Wednesday, November 7, 2012

BERANGKAT KE PUTATAN

  
Berangkatlah! Cemburulah pada mereka kerana-Nya.

 Tahniah semua

Meski sibuk,tetap turun padang ya

Tunjuk ajarku SIFU~

  A.madi jugalah..

Sekali lagi.. Kem Kom Penyayang?

Tahniah kamu..semoga terus istiqamah!
Tatap ceria ya

Fokus jangan tak fokus

Sesi luahan rasa,harapan dan impian
Harapan..

Ustaz Don?? Biar betul..

Kakak-kakak PSS Tuaran yang turut menabur budi

Perkukuhkan akidah, perkasakan akhlak

Sepetang di SMK Putatan

Adakah anda rasa ini satu struktur?
Siapa kata 'ya' angkat tangan

Hati-hati..jangan sampai masuk longkang

 Sempat lagi ber'peace' ya..

Cikgu Saba'
Ketegasanmu dicontohi

Tahun terakhir mengajar di sini
'Selamat tinggal semua,." Ustaz Zaki
Ada rezeki insyaAllah jumpa lagi (^-^)

Alhamdulillah. Segala puja dan puji dipanjatkan hanya kepada Allah SWT yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Selawat beriring salam ditujukan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah memayungi kita dari panasnya mentari-mentari jahiliah sehingga hari ini kita berada di bawah kesejukan naungan Islam.  

Berkesempatan untuk berprogram bersama insan bergelar Sifu merupakan satu kegembiraan dan nikmat dari Allah. Ilmu dan pengalaman yang ada ini tidak mungkin dilupakan. Sekian lama tidak bersua, akhirnya dipertemukan dalam program 3 hari 2 malam, 2-4 November 2012. Moga pertemuan itu bukan yang terakhir. Benarlah pertanyaan Allah dalam Surah Ar-Rahman yang diulang-ulang sebanyak 31 kali..

“Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?”

Bertemu  saudara seakidah juga merupakan satu nikmat dari Allah yang seringkali dilupakan. SMK Putatan menjadi saksi pertemuan yang pada awalnya tidak dirancang. Ketika insan lain sibuk merancang aktiviti cuti sekolah, mereka  sibuk menempatkan diri sebagai peserta Kem Remaja Islam. Sungguh, setiap pengorbanan pasti ada kemanisan. Semoga penglibatan kalian dalam program ini menjadi titik permulaan untuk menyuburkan Islam dalam diri dan seterusnya insan-insan di sekeliling anda. Ilalliqo’ maassalama.

Sejarah seperti berulang,

" Pelik...Hairan...

Mungkin itulah perkataan-perkataan yang terpacul dari mulut beberapa orang ahli PSS. Ya...kenapa tiba-tiba ada KRIS PUTATAN??? Bukankah sekarang nih kita telah melalui fasa KRC dan bakal menempuh ISC???" : (Petikan KRIS Putatan 5-6 September 2009)

Kebangkitan semula!


Gandingan mantap!

Kakak-kakak didik adik-adik. 
Adik-adik belajar dari kakak-kakak. 
Ukhuwah fillah. ^_^


No comments: