Tuesday, February 19, 2013

Demi Cintaku Padamu, Sahabat.

11hb Februari '13

Alhamdulillah beberapa orang ahli PSS & KRU Tuaran sempat mengikuti Program anjuran JAKIM dengan kerjasama PSS pusat, iaitu Kempen "Demi Cintaku Padamu, Muhammad" sambil mengedar risalah dan bookmark 'No To Valentine' kepada remaja-remaja di sekitar 1 Borneo.

Program lima hari berturut-turut ini membawakan mesej penting kepada masyarakat bahawa Hari Kekasih atau dipanggil Valentine Day adalah haram disambut oleh umat Islam kerana mempunyai unsur-unsur agama Kristian. Semoga usaha kecil yang dibuat ini mendapat nilai di sisi Allah SWT.









12hb Februari '13
PSS & KRU Tuaran sempat membuat Ziarah Bulatan Gembira ke rumah salah seorang sahabat yang sudah lama dirindui. Almaklumlah menuntut di IPT yang berlainan, membuatkan kami rindu untuk bergerak kerja dengannya. Alhamdulillah Allah perkenankan hajat kami untuk bertemu dengannya.

Sempena cuti semester IPTA yang masih berbaki enam hari, kakak-kakak PSS mengambil kesempatan untuk mengadakan usrah bersama adik-adik KRU yang bakal menjadi pelapis mereka.


 terima kasih kak Fiqah masakkan untuk kami...:-)

 Fokus, fokus...



 12 sifat seorang sahabat:

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3.Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut   kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

No comments: