Wednesday, July 31, 2013

Kem Bina Juara 2013


Tuut..Tuut.. satu panggilan. 

"Assalamualaikum, kamu ada apa-apa program 26-28hb Julai ni? Kalau tiada, ustazah minta tolong KRU jadi fasilitator untuk program pelajar sekolah rendah. Tolong carikan 10 orang fasi muslimin dan muslimat sekali. Kalau lebih lagi bagus. Syukran"

"Waalaikumsalam ustazah, setakat ni tarikh tu free, tiada apa-apa program lagi. InsyaAllah kami boleh turun membantu. Nanti saya informkan siapa-siapa yang dapat turun."

Dapat jemputan dari pihak sekolah. :-)

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT, program tidak putus-putus sepanjang cuti hujung minggu. Bagi pimpinan KRU dan PSS, tidak sah jika tidak turun berprogram dihujung minggu walaupun kebanyakannya masih bergelar pelajar menengah dan mahasiswa. Jiwa sudah didoktrin dengan 'Study nombor satu, tapi dakwah bukan nombor dua'. Alhamdulillah, walau sesibuk mana pun memikul tanggungjawab sebagai pelajar, tugas sebagai da'ie tetap berjalan. Moga keredhaan Allah sentiasa menemani jalan dakwah mereka.

26-28hb Julai, Kem Bina Juara, bertempat di masjid Ubudiyyah, Tamparuli. Tujuh muslimat dan lima orang muslimin dari KRU dan PSS turun padang membantu sebagai fasilitator kepada adik-adik peserta yang datangnya daripada 16 buah sekolah sekitar Tuaran. Mengendali 127 orang adik-adik peserta bukan mudah sebenarnya, ditambah lagi dengan keriangan dan keriuhan mereka. Tapi tugas Da'ie itu harus flexible. Alhamdulillah, peserta program Kem Bina Juara adalah peserta yang terpilih dan menjadi contoh kepada pelajar lain. 


 tengok baik-baik kamu kumpulan yang mana...



 taklimat fasilitator

Tekun mendengar...

LDK 1: Tasmi' Surah Al-Fatihah 

 kumpulan kak Atikah

kumpulan kak Noor

 kumpulan kak Eva

 LDK 2: Jawi-Rumi

 LDK 3: Bahasa Arab (perbualan)

Ustazah turut membantu

Teka apa nama khat ini??? 


 Ustaz Hafiz merangkap Kem Kom...

Slot Ustaz Azim: Tarannum Bayyati

 Ceramah disampaikan oleh Ustaz Bakhtiar

Ucapan pengarah: Ustazah Siti Armah

Ucapan perasmian daripada wakil PPD

Iftar Jama'ie, ibu bapa turut hadir memeriahkan suasana


Tadarus yang diketuai Ustaz Hafiz 

Warming-up Slot Muhasabah

Tulis surat untuk mak ayah...

Menulis sambil menitiskan air mata??? 

Slot muhasabah? Serahkan dengan Kak Noor

Sudahlah, jangan sedih...

 Amanat daripada Ustazah untuk adik-adik peserta

Yehhh, dapat duit raya... Terima Kasih ustazah.

Terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi kepercayaan kepada KRU dan PSS untuk berkongsi input dan menjaga adik-adik peserta sepanjang tiga hari dua malam. Pengalaman yang sangat berguna buat kakak-kakak dan abang-abang KRU.  KRU dan PSS juga berharap boleh membantu program-program seterusnya yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Sebelum bergerak ke Kem Bina Juara di Masjid Ubudiyyah Tamparuli, sempat menghadiri Mesyuarat PSS Tuaran di Masjid An-Nur Tuaran jam 2 petang. Memperhalusi takwim dan spesifikasi tugas jawatankuasa organisasi PSST. Berusaha untuk menunaikan amanah yang diberi sebaik mungkin.

 Mana Timbalan Pengerusi 1 PSS Tuaran?

Dan sebelum itu, jam 12 tengahari berusrah dengan adik-adik kesayangan di SMKT dan SMKB.

 Tengok apa tu????? Ceria nampak....

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda: “Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia; nikmat kesihatan dan masa lapang.” (HR Bukhari)

Justeru, ayuh rakan-rakan manfaatkan masa cuti kita dengan aktiviti yang bermanfaat.



1 comment:

Nurul Syuhadah said...

wah!bestnya time tu.rindu pulak Kem Bina Juara thun lpas.hmm,tahun ni ada Kem Bina Juara?