Hujung minggu ini seperti yang telah kita
tetapkan pada qiamullail bulan lepas, semua dijemput hadir Qiamullail Bulanan PSS
dan KRU Tuaran pada ketetapan seperti berikut:
TARIKH : 20-21 OKTOBER
2012
TEMPAT : SEKOLAH
RENDAH ISLAM AL-HAFIDZ, TUARAN
PENDAFTARAN : 5 PETANG
YURAN : RM1
TENTATIF
PROGRAM QIAMULLAIL OKTOBER
|
||
Tarikh
|
Masa
|
Perkara
|
20/10/12
(Sabtu)
|
5.00 pm
|
Pendaftaran/
Taklimat
|
6.01
pm
|
Solat
Maghrib/ Tadarus Al-Quran
|
|
7.11
pm
|
Solat
Isyak
|
|
7.30 pm
|
Makan
Malam & Sambutan Harijadi Adik Aimi
|
|
8.30 pm
|
Forum:
Pengorbanan
|
|
10.00 pm
|
Minum
Malam
|
|
10.30 pm
|
Bacaan
Al-Mulk
|
|
11.00 pm
|
Himpun
Daya
|
|
21/10/12 (Ahad)
|
3.30 am
|
Qiamullail
|
4.44 am
|
Solat
Subuh/ LDK
|
|
6.00 am
|
Riadah/
Gotong-Royong
|
|
7.00 am
|
Sarapan
|
|
7.30 am
|
Lambaian
Ukhuwwah
|
Sabda Nabi
s.a.w:
"Hendaklah
kamu berqiamullalil. sesunguhnya qiamullail ini gaya hidup orang2 yang solih,
mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa2 dan menegah diri dari
maksiat." (Hr Hakim)
*****************************************
PMR telah berakhir kelmarin. Ya Allah
kurniakan keputusan yang terbaik buat semua yang terlibat. Teruskan berdoa dan
bertawakallah kepada Allah.
Alhamdulillah, minggu lepas beberapa orang ahli
KRUT terutama barisan pelapis kepimpinan KRUT berpeluang bertemu dengan seorang
motivator, Ustaz Khairul Anuar dari As-Sohwah Resources. Antara bicara penting, ‘pemilihan
kerjaya dan dakwah’. Harap semua yang hadir mendapat pencerahan.
‘Pemain Bola Sepak Bertakwa’, mana ole-ole dari Ranau? Apa cerita dari Kem Kemanisan Iman? Cuba coret sikit.
Nampaknya kita semakin hampir ke penghujung tahun. Sekarang sudah masuk bulan Oktober. Jika diimbas kisah-kisah kita berprogram terkadang rasa geli hati, tersenyum simpul. Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Macam-macam ada. Contohnya, program dirancang hanya untuk ziarah santai bermalam, tetiba bila sampai di tapak program menjadi program anak angkat. Bayangkan betapa beza pengurusan. Perancangan bertolak ke tapak program selepas solat asar kerana program dirancang bermula dengan solat Maghrib berjamaah, penduduk kampung sudah menunggu sejak selepas solat Zuhur. Kelamkabut juga. Kasihan MC 'terjun', WKAN.
No comments:
Post a Comment