Alhamdulillah,segala kesyukuran hanya dipanjatkan
kepada Allah S.W.T Yang Maha Hebat PerancanganNya. Seterusnya kepada siapa yang
perlu sentiasa diingati melainkan hanya kepada kekasihnya,Nabi Muhammad
SAW.Allahumma solliala’ saiyidina Muhammad waala ali saiyidina Muhammad. Kerana
perjuangan baginda dan para sahabat, kita dapat merasa nikmat Islam sehingga ke
hari ini.
Masa dirasakan sungguh pantas berlalu. Hari
berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan berlalu tanpa sesaat
pun menunggu kita. Benarlah kata-kata Luqman Al-Hakim bahawa perkara yang
paling jauh daripada kita adalah masa lalu.Masa yang berlalu tidak mungkin dapat
diulang kembali. Kalaulah ditanyakan pada diri anda,apakah yang anda ingin lakukan
jika masa ini dapat diulang kembali? Pasti banyak perkara yang ingin dilakukan,
bukan? Menyingkap seketika makna surah Al-Asr yang sering meniti di bibir kita tatkala
menamatkan sesuatu perbincangan :
“Demi
masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang
beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling
menasihati untuk kesabaran “
Beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut
Maal Hijrah kali yang ke 1434. Apa agaknya persediaan kita untuk menyambut Maal Hijrah
pada kali ini? Qiamullail 10-11 November lalu cuba menyingkap makna Hijrah dalam
diri setiap yang hadir.Turut berkongsi kisah hijrah yang dilakukan oleh insan bergelar
artis. Antaranya ialah Sham Kamikaze yang telah melakukan satu penghijrahan
yang cukup besar dalam hidupnya dan penghijrahan itu telah memberi kesan positif
kepada insan-insan di sekelilingnya. Begitu juga kepada salah seorang sahabat
KRU yang sudi berkongsi pengalaman hijrahnya. Subhanallah,semoga itu memberi ibrah
dan pengajaran kepada kita. Kadangkala Allah hadirkan insan-insan di sekeliling
untuk kita belajar sesuatu darinya.
Menjadi satu kebahagiaan apabila sahabat-sahabat
dari PSS & KRU Putatan dan KRU KK turut hadir. Sama-sama bersemangat untuk mengumpul
dan menyebarkan kebaikan kepada insan sekeliling. InsyaAllah bertemu lagi di
lain waktu dan kesempatan yang ada. Sesungguhnya,redha Allah jualah yang kita harapkan.
Ceramah Hijrah. Mana yang lain?
Bergambar dikala mentari kian meninggi dan adik-adik peserta ramai dah balik. Beginilah jadinya...silau.
P/S :Jemput hadir program Larian Hijrah 15
November 2012 (khamis) bertempat di Masjid An-Nur,Tuaran. Berlari Menggapai Mardhotillah!!
Ayuh,sebar2kan.
No comments:
Post a Comment