Tuesday, February 5, 2013

Kami Hadir Bengkel Smart Group

Wakil PSST & KRUT

2-3 Januari 2013, Persatuan siswazah sabah(PSS) dengan kerjasama Biro Kerohanian MPP ILP dan Masjid Al-Falah telah menganjurkan Bengkel Smart Group yang bertempat di Institut Latihan Perindustrian(ILP). Program tersebut telah berlangsung selama dua hari dengan jayanya. Seramai 65 orang peserta telah menempah kerusi di dalam Bengkel Smart Group pada kali ini.

Bengkel Smart Group merupakan satu program yang melatih para peserta untuk mengendalikan ‘USRAH’ ataupun ‘SMART GROUP’ dalam kata lainnya pada kawasan masing-masing. Bagi mereka  yang biasa menyertai aktiviti-aktiviti KRUT dan PSST, perkataan ‘USRAH’ ini mungkin sudah tidak asing lagi bagi mereka. Apabila menyebut tentang ‘USRAH’ ini, sering tergambar di dalam minda kita sesuatu yang berbentuk bulatan yang terbentuk oleh beberapa orang ahli, makanan, bahan pengisian ilmiah dan sebagainya. Sebenarnya, ‘USRAH’ merupakan satu lagi alternatif untuk mewujudkan masyarakat islam yang mempunyai nilai ukhuwwah ataupun silaturrahim yang kental dalam diri masing-masing dalam pengabdian hidup kepada Yang Maha Esa. ‘USRAH’ pada asalnya datang daripada satu perkataan  di dalam bahasa Arab yang bermaksud ‘keluarga’. ‘USRAH’ yang dipraktikkan pada hari ini bukanlah merupakan sesuatu yang baru, namun ianya telah lama dipraktikkan dalam mana-mana jamaah islamiah dan dipelopori oleh ulama-ulama yang masyhur seperti As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Seperti halnya dalam sesebuah keluarga yang terdiri daripada individu-individu yang bergelar ayah, ibu, kakak, dan abang, ‘USRAH’ juga terbentuk daripada beberapa orang ahli usrah dan diketuai oleh seorang ketua yang diistilahkan sebagai ‘Naqib’ ataupun ‘Naqibah’.

Pada asasnya, Bengkel Smart Group adalah untuk melatih mereka-mereka yang bakal bergelar ‘Naqib’ ataupun ‘Naqibah’ ini untuk persediaan berusrah di kawasan masing-masing. Mereka ini dilengkapkan dengan pelbagai skil dan kemahiran berusrah untuk menjadikan ‘USRAH’ yang bakal dilahirkan merupakan ‘USRAH’ yang ideal, tidak membosankan, seronok, dan mampu mengikat hati setiap ahli ‘USRAH’  untuk terus berjuang bersama menjulang tinggi syariat Allah S.W.T. di muka bumi.

 Mujahid harapan

Tanda ingatan & penghargaan

Tekun

Pengerusi KRUT turut hadir. Membumikan usrah di Bumi Tuaran.

Ikut giliran ya..

Program pertama setelah sekian lama berpisah dengan Ain. 
Sirih pulang ke gagang.

Siapa ada baby nanti hantar dengan Kak Syakirah.

Istiqamah hendaknya...

Apa lagi Kak Ros, lepas ni buat usrah di Kg Serusup. 
Memasyarakatkan usrah bah.

Akhirnya, hanya dua pilihan...siput2 atau penyu2

Awal-awal lagi.... Sabar ja la ya...

Ole-ole. Terima kasih ustaz.




No comments: