9 Febuari 2013-Alhamdulillah,setinggi-tinggi
kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana diatas limpah dan kurnianya,maka
terlaksanalah sudah Bengkel Pengurusan
Organisasi Persatuan Siswazah Sabah (BPO PSST).
BPO PSST pada tahun ini merupakan BPO yang pertama
yang dianjurkan oleh PSS cawangan Tuaran sepanjang penubuhannya. Hal ini
demikian kerana pada kebiasaanya, BPO
ini dihimpunkan sekali bersama-sama dengan KRU kawasan Tuaran dan dilakukan
dalam satu majlis sahaja. Momentum ini sekaligus menggambarkan proses
kematangan yang dialami oleh PSST di dalam bergerak kerja setelah beberapa
tahun beroperasi dan telah mencetak kader-kader dakwah dalam beberapa generasi.
Rejuvenasi yang berlaku ini merupakan hasil daripada pengalaman yang dialami
sendiri oleh PSST didalam menghadapi mehna-mehna tribulasi dalam proses
bergerak kerja. Halangan onak dan duri terus dirempuh dengan susunan strategi
yang ampuh akhirnya melayakkan PSST untuk terus maju setapak lagi di dalam
arena dakwah ini.
Pahit dan getir yang dialami sepanjang bergerak kerja ini sudah tentu lah lebih
dirasai oleh senior-senior didalam PSST
berbanding dengan ahli-ahli yang terkemudian ini. Senioriti ini lah yang
mendorong para ‘Otai’ ini untuk berkerja dengan lebih sistematik dan tersusun
kerana mereka ini sudah masak dengan karenah-karenah pelbagai pihak yang tidak
menyenangi gerak kerja dakwah ini. Antara penama senior yang telah mendahului di dalam wadah
perjuangan PSST ini ialah sdr. Fairuz Bend, sdr. Nadir An-Nuri, sdr.Al-Amin,
dan sdr.Amiruddin Drus. Manakala daripada wakil muslimat pula ialah terdiri
daripada mereka yang bergelar pendokong kuat PSST yang sememangnya selama ini
berperanan sebagai ‘Tulang Belakang’ kepada gerak kerja PSST ini. Mereka ialah Saudari Noor Tendri, Saudari Sarah Mohammad, Saudari Julaiqah
Baklin dan ramai lagi yang tidak sempat
disenaraikan. Hal ini demikian kerana bilangan muslimat yang diakui begitu
ramai dan membanjiri keahlian PSST dan KRUT ini jika dibandingkan dengan
bilangan keahlian muslimin itu sendiri.
Hal ini lah yang perlu dimuhasabahkan oleh golongan muslimin selepas ini kerana
sepatutnya,golongan ‘Adam’ ini lah yang sepatutnya berkerja lebih kerana mereka
ini lah yang memikul tanggungjawab yang lebih besar dan perlu lebih berperanan
terutamanya dalam gerak kerja islam ini.
Liku-liku PSST ini diibaratkan seperti air yang
tenang, diluar seperti tidak ada apa-apa tetapi di dalam,hanya Allah yang tahu.
Jika ingin disenaraikan satu per satu ujian dan halangan yang dihadapi oleh
PSST dalam bergerak kerja selama ini,adalah suatu yang mustahil untuk
dinyatakan. Namun begitu,diatas semangat dan keyakinan setiap ahlinya akan
bantuan daripada Allah, banyak manapun halangan, dengan izinNya,pasti akan
dirempuh jua. Hal ini demikian kerana keyakinan diatas bantuan Allah yang sudah
pasti kepada para penolong agamanya seperti yang dinyatakan didalam
Al-Quran,Surah Muhammad ayat 7:
Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
Perasmi yang dijemput khas pada kali ini juga
merupakan seorang yang tidak asing lagi didalam PSS.Beliau ialah Sdr.Azizul
Julirin,setia usaha agung PSS pusat. Sebelum beralih kepada majlis penutupan
dan perasmian oleh perasmi,majlis terlebih didahului oleh majlis penyerahan
fail untuk setiap lajnah bagi membuka ruang kepada setiap ahli dalam setiap
lajnah untuk merancang hala tuju lajnah
masing-masing dalam memastikan gerak kerja yang efisien kearah melahirkan
budaya kerja yang professional di dalam gerak kerja PSST selepas ini.
Majlis diakhiri dengan majlis penutupan dan perasmian BPO PSST pada kali ini yang dirasmikan oleh Sdr.Azizul Julirin. Kira-kira jam 4.30,majlis secara rasminya berakhir dengan penuh jayanya sdetelah disudahi dengan solat asar secara berjemaah.PSST mengharapkan agar BPO yang pertama ini menjadi perintis kepada gerak kerja yang professional di dalam PSST demi memastikan kesinambungan perjuangan PSST untuk menyampaikan risalah islam yang tercinta ini,insyaAllah.
Giliran adik-adik memasak.....
Perlukah hadir BPO?
Kalau saya tidak hadir BPO ada kesankah terhadap organisasi?
Apa yang boleh saya sumbangkan dalam organisasi jika saya hadir BPO / tidak?
No comments:
Post a Comment