Tuesday, February 26, 2013

BERGEMBIRA DALAM BULATAN GEMBIRA

Setiap kali hari Jumaat akan wujud bulatan-bulatan gembira ini. Ya, setiap Jumaat. Di beberapa lokasi. Bulatan penuh makna. Bulatan yang membawa kita semakin mengenali-Nya. Bulatan perkongsian. Membawa kegembiraan. Bagaimana? Betulkah? 

Mahu tahu? Mahu merasainya. Jomlah join sekali. 

Lantas, yang pernah menyertai dan dapat merasakan kegembiraan dari Bulatan Gembira ini teringin pula berkongsi dengan orang lain, lalu membentuk Bulatan Gembira dengan adik-adik yang lain.

Kak Nor & Bulatan Gembiranya

Kak Julaiqah & Bulatan Gembiranya

Di lokasi yang lain pula, setiap kali sebelum Jumaat menjelang, adik-adik Bulatan Gembira akan sentiasa bertanya, 'ada Bulatan Gembirakah Jumaat ini?' Mereka semakin gembira menyertai Bulatan Gembira. Beberapa minggu lepas Bulatan Gembira ini dilaksanakan dalam bulatan yang besar. Bermula Jumaat minggu lepas Bulatan Gembira dilaksanakan dalam bulatan yang lebih kecil. Sesi taaruf yang menggembirakan. Masing-masing dah ada gelaran yang disukai. Gembira.

Ceria dalam Bulatan Gembira masing-masing



Wednesday, February 20, 2013

Qiyamullail Februari & Program Menyeru Muslimin

Kelab Remaja Ukhuwwah dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah cawangan Tuaran telah menganjurkan Program Qiyamullail yang bertempat di Masjid An-Nur, Tuaran pada 16-17 Februari 2013. Penantian untuk mengadakan semula qiyamullail di Masjid An-Nur, Tuaran termakbul jua, Alhamdulillah.

Qiyamullail pada kali ini dimulai dengan sesi pendaftaran peserta yang bermula seawal jam 5.00 petang. Program Qiyamullail yang diadakan untuk kedua kalinya pada tahun ini menunjukkan perkembangan positif kerana berlaku peningkatan jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam program qiyamullail pada kali ini. Malah, yang lebih mengkagumkan lagi,beberapa orang peserta daripada Institut Latihan Perindustrian(ILP) Kota Kinabalu turut menghadirkan diri untuk menyertai program yang dianjurkan oleh KRUT dan PSST ini. Hal ini menunjukkan sokongan yang diberikan oleh mereka kepada KRUT dan PSST dan sekaligus menjadi simbolik kejayaan kepada KRUT dan PSST di dalam proses melebarkan sayapnya dalam kalangan remaja khususnya.    

Program Qiyamullail dimulakan dengan solat Maghrib, tadarus al-Quran dan Isyak secara berjemaah. Selesai solat, para peserta diarahkan untuk turun ke tingkat bawah masjid untuk makan malam. Usai makan malam, para peserta dijamukan lagi dengan santapan rohani di dalam slot ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan KRUT pada kali ini iaitu Ustaz Hafizzuddin Bin Mat Ali dan tajuk ceramah yang disampaikan oleh beliau ialah ‘Cinta dan Rindu kepada Allah’.
   
Sekitar jam 11.30 malam, AJK serta ahli-ahli KRUT dan PSST yang lain bermesyarat seperti biasa. Majlis dibuka dengan Surah Al-Fatihah dan dimulakan dengan sesi taaruf kerana pada Qiyam kali ini, ramai karakter-karakter baru yang hadir untuk mengisi kekosongan tugas di dalam KRUT. Apa yang menariknya, bilangan ahli dan AJK muslimin pada kali ini telah berjaya menyaingi bilangan ahli dan AJK muslimat. Hal ini demikian kerana sebelum ini, jumlah AJK muslimat adalah jauh lebih ramai berbanding muslimin. Hal ini menunjukkan satu perkembangan yang positif yang diharapkan di dalam struktur pentadbiran KRUT. Antara agenda yang dibincangkan pada mesyuarat pada kali ini ialah mengenai pelaksanaan program Program Menyeru Muslimin yang akan diadakan pada keesokan harinya (Ahad). 

Agenda diteruskan lagi dengan Mesyuarat Pertama Kem Remaja Islam (KRIS) yang bakal diadakan di SMK Sri Nangka, Tuaran pada April ini. Mesyuarat kali pertama ini dikendalikan oleh Saudari Noor Tenri selaku timbalan pengarah program KRIS ini. Seterusnya, AJK yang telah dilantik dibahagikan kepada kumpulan masing-masing mengikut skop tugasan yang telah diberikan. Setelah segala kata sepakat dicapai, majlis ditangguhkan untuk memberi peluang kepada setiap AJK untuk berehat bagi melancarkan perjalanan qiyamullail pada keesokan harinya.    Sekitar jam 4.00 pagi, qiyamullail dimulakan dan diteruskan dengan solat subuh secara berjemaah. 

Pagi Ahad yang ceria, begitu meriah dengan pelbagai acara Program Menyeru Muslimin. Program yang direncana khas untuk remaja muslimin. Biar remaja muslimin cinta masjid, cinta program islamik demi cinta kepada Pemilik Segala Cinta. Bangkitlah wahai remaja muslimin! Sungguh pun begitu, program ini turut diserikan dengan aktiviti khas untuk remaja muslimat juga.

Program qiyamullail untuk bulan yang seterusnya telah ditentukan pada tanggal 16-17 Mac 2013 yang bakal diadakan di Masjid Ubudiyyah Pekan Tamparuli.

 Jom mengaji

Jom menadah ilmu

Jom mesyuarat KRIS

Jom baca al-Ma'thurat

Jom tarik nafas.....

Jom buat barisan terpanjang

Jom buat pancing

 Jom memancing

Jom bowling

Jom treasure hunt

 
KRU Tunas: Jom mewarna

Comel

 Jom?????

Kakak-kakak yang setia menemani adik-adik

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Majlis penutupan Program Menyeru Muslimin

                                                   Jom tengok majlis penutupan dari sini