Wednesday, July 3, 2013

KRIS Kota Belud 6.0

28-30hb Jun 2013
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan berjuta-juta nikmat kepada hambaNya. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW di atas perjuangan baginda akhirnya, nikmat iman dan Islam masih dirasai sehingga ke saat ini.


Penghujung bulan Jun, bermulanya cuti semester bagi kakak-kakak dan abang-abang PSS yang masih menuntut di IPTA tempatan mahupun semenanjung. Selesai sahaja program Qiamullail dan rehlah minggu lalu, lamaran program daripada PSS Kota Belud kepada ahli PSS dan KRU Tuaran untuk menyertai KRIS KB kali yang ke-6. Alhamdulillah, banyaknya nikmat Allah. Cuti semester ini tidak dibiarkan belalu dengan sia-sia.

Usai solat Jumaat, seperti biasa yang luar biasa, kehadiran yang menuntut istiqamah, iaitu perjumpaan pimpinan PSS dan KRU. Semestinya masjid An-Nur, Tuaran, menjadi medan utama aktiviti dan program   PSS dan KRUT. Sambil berusrah, sambil membincangkan hal-hal KRU yang memerlukan idea-idea yang membina untuk menambahbaikkan program KRU dari semasa ke semasa. Tanpa kehadiran murabbi, kami cuba sedaya upaya memerah otak dan lebih berdikari mencari jalan penyelesaian. Diskusi berlangsung sehinggalah ke Asar.

                                              ---------------------------------------------
"Pengangkutan kita ke KB macam mana ya?"

"InsyaAllah, ada kakak yang akan hantar kita."

"Alhamdulillah..."

Menanti dan terus menanti. Selesai solat maghrib, kami berempat bertolak dari Tuaran ke SMK Usukan, Kota Belud. Ahli PSS dari IPG Kent sudah mendahului.

Ketibaan kami disambut dengan wajah manis sahabat-sahabat yang sudah lama dirindui. Almaklumlah,  mereka belajar di perantauan. Cuti semester ini sahajalah kami berkesempatan bersua dan berprogram bersama-sama. Tidak kurang juga abang-abang dan kakak-kakak PSS yang lain, yang membesar dalam keluarga KRU sehingga naik ke PSS. Kebanyakannya berjaya mengorak langkah ke IPG, IPTA, bahkan berjaya sehingga ke peringkat master. Alhamdulillah.

Teringat Surah Muhammad yang murabbi kami pesan untuk dijadikan hafalan.

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
[Surah Muhammad: 7]


Saksikan aktiviti dan pengisian sepanjang program KRIS KB 6.0



pendaftaran peserta muslimin 

Pendaftaran peserta muslimat 

Taklimat 



Sesi Taaruf dalam kumpulan 

Sesi taaruf fasi muslimin 

Sesi Taaruf Fasi Muslimat 

Qiamullail dan Solat Subuh berjemaah 


Riadah



Modul apakah ini? Muslimin ja yang tau... 







Persembahan peserta 

itu diaaa Timb.Pengerusi 1 PSS Tuaran 




Pengerusi PSS KB







fasilitator pun busy membuat penilaian peserta 


 kuliah dasar "Akhlak"


Persiapan Nisa' Show 

modul turun-menurun dari 'Sifu Kami' @ Akhi Amin 

'Surat wasiat' untuk ibu bapa (modul)

mula dah... belum lagi kena penengan Kak Noor ni. 




“Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya kita dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasa kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang.”
(As-Syahid Syed Qutb)

Terima kasih kepada PSS dan KRU KB yang sudi menjemput kami. 

No comments: