Sekitar jam 4.30
petang 20 Oktober 2012 peserta mula datang ditemani ibu atau bapa
masing-masing. Peserta-peserta cilik, KRU Tunas. Bersemangat.
Semasa sesi
pendaftaran berlangsung:
"Anak-anak saya
ni semangat betul mahu datang program ni. Kepala berdenyut-denyut ni, pening
kepala, tertidur tadi. Beberapa kali mereka kejutkan minta hantar." Bicara seorang ibu.
Usai solat Isyak,
program diserikan lagi dengan sambutan hari jadi Adik Aimi.
Bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Abang Umar.
Selamat hari jadi Aimi....(^___^)
Ditemani adinda Mohammad & Aliyah
Istimewa buat adik Aimi
Bulan depan hari jadi siapa pulak?
Slot forum
begitu meriah dan aktif. Adik-adik peserta aktif bertanya dan menjawab soalan. Moderator
dan dua orang panel berjaya memenangi hati para peserta yang majoriti terdiri
daripada adik-adik KRU Tunas. Antara kisah yang disajikan buat adik-adik
peserta ialah:
Dalam sebuah
riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi
sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang
mengambil wudhu’ sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi
menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?” Maka
berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga
sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal
ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman,
jagalah olehmu sekalian akan dirimu.”
Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”
Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”

Para panel turut
menyelitkan kisah kepahlawanan Zubair bin Awwam untuk diteladani oleh para
peserta.
Tampaknya
adik-adik peserta kali ini begitu bersemangat sekali untuk bangun qiamullail. Walau
pun AJK memaklumkan semua peserta mesti bangun pada jam 3.30 pagi, namun
adik-adik peserta telah bangun lebih awal lagi, sekitar jam 2 pagi. Riuh rendah
menunggu giliran di bilik air. Dek sedikit keletihan ada baiknya juga adik-adik
peserta ini riuh sebegini, sekurang-kurangnya AJK tidak perlu bersusah payah
mengejutkan para peserta dan AJK pun boleh terbangun, tak terlajak. Meski ada
hasrat untuk menyambung semula tidur, tidak menjadi. Hanya tersenyum mendengar
celoteh mereka.
"Siapa dalam
tandas? Cepatlah!!!!." (tandas hanya ada dua).
"Bangun, bangun,
bangun!!!!!"
"Sudah masuk
waktu subuhkah?" (Jam hp baru menunjukkan 3.35 pagi)
"Saya mahu tidur
baliklah, awal lagi pulak ni....."
Selesai solat
malam, solat subuh, bacaan al-Ma’thurat, ada slot perkongsian ilmu dengan Kak
Dayang dan lain-lain hasil pengalaman kembara mereka.
Mesyuarat pagi penentuan
qiam akan datang mencapai kata sepakat qiamullail akan datang pada 10-11
November 2012 (Seminggu sebelum STPM bermula dan seminggu sebelum SPM
bersambung semula)di Masjid Ubidiyyah,
Tamparuli.
No comments:
Post a Comment