Wednesday, August 29, 2012

Aidilfitri 2012 PSS & KRU Tuaran


Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk berada hingga ke penghujung bulan Ramadhan menjangkau bulan Syawal tahun ini, 1433H, sekaligus mengecapi nikmat Hari Raya Aidilfitri. Hari raya anugerah dari Allah. Satu ibadah. Ada adab-adabnya.

“ketika RasuluLlah berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka baginda bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Hari Adha dan Hari Fitri” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasai’)

Tidak semua berpeluang meraihkannya. Ketika kembali semula ke asrama selepas bercuti, dimaklumkan bapa salah seorang rakan seasrama telah kembali ke rahmatullah pada malam hari raya. Nyata Ramadhan tahun ini Ramadhan terakhir buat bapanya. Kematian itu pasti. Kita pula menunggu giliran.

Buat kita yang masih dapat bernafas ini teruskan kehidupan yang masih berbaki dengan sebaik-baiknya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi.

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”. (Az-Zariyat: 56)

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:”Sesungguhnya Aku hendak mencipta seorang kalifah di muka bumi”. (Surah al-Baqarah: 30)

Antara nikmat berhari raya, dapat mengeratkan lagi ukhuwah dengan saudara-mara dan sahabat-andai yang dekat, yang jauh, yang balik bercuti. Kunjung-mengunjung. Terima kasih kepada semua yang datang bertandang. Datanglah lagi (^_^). Kepada yang tidak sempat dikunjungi, jangan bersedih, kita jumpa dilain kesempatan, insya-Allah. Faham-faham sajalahkan. Kepada yang tidak dapat menyertai konvoi raya ke Kampung Angkat (kampung Sambah dan Kampung Sungai Damit), ‘pasti ada hikmahnya’ -pesan saudara Misran-. (^_^). Mudah-mudahan ukhuwah yang semakin mantap ini menjadi momentum padu untuk melonjakkan gerak kerja seterusnya. 
22 Ogos 2012 bersamaan raya ke-3: Beraya dengan perantau

Bersama Kak Nadia (^_^)

 Bersama Kak Azidah & Kak Sarina di rumah Cikgu Rosnani

Beraya di Kampung Sambah, 23 Ogos 2012. Anak-anak angkat yang belum datang, bila lagi nak datang? Baik yang jauh, mahu pun yang dekat.

Lepas beraya di rumah keluarga angkat Abang Hasmadi dll (ramai)
Rumah Ketua Kampung. Alhamdulillah, semakin beransur sihat.

Rumah baru keluarga angkat Ain & Rini.

Rumah angkat Sofia dll.

Rumah angkat Nor, Sarah dll.

Ada jemputan walimah di rumah ni bulan September.

Macam kenal bah bukit ni.... Sempat lagi.

Lepas ni ke mana lagi?

Rumah Ain. "Ain jaga adik-adik KRU Tunas di sana baik-baik."

"Oh, tidak toleh-toleh dah rumah saya," Kata tuan rumah. Maka, menyinggahlah kami.

Rumah angkat Yanti

Bukan rumah kedua akhir. Patah balik semula untuk berjumpa dengan Nizam yang baru balik dari Semennjung. Bergambar.

Bukan rumah terakhir. Datang semula untuk bergambar asbab menunggu kedatangan mantan Pengerusi KRUT. Rumah angkatnya juga.

Beraya bersama-sama sahabat-sahabiah KRU & PSS dari setiap kawasan, 24 Ogos 2012.

Sila-sila.

Siapa yang tidak datang?

Dan siapa yang tidak datang?

Beraya di Kampung Sungai Damit, 25 Ogos 2012.

Jemput masuk.

Rumah keluarga angkat Noor. Ramainya tetamu.

Rumah keluarga angkat Siti Khadizah.
Pergh, baju siapa sama dengan dinding?

Lagi...pergh sama dengan dinding. Rumah angkat Amir, Shahrizal, Siti Zubaidah dan Murdyana.

Rumah angkat Kak Husna.

Sekali lagi...pergh. Rumah angkat Kak Fauziah dan Hadirah.

26 Ogos 2012
Terima kasih PSS & KRUKK. Jemputlah datang lagi.

Tika kita bergembira dalam kemeriahan Aidilfitri jangan saudara-saudara kita yang sedang tertindas di Rohingya, Syria, Palestin dan lain-lain. Sekurang-kurangnya titipkan doa buat mereka.


Kepada ahli KRUT yang bakal melangkahkan kaki ke menara gading ‘jangan lupa bumi yang dipijak’. Jengok-jengok kami di sini. Tugasan kita belum selesai. Perjalanannya masih panjang. Ketika berada jauh dari kami, hadapi sebarang cabaran mendatang dengan cekal dan tabah. Jangan segan berkongsi dengan kami. Senang bersama, susahpun bersama. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Raya, raya juga, jangan lupa ambil peluang meraih kelebihan bulan Syawal. Puasa enam. Ada di bulan Syawal ja ni.

Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan Kareem (4)


Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinya Kem Ibadah di SK Pekan Tamparuli berjaya dilaksanakan pada 10-12 Ogos yang lalu. Memenuhi undangan sebagai  fasilitator bukanlah perkara baru. Tetapi menambah pengalaman baru apabila bulan Ramadan menjadi pilihan untuk program dilaksanakan. Mengambil iktibar dan semangat  daripada kejayaan yang dicapai umat Islam pada bulan Ramadan.  Kata bijak pandai “Pengalaman adalah guru yang terbaik dalam hidup”. Justeru,belajar dari pengalaman masing-masing. Kerana setiap orang punya pengalaman tersendiri. Dalam menyantuni jiwa-jiwa yang bersih dan masih fresh ini,menghendaki setiap fasi untuk lebih bersedia sepenuhnya. Almaklum, mereka lebih power dari power rangers. Seperti yang  sering diperkatakan oleh senior PSS “WHAT YOU GIVE YOU GET BACK, WHAT YOU GET YOU GIVE  BACK.”

10 OGOS 2012 (JUMAAT)
Ba’da solat Asar adalah pembuka tirai untuk adik-adik peserta mendaftarkan diri. Pelbagai ragam dan karenah dapat dilihat. Setiap dari mereka  punya rentak tersendiri. Lewat 6.30 petang,seramai 100 orang peserta berjaya mendaftarkan diri sebagai peserta Kem Ibadah. Dengan tenaga dari guru-guru dan para fasilitator yang ada memadai untuk berprogram bersama mereka. Seronok apabila dapat berbuka puasa  dan solat Tarawih dengan adik-adik peserta. Kemeriahan bulan Ramadan lebih terasa. Selesai solat Tarawih berjamaah, sesi  ta’aruf bersama kumpulan dijalankan. Yang sedia kenal menjadi semakin kenal, yang baru kenal berusaha untuk lebih mengenali. Taaruf berterusan~

11 OGOS 2012 (SABTU)
Seawal  jam 3 pagi lagi ada antara peserta  yang sudah bangun dan tidak lupa mengejutkan rakan-rakan mereka untuk berqiamullail. Usai bersahur dan solat subuh berjamaah, tazkirah Ramadan telah disampaikan oleh seorang Ustaz yang juga salah seorang pendidik di SK Pekan Tamparuli. Waktu siangnya diisi dengan LDK, hafalan surah-surah lazim, tasmik dan tayangan video Daie Cilik. Lagu “Adakah Kau Lupa” menjadi lagu tema. Meskipun bahasa dalam lagu tersebut agak tinggi,namun sedikit sebanyak mereka memehaminya apabila ada fasi menerangkan secara terperinci. Sebelah petangnya pula, peserta-peserta terlibat dengan majlis Ihya Ramadan yang diadakan di Dewan Terbuka SK Pekan Tamparuli. Pada malam harinya pula,semua peserta dan para fasilitator bergerak ke Masjid Ubudiyyah, Tamparuli sebagai persiapan  untuk berqiamullail pada keesokkan paginya. Sebelum tidur, sempat bermuhasabah diri  bersama adik-adik peserta. Walaupun agak keletihan, namun semuanya berjalan lancar. Inilah lumrah kehidupan bila bersama pasti semuanya menjadi mudah.

12 OGOS 2012 (AHAD)
Memandangkan  komitmen yang lain masih ada,kami terpaksa meninggalkan SK Pekan Tamparuli lebih awal dari yang sepatutnya. Walaupun berat untuk melangkah pergi, segalanya disandarkan kepada pertemuan yang akan datang. Semoga ini bukan pertemuan yang terakhir, insyaAllah.  

 Abang Izwan?????

 Jom bersenam!

 Jom bersenam jugak!

Dengar, tengok...

Fasi muslimim

Jom solat.

Sebentar lagi....adik-adik....

Khatam Al-Quran

Majlis penutupan

Kini, hampir masuk waktu zuhur kami telah pun berada di Surau Nurul Yaqin, IPG Kent. Hadir untuk memahami dan menghadam isu Syria yang dikupas dengan bertenaga oleh Ustaz Mohd Nadir al-Nuri Kamaruzzaman selaku Exco Penerangan, Persatuan Pelajar Malaysia Syria merangkap mantan Timbalan Presiden PSS. Syahdu. Apakah tindakan kita? 

Kutipan sumbangan belum diserahkan?
Ramadhan kian pergi meninggalkan kita. Apakah perasaan Rasulullah dan para sahabat ketika Ramadhan semakin dipenghujung? Apakah pula perasaan kita?

Mohon maaf andai terkasar bahasa dan tersilap kata. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Taqabalallahu Minna Wa Minkum.



Monday, August 6, 2012

Ramadhan Kareem (3)

Alhamdulilllah, Allah masih memberi kesempatan untuk kami para barisan pimpinan KRUT berkumpul pada 4-5 Ogos 2012 bersamaan 15-16 Ramadhan 1433H sempena Qiamullail Pimpinan KRUT.  Meski ada yang tidak dapat menghadirkan diri, pasti mereka ada sebab tersendiri yang sangat mustahak. Diharapkan momentum bangun malam ini berterusan terutama pada bulan Ramadhan ini, lebih-lebih lagi semakin hampir ke 10 malam terakhir Ramadhan. Apa yang rasulullah buat pada 10 malam terakhir Ramadhan? Bukankah antara kehebatan Sultan Muhamad Al-Fatih pada qiamullailnya? Ayuh kita para remaja khususnya barisan pimpinan bina kekuatan. Kekuatan dalaman.

Terdapat banyak pengisian sepanjang program antaranya peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada bulan Ramadhan. Antara pengisian berkesan yang dikongsikan semasa program ialah ibrah daripada kisah Perang Tabuk. Apakah sebab berlakunya perang tabuk? Bagaimanakah cuaca ketika itu? Apakah yang berlaku terhadap Ka‘ab bin Malik, Murarah bin Ar Rabi‘ dan Hilal bin Umaiyah? Sehingga turun firman Allah kepada Rasul-Nya:

"Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan Ansar yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka nyaris berpaling (tergelincir), namun kemudian Allah menerima taubat mereka. Sesunguhnya Allah Mahaya Penyayang terhadap mereka. Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubatnya) sehingga bumi yang luas ini mereka rasakan amat sempit, dan jiwa mereka pun dirasa sempit oleh mereka, kemudian mereka menyedari bahwa tidak ada temapt lari dari (siksaan) Allah selain kepada-Nya, kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap bertaubat. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Hari orang-orang yang beriman, tetapi bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kalian bersama orang-orang yang selalu benar.“ (At-Taubah: 117-119)

 Terima kasih Setiausaha PSS, Saudara Azizul Julirin

 Tazkirah Subuh

Pada 5 Ogos, program diteruskan dengan Bengkel Media yang dikendalikan oleh Saudara Hasmadi Hasbi selaku Exco Urusan Media, PSS. Terima kasih diatas segala ilmu dan tips yang dicurahkan. Ilmu yang bermanfaat. Perlukan ketekunan, kesungguhan, daya kreativiti dan terkadang ilham datang mencurah-curah.

 Tips-tips penting ialah.....

Sepanjang berprogram hati sentiasa terkenangkan seorang sahabat. Boleh jadi ini bukan Ramadhan terakhir buat kita, tetapi mungkin Ramadhan terakhir buat insan-insan yang paling hampir dengan kita. Bersabarlah wahai sahabat, Siti Nurmina binti Wahab. Terimalah pemergian ayahanda tercinta pada malam 16 Ramadhan 1433H dengan redha. Allah lebih menyayanginya. Mudah-mudahan Allah merahmati rohnya dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin! Jadilah anak yang solehah yang sentiasa menitipkan doa buat ayahanda tercinta.

Kesempatan dapat berkunjung dan bersua muka meleraikan resah dijiwa. Untaian ukhuwah dan mahabbah yang telah terjalin menuntut perkongsian rasa simpati dengan sahabat yang sedang dalam musibah.

Ada jaminan Ramadhan kali ini bukan Ramadhan terakhir buat kita?