Subhanallah
Alhamdulillah,setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah
SWT di atas sifat kasih sayangNya,jiwa-jiwa ini telah diberikan kesempatan
untuk menimba sebanyak mungkin ilmu daripada orang-orang hebat. Sungguh, inilah
rahmat dan karunia dari Allah yang tidak pernah
disangka. Moga dengan adanya perkongsian
dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka akan memberikan inspirasi dan
semangat baru terutamanya kepada kita yang bergelar Daie’.
Sunnah dalam berjuang,pasti ada mehnah dan tribulasinya.
Sebagai seorang Daie yang masih bergelar pelajar, pasti akan terhimpit dengan
komitmen akademik dan kerja dakwah. Bila ada dua perkara yang harus diutamakan
dalam satu masa, pasti di situ terjadi sesuatu yang namanya TEKANAN. Nah, ini
adalah jawapan yang mungkin mampu memandu kita berhadapan dengan situasi
tersebut…
“Dari teorinya-Mari kita impas kembali sirah perjuangan Nabi
Muhammad ketika baginda berada di Mekah
iaitu temapt lahirnya kekasih Allah ini. Dalam kesungguhan dan ketabahan baginda menyebarkan Islam,tentangan demi
tentangan,halangan demi halangan dan tekanan demi tekanan datang silih berganti.
Baginda dipulau, dihina, difitnah dan hingga ke satu peringkat baginda diburu
untuk dibunuh.
Di situlah tekanan
hebat dapat dirasakan. Dalam situasi inilah minda ligat berfikir perancangan
dan strategi yang paling berkesan. Saat menghadapi tekanan,tindakan luar dari
biasa sering diambil dan akhirnya dengan izin Allah pasti akan menemui jalan
keluar dari tekanan tersebut. Justeru, sesuatu yang perlu diketahui dan diyakini
adalah orang yang HEBAT bilamana dia berhadapan TEKANAN! Begitulah aturan Allah
Yang Maha Kuasa yang tidak menjadikan
sesuatu dengan sia-sia. Tidak mungkin Dia menguji seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. Malah,Allah menurunkan sesuatu masalah beserta jalan
penyelesaiannya.”
Istiqomah dalam perjuangan. Bagaimana pula hendak istiqamah
dalam perjuangan? Ayuh kita hayati pesanan ini..“Dua sudut yang perlu diambil
berat untuk memastikan kita terus istiqomah adalah dari sudut dalaman dan luaran.
Dari sudut dalaman, setiap yang bergelar Daie hendaklah faham dengan
sejelas-jelasnya matlamat yang
diperjuangkan. Apabila ada kefahaman, insyaAllah tidak akan sesekali futur. Dari
sudut luaran pula, kita hendaklah sentiasa berdamping dengan orang-orang yang istiqamah
kerana begitulah fitrah manusia yang mudah terpengaruh dengan persekitaran. Bagi jangka masa panjang pula, setiap dari kita sangat
perlu memilih pasangan yang faham akan matlamat perjuangan(sefikrah) kita."
Mengutip mutiara ilmu
Bertemu KRU Tunas
Kelmarin,1 November 2012 mesyuarat KRUT berlansung santai di Masjid An-Nur, Tuaran sambil menunggu jemputan khas untuk berdiskusi bersama. Mesyuarat membincangkan pengurusan qiamullail November dan progam hingga ke hujung tahun ini.
Hasil mesyuarat berikut adalah tarikh-tarikh penting program PSS & KRU Tuaran:
1. 2-3 November 2012, KRIS Putatan di SMK Putatan. (Selamat berangkat kepada semua ahli KRUT yang terlibat menjadi AJK dan fasi. Berikan sumbangan yang terbaik)
2. 10-11 November 2012, Qiamullail November di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli. ( Semua AJK sila ambil tindakan dan semua remaja dijemput hadir.)
3. 14-16 Disember 2012, Islamic Summer Camp (ISC). (Warga KRUT yang telah dilantik manjadi AJK ISC sila jalankan amanah dengan ikhlas. Para peserta dari Tuaran sila bersedia fizikal & mental.)
4. 22-23 Disember 2012, Program Titian Kasih (PTK) (Kg. Angkat) di Kampung Desa Sri Taman Laya-Laya, Tuaran. (Kepada sesiapa yang berminat menjadi anak angkat sila behubung dengan AJK Penyertaan 0138705257. Kepada sesiapa yang berminat memberi sebarang sumbangan sila berhubung dengan AJK Penajaan dan Sumbangan 0198309566.
5. 29-30 Disember 2012, Qiamullail Disember & Jelajah Dakwah. Tempat akan dimaklumkan kemudian. (Jom ramai-ramai)
Korum bertambah
Sesekali ahli mesyuarat riuh seketika sambil memandang ke arah tempat letak kereta di depan masjid apabila ada ahli yang berseloroh, 'mereka dah sampai'. Mungkin itulah panahan ukhuwwah dari mereka.
Kepada ahli KRU yang akan menduduki peperiksaan SPM, STPM Baharu & STPM Terminal, semoga kalian dipermudahkan menjawab soalan. Mohonlah bantuan Allah melalui solat malam, insyaAllah kejayaan sentiasa mengiringimu. Kesihatan juga kena sentiasa dijaga:)
No comments:
Post a Comment