Aku redha Allah sebagai Tuhanku, islam agamaku dan Muhammad Rasulku" wajib baginya masuk syurga (Abu Daud)

Apabila kita mati suatu hari nanti biarlah kita mati dalam keadaan mulia. Siapa-siapa yang mati dalam keadaan Islam, Allah akan masukkannya ke dalam syurga.

 

Tuesday, May 8, 2012

Program Titian Kasih Kg Sambah 2012


Kami dimaklumkan ada rombongan dari Sabah Care dan Semenanjung berminat menziarahi kampung angkat kami, Kampung Sambah pada 5-6 Mei 2012. Misi dakwah. Ulamak muda. ‘Ulamak warisan anbiya’. Hati berbunga riang. Kecil tapak tangan, satu Tuaran kami tadahkan. 

Demi meraihkan kedatangan para tetamu yang dikasihi kerana Allah, kami bertolak ke Kampung Sambah sehari lebih awal dari tarikh kedatangan mereka. Senja hari Jumaat kami sampai di Kampung Sambah. Kedengaran sayup-sayup suara azan dari surau. Senggang masa antara maghrib isyak kami isi dengan mengadakan mesyuarat. Sesudah solat isyak hampir satu jam kami menadah telinga mendengar nasihat berharga dari imam. Terkesan dengan sifat sabar sahabat-sahabiah seperjuangan.

Tanpa dirancang, melihat hampir semua sahabt-sahabiah hadir solat subuh berjemaah di surau, lantas kami mengadakan usrah. Topik usrah 'Dakwah itu Cinta'. Kebanyakan membicarakan bagaimana mereka mula terlibat dengan kerja-kerja dakwah dan lebih khusus lagi bila hidayah itu sampai menyapa jiwa raga tanpa dapat di gambarkan melalui kata-kata.


Ada yang bermula ketika buat pertama kali hadir ke masjid. Ada yang tersentuh dengan kalimah lirik nasyid, meski pun pada asalnya giat bernasyid hanya sekadar untuk suka-suka. Ada yang tersentak ketika menonton satu ceramah di kaca televisyen. Ada yang rasa terpanggil ketika liqa’ bersama para sahabat saat diri tegah menyatakan tidak mampu memikul amanah yang diberikan. Itu antaranya.


Sementara yang lain ada yang membicarakan mehnah dan tribulasi dalam perjuangan. Dakwah menuntut pengorbanan sepertimana cinta. Semakin akrab dengan sahabat-sahabat, semakin mudah pula air mata kami tumpah seperti panyakit berjangkit, pantang ada yang memulakannya. Penghujung usrah tampak semua ceria kembali.
---------------------------------------------------

Detik yang dinanti itu tiba jua. Sapaan mesra “ Assalamualaikum abang-abang dan kakak-kakak, selamat datang ke Kampung Sambah” bergema menyambut kedatangan para tetamu. Terima kasih atas kerjasama padu adik-adik dari Kampung Sambah. Kategori KRU Tunas. Senyum seindah suria jelas terpancar pada wajah para tetamu dan begitu juga penduduk kampung yang hadir bersama. Senyuman ahli-ahli KRU Tuaran lagilah, tidak dapat digambarkan. Senyuman bahagia, merungkai segala resah di jiwa. Nikmat kurniaan Ilahi. Alhamdulillah. Takbir!



Dimanakah para tetamu ini akan menginap? Di kampung ini tidak ada hotel. Homestay pun tidak ada. Penyelesaiannya mudah sahaja, guna konsep keluarga angkat. Majlis perasmian penyerahan keluarga angkat berlangsung meriah. Tambah meriah dek MC yang memang sentiasa ceria dan kelakar orangnya. Kasihan Ustaz Fairus dikatakan tidak ada dalam majlis. Terpaksalah Ustaz Fairus mengaku bahawa dialah Fairus. Serupa nama tapi tak sama orang. Mesti MC ingatkan Abang Fairuz kesayangannya. Hehehe.





Selesai menjama jamuan ringan yang telah disediakan sambil beramah mesra, para tetamu bergerak ke rumah keluarga angkat masing-masing. Ada sesi makan-makan bersama keluarga angkat masing-masing. Bestnya. Mangan nyak mangan asal do kurung-kurung = Makan tak makan asalkan kumpul-kumpul.
Jam menunjukkan pukul 2 petang. Kala ini dua aktiviti berjalan serentak. Satu pasukan berada di Surau Kampung Sambah bersama adik-adik untuk slot ‘Smart Solat’. Sementara, satu pasukan lagi ziarah dari rumah ke rumah untuk menjalinkan ukhuwahfillah. Meriahnya suasana.










Setelah berkumpul dan solat asar berjemaah di surau, dua aktiviti lain lagi berjalan serentak tidak termasuk pasukan ziarah yang masih meneruskan sesi ziarah ke rumah-rumah yang seterusnya bertemankan rintik-rintik hujan. Apakah aktiviti tersebut? Pertama, sukaneka dan kedua, masak-memasak untuk jamuan makan malam. Ada yang kecewa sebab tidak dapat main futsal. Pasrah dek hujan.









Selang antara solat maghrib dan isyak, santapan rohani terhidang untuk dijamah oleh hati nurani. Forum Bicara Ad-Din mengupas topik ‘Peranan Manusia sebagai Khalifah di Muka Bumi’. Kupasan yang mantap. Alhamdulillah. Pun begitu rohani masih dahagakan ilmu. Hakikat ilmu, makin bertambah, makin rasa tidak cukup. Berbeza dengan makanan jasmani.




Sekarang tibalah masa menjamu selera. Kalau datang ke Kampung Sambah tidak sah rasanya kalau tidak makan ketam dan udang. Kali ini siap dengan ikan kerapu bakar. Nyam, nyam, nyam. Alhamdulillah rezeki kurniaan Allah.




Ketika berkemas membersihkan tempat makan, kami mendapat perkhabaran bahawa rombongan tetamu akan bertolak balik ke KK malam itu juga atas sebab utama takut tidak sempat sampai ke lapangan terbang pada masa yang telah ditetapkan keesokannya. Tukar plan. Sedih. Bila ikatan ukhuwah telah berputik. Pasrah lagi. Slot esok, kuliah subuh, majlis penutupan dan penyerahan sumbangan diamanahkan sepenuhnya kepada kami. 


Sebelum mereka pergi, kami mengambil kesempatan seketika memperkenalkan KRU secara lebih terperinci. Melalui diskusi ringkas itu, akhirnya termeterailah solusi akan berganding bahu memikul tugas sebagai khalifah di muka bumi. Terima kasih atas dana yang disumbang untuk KRU Tuaran. Sunyi malam pekat menyaksikan keberangkatan balik rombongan tetamu. Perasaan sayu menyelubungi suasana. Hingga ketemu lagi, insya-Allah.



Keesokkan paginya, kami menyelesaikan segala tugasan yang diamanahkan. Perasaan berbuar-baur.  Setelah semuanya selesai, sekali lagi liqa' pagi itu menyaksikan ada yang  membawa penyakit berjangkit,  tangisan syahdu. Sahabat-sahabat yang bakal pergi jauh meninggalkan KRU Tuaran usah bersedih. 











Perasaan sayu sekali lagi menyapa tika kaki melangkah menuruni anak tangga jeti meninggalkan Kampung Sambah. 



Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan program ini.