Thursday, July 25, 2013

Ramadhan Kareem : Qiamullail Pimpinan 2013


Alhamdulillah. Allah masih memberi kesempatan bertemu Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini. Lebih manis lagi dapat bertemu dan bersama sahabat-sahabat dalam Qiamullail Pimpinan pada 20-21 Julai lalu.

Seramai 22 orang pimpinan PSS & KRUT yang terdiri daripada 8 muslimin dan 14 muslimat terlibat dalam Qiamullail di SRI Al-Hafidz ini .

Qiamullail kali ini lebih memfokuskan kepada kepimpinan dan muhasabah dari setiap pimpinan PSS & KRUT. Memuhasabahkan diri dari pelbagai aspek terutamanya dari sudut pengisian rohani kerana ia merupakan sudut yang paling dominan daripada yang lainnya.

Ayuh, terus bermujahadah menjaga dan mengisi rohani ini dengan mendekatkannya kepada Yang Maha Pencipta. Moga-moga sang rohani mencapai tingkat takwa di penghujung destinasinya...insya-Allah.

 Iftar Jama'ie yang pertama bersama Geng PSS & KRUT
 
 Solat Maghrib, Solat Isyak & Tarawih berjamaah
Alhamdulillah~
 
Terima kasih atas tazkirahnya.. 
 
Antara pimpinan Muslimin KRUT
 
 'Kemenangan yang Tertangguh'??
 
 Pengisian & pencerahan yang sangat baik.
Terima kasih Ustaz Izam ^_^
 
  
 
Fokus2
 
Seperti biasa, lepas solat Subuh baca Al-Mathurat kejap..
 
dalamnya ada Doa Rabitah.
Sesuai diamalkan semua peringkat usia ^_^
 
Kuliah Subuh yang santai daripada Ustaz Azim
 
 
'Sifat-sifat Tarbiyah'
 
 
 
 
Agenda terakhir, mesyuarat untuk Qiamullail akan datang &
Program2 sempena Aidilfitri nanti ^_^
 
 Masing-masing punya cdgn yang owsem~
 
Coklat mari~Bulan Ramadhan ni rezeki mencurah2
Terima kasih pada yang memberi ^_^
 
Antara pimpinan Muslimat PSS & KRUT
 
Jangan lupa singgah & beli di gerai PSS & KRUT @ bazar Tuaran.
Murah2...2 seringgit- 2 seringgit ^_^


No comments: