B: "Wa’alaikumussalam. Sibuk sikit. Mahu bagi tumpuan dengan pelajaran."
A: "Nampak macam tidak ceria ja."
B: "Ya, saya stres. Tengok ni badan saya dah semakin membesar. Lepas habis belajar sebelah malam saya tidak dapat tidur. Maka, saya makan barulah saya boleh tidur. Makan sebelum tidur, ni lah jadinya."
Sebelum memberi sebarang komen mahupun cadangan saya membiarkan saja dia meluah rasa. Hanya sekali sekala menyampuk untuk mendorong dia meluahkan segalanya.
B: "Saya mahu jadi jadi doktor tapi keluarga saya mahu saya menjadi jurutera. Pun begitu sekarang ni macam saya rasa saya tidak mampu mencapai keputusan yang melayakkan saya menjadi doktor. Justeru, saya mengambil keputusan untuk menjadi seorang peguam."
Dia pun berhujah panjang menjelaskan sebab-sebab dia mahu menjadi peguam. Kelebihan menjadi menjadi peguam.
Saya masih menjadi pendengar setia sambil berusaha untuk memahami kecelaruan yang melanda dirinya.
Tengah-tengah hangat dia membicarakan kerjaya sebagai peguam, akhir sekali saya agak terkejut dek kesimpulannya,” jika saya dapat tawaran ke IPG, saya akan tolak semua tawaran yang lain”.
Mari kita bantu sahabat kita Si B ini. Mari kita
diagnosis sahabat kita ini berdasarkan perbualan di atas.
1. Apakah permasalahan-permasalahan
yang sedang dialami oleh Si B? 2. Cadangkan langkah-langkah penyelesaian.
Sebarang buah fikiran / panduan / cadangan
untuk membantu sahabat ini sila emelkan ke siswazabah_tuaran@yahoo.com. Panduan yang berguna tersebut
akan dipaparkan diblog ini demi membantu sahabat kita ini dan juga
sahabat-sababat lain yang dilanda konflik yang sama. Insya-Allah.
Selamat menduduki PMR buat semua adik-adik KRU yang menduduki PMR tahun ini. Jangan stres !
No comments:
Post a Comment