Alhamdulillah, usrah hari jumaat
12 Jun terlaksana jua meski naqib tidak dapat hadir dek komitmen dengan program
lain. Ada pengganti naqib. Terus istiqamah. Usrah menyingkap kehebatan
generasi-generasi awal antaranya:
1. Imam Syafi'i (150 H-204H) . Hafal Al-Quran ketika usia 7 tahun.
2. Imam Ath-Thabari ( 224 H – 310 H), ahli tafsir . Hafal Al-Quran usia 7 tahun. Usia 8 tahun menjadi imam solat. Menulis hadith usia 9 tahun.
3. Ibnu Qudamah ( 541 H – 620 H). Hafal Al-Quran usia 10 tahun.
4. Ibnu Sina ( 370 H- 428 H), Hafal Al-Quran umur 5 tahun.
5. Imam Nawawi. Hafal Al-Quran sebelum baligh.
6. Imam Ahmad bin Hanbal . Hafal Al-Quran sejak kecil.
7. Ibnu Khaldun ( 732 H- 808 H). Hafal Al-Quran usia 7 tahun.
8. Imam As-Suyuthi (w: 911 H), hafal Al-Qur'an sebelum umur 8 tahun, umur 15 tahun hafal kitab al-Umdah, Minhaj al-Fiqh wa al-Ushul, Alfiyah Ibn Malik.
9. Umar bin Abdul Aziz, hafal al-Qur'an ketika masih kecil.
10. Ibnu Hajar Al-Atsqalani (w: 852 H) hafal Al-Qur'an ketika berusia 9 tahun.
11. Jamaluddin Al-Mizzi (w: 742 H), hafal al-Qur'an ketika kecil
12. Ibnu Sina seorang doktor hebat yang bukunya masih menjadi rujukan di Eropah hingga abad ke 18 Masehi dan diterjemahkan ke beberapa bahasa dunia.
13. Ibnu Khaldun, seorang ahli sosiologi dan ekonomi muslim yang teori-teorinya masih hidup hingga ke hari ini.
14. Umar bin Abdul Aziz, seorang pemimpin tertinggi yang fantastik, hanya dalam 29 bulan mampu membangunkan masyarakat yang adil dan sejahtera.
15. 11 tahun : Zaid bin Tsabit berhasil menguasai bahasa asing (Bahasa Yahudi) hanya dalam 17 hari
16. Usia 15 tahun, Abdullah bin Umar ikut dalam jihad pertamanya dalam Perang Uhud setelah sebelumnya dalam Perang Badar ditolak kerana masih berusia 14 tahun.
17. Imam Syafi'i menjadi mufti ketika berusia 15 tahun.
18. Usia 16 tahun, Zaid bin Tsabit ikut jihad pertama kali dalam Perang Khandak setelah ditolak penyertaannya dalam Perang Badar kerana usianya baru 12 tahun
19. Imam Bukhari mendalami hadits dari para gurunya ketika berusia 17 tahun.
20. Usia 17 tahun Abu Hamid Al-Isfirayini menjadi mufti.
21. Usamah bin Zaid menjadi panglima perang melawan salah satu pasukan Romawi dan menang ketika berusia 18 tahun.
22. Zaid bin Tsabit memimpin pasukan pengumpul mushaf Al-Qur'an di masa kekhalifahan Abu Bakar semasa berusia 22 tahun.
23. Usia 22 tahun, Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi Sultan Turki Uthmaniah.
24. Usia 23 tahun, Umar bin Abdul Aziz menjadi gabenor Madinah.
25. Sultan Muhammad Al-Fatih menakluki benteng lagenda, Konstantinopel ketika berusia 24 tahun.

Apakah rahsia kehebatan
mereka?????
…………………………………………………………………………
Usai usrah, mesyuarat meyusul.
Agenda utama, penentuan tarikh dan pembahagaian tugas program sepanjang cuti
Mei-Jun. Keputusannya dan perubahan maklumat selepas perbincangan dengan
pihak-pihak yang berkenaan:
26 – 28 Mei : Undangan menjadi
fasi Kem Smart Tahfiz di SRI Tuaran (PIC – Fauziah) dan SRI Bandar Sierra (PIC –
Sarah)
27 – 29 Mei : Kem Ana Anak
Soleh (KAAS) SK Pekan Tamparuli. (PIC – Noor)(Petang selepas mesyuarat Ustazah
Siti Armah maklumkan ditangguh ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Sidang
mesyuarat yang majoriti memilih untuk berada di kem ini, sabar ya…..)
26 – 27 Mei : Memandangkan
KAAS ditangguhkan, maka PSS dan KRUT gantikan dengan ziarah ke Kg. Saradan.(PIC
– Amiruddin & Noor) -> Perbincangan demi perbincangan, ziarah ke Kg.
Saradan ditunda pada 29-30 Mei. 27 Mei ada juga yang pergi sana, pergi kenduri
kahwin sambail mengurus program. Mutakhir bertukar tarikh dengan ziarah ke Kg.
Saradan. Terkini, ziarah ke Kg. Saradan pada 8-9 Jun. Kak Noraini, nantikan
kehadiran kami. (^ _ ^)
3 Jun : Tarikh yang tidak
boleh diganggu. Memenuhi undangan walimah salah seorang anak penduduk Kg. Sambah.
4-5 Jun : Qiamullail Jun PSS
& KRUT. Pun begitu perlu persetujuan ramai dulu semasa qiamullail hujung
minggu ni, 19 – 20 Mei. Ada yang istimewa.
6 Jun : Program Anak Soleh Kg.
Tinuhan. (PIC – Siti Zubaidah)
8 – 9 Jun : Ziarah ke Kg.
Kiwoi. (PIC – Heiri & Sarah). -> Mutakhir, bertukar tarikh dengan ziarah
ke Kg. Saradan. Terkini ziarah ke Kg. Kiwoi pada 29-30 Mei. Adik-adik Kiwoi,
janji akan dikotakan, insya-Allah.
Fuhhhhh! Macam lari seratus
meter. Fahamkah?????
Sesiapa yang berminat
menyertai setiap / mana-mana program, sila hubungi PIC program tersebut.
…………………………………………
Pada kesempatan ini juga warga PSS
dan KRU Tuaran ingin mengucapkan takziah kepada Siti Khadizah dan Masdianah sekeluarga
atas pemergian nenda tercinta pada 13 Mei 2012 dan Ustaz Anuar sekeluarga atas
pemergian ibunda tercinta 12 Mei 2012.
Bacaan talkin peringatan untuk
kita yang masih hidup.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.
Terima kasih diatas kehadiran
Saudara Hasmadi dan Saudara Hanafi.
Teringat pula, slot pengurusan
jenazah yang dilaksanakan semasa qiamullail bulan April 2012.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
No comments:
Post a Comment