Wednesday, April 23, 2014

Qiamullail April 2014 & BPO PSS Tuaran



Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana telah mengizinkan PSS dan KRU Tuaran melaksanakan Qiamullail bulan April dan Bengkel Pengurusan Organisasi PSS yang bertempat di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli pada 19-20 April 2014. Program Qiamullail berjalan seperti biasa sebelum BPO PSS menyusul keesokan harinya.

Qiamullail bulan ini menampilkan tema "Rasa Bertuhan". Ustaz Hafiz telah berjaya mengupas tema ini dengan begitu menarik dan mempersonakan sehingga kami merasakan setiap detik hidup ini sentiasa dalam kawalan dan bimbingan Allah SWT.

Melalui tema pada bulan ini, kami dapat mengetahui lebih mendalam tentang rasa bertuhan. Kami juga dapat merasakan bahawa diri kita lebih kerdil dan tidak mempunyai  apa-apa. Semua yang ada pada diri kita hanya dipinjamkan oleh Allah dan bila-bila sahaja Allah akan menarik balik apa yang telah dipinjamkan-Nya.

Melalui kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Hafiz kami dapat mengetahui mengapa kita diciptakan oleh Tuhan dan apa tugas sebenar yang perlu kita laksanakan di dunia. Kita di dunia ini diumpamakan sedang mengambil satu peperiksaan yang besar dan akan diperiksa di akhirat kelak. Jika kita lulus, maka syurga adalah tempat kita. Allah menciptakan jin dan manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah seperti dalam surah az-Zariyat, ayat 56 yang bermaksud;

"Tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah (beribadah) kepada-Ku."

Ustaz juga menyentuh bahawa kepercayaan kepada Allah menjadi sesuatu yang dianggap remeh oleh sebilangan umat manusia pada masa kini kerana lalai dengan nafsu, hiburan dan harta. Mereka tidak tahu dan tidak sedar bahawa dunia hanya sementara dan adanya hari pembalasan. Kebanyakan umat manusia pada masa ini tidak mempercayai kewujudan Allah dan sering menjadi persoalan mengapa mereka harus mempercayai Allah sedangkan tidak mampu melihat-Nya? Astaghfirullah. Kita boleh merasa kewujudan Allah melalui dalil naqli mahupun dalil aqli. 

Ustaz mengemukakan analogi udara dan tenaga elektrik bagi memudahkan kefahaman kami. Kita mengetahui bahawa udara dan tenaga elektrik ada tetapi kita tidak dapat melihatnya, begitulah juga kita mengetahui bahawa Allah itu wujud tetapi kita tidak mampu melihatnya. Namun, kita dapat merasai kewujudan Allah SWT.

Kehadiran rasa bertuhan dapat mengawal diri kita agar sentiasa menyemai sifat mahmudah dan menjauhi sifaz mazmumah, seterusnya menjadi seorang insan yang beriman dan bertakwa.


Sebelum itu, Kuliah Maghrib pula disampaikan oleh Ustaz Munsif yang bertajuk “Tazkiyatun Nafs”.

Kuliah yang telah disampaikan oleh ustaz Munsif  ialah tentang bagaimana hendak membersihkan hati. Tidak ada pil yang bolah digunakan untuk merawat penyakit hati. Penyakit hati haruslah diubati dengan mentauhidkan Allah SWT.

Antara rawatan dan ubat yang boleh membersihkan hati ialah dengan mengerjakan ibadah seperti solat, berzikir, membaca al-Quran, berpuasa dan bertaubat.

Taubat bermakna:
i.    Kembali kepada Allah SWT, peraturan-Nya dan hukum-Nya.
ii.   Membuang dan mengosongkan hati daripada perkara-perkara buruk yang merosakkan hati.
iii.  Menutup hati daripada kejahatan dan membuka hati kepada kebaikan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Dan ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.” (HR Bukhari dan Muslim)

Malam: Post mortem dan perancangan hari esok.

Pagi: Mesyuarat Pelantikan AJK Qiam Mei.
Keputusan Mesyuarat: Tarikh qiam akan datang pada 24-25 Mei + Majlis meraikan lepasan UPSR, PMR, SPM dan STPM 2013. Cadangan tempat di SRI Al-Hafidz Tuaran.
Semua dijemput hadir (^______^)

******************************

Berakhirnya program Qiamulail, Bengkel  Pengurusan Organisasi (BPO)  Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Tuaran pula dilaksanakan  bagi tahun 2014. BPO PSS Tuaran adalah kesinambungan daripada BPO KRU Tuaran yang telah dilaksanakan pada bulan Februari 2014. BPO ini turut dihadiri oleh barisan pimpinan KRU Tuaran bagi membuat penyelarasan tugas antara pimpinan PSST dengan pimpinan KRUT.

 
 Peserta-peserta BPO PSST

BPO PSST dimulakan dengan sesi taaruf. Bukan sekadar taaruf. 

 

 

 




Majlis diteruskan dengan kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Zaiem bertajuk “Kepimpinan Melalui Teladan”. Butir-butir bicara penceramah menusuk masuk jauh ke dalam hati. Memuhasabahkan diri. 






Akhir sekali penerangan tugas MT/EXCO, perancangan, perbincangan, pembentangan dan rumusan sebelum majlis penutupan.












Friday, April 18, 2014

Jom hadir ke Qiamullail April!!


Program Qiamullail Bulanan datang lagi!! Dengan tema "Rasa Bertuhan".

Jom p ramai2, bersama kita menyuburkan rasa bertuhan dalam diri.
Moga Allah sentiasa merahmati kita semua.

InsyaAllah jumpa di sana ^_^
 


Monday, April 14, 2014

KSU DALAM KENANGAN




Alhmdulillah. Tiada kata yang mampu untuk kami ungkapkan, selain mengucap syukur kepadaMu Ya Allah.

Berakhirnya progam julung-julung dilaksanakan, program Kem Sahsiah Unggul (KSU) bertempat di SMK Tamparuli bermula 4hb sehingga 6hb April 2014.

Program yang memberi seribu satu  kenangan buat kami, apatah lagi para peserta program. Awalnya program ini bermula pada pukul 2:00 petang. Ajk pendaftran sedia menunggu para perserta datang dari segenap sekolah menengah sekitar Daerah Tuaran yang dijemput khas untuk bersama menjayakan program  KSU ini.

Pada mulanya jangkaan para peserta hanya 150 orang, namun sasaran kami meleset. Ternyata sambutan daripada para peserta melebihi jangkaan kami kerana jumlah peserta adalah 167 orang dengan kekuatan AJK melebihi 60 orang. Allahuakhbar. Statistik ini jelas menunjukkan betapa dahaganya para pelajar untuk menghadiri program seperti ini khususnya program berbentuk islamik. Tahniah kepada semua peserta yang telah menhadirkan diri dan terima kasih diatas kerjasama semua sekolah yang terlibat iaitu SMK Tamparuli, SMK Badin, SMK Sungai Damit, SMK Sri Nangka, SM St John, SMK Taman Ria dan SMK Tenghilan.

Program ini terus berjalan seperti yang dirancang mengikut tentatif yang telah disediakan. Walau adakalanya aktiviti tersasar dari masa yang sepatutnya,  namun bagi kami inilah cabaran yang perlu ditangani dengan bijaksana. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Sesungguhnya Allah sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, apabila melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun.”
(Hadis riwayat Baihaqi)

Merenung seketika melihat para peserta dikala penat menyapa, kami melihat ada riak gembira yang sangat bernilai dapat kami rasai. Ada kasih dan sayang yang sentiasa menagih. Ada ramah dalam setiap pergaulan. Ada keinsafan menyentuh hati. Ada tangis dalam gurauan. Dan ada takwa dalam rasa ketundukan pada Maha Mencintai...Allah.

Pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya : " Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya Iman dan layarnya adalah tawakal kepada ALLAH."

Semoga kita sentiasa dibasahi dengan ladang-ladang ilmu untuk diamal bersama.


EKSKLUSIF HARI PERTAMA: 4 APRIL

AJK Persiapan Tempat: Bersiap sedia. Tim. Pengarah turut turun padang.

Solat Asar



Pemilihan penghuluwati

AJK

Sedia berkhidmat


Sedia berkongsi

Suapan istimewa buat Tim. Pengarah KSU

Kuliah Maghrib: Ikhlaskan niat kerana Allah (Ustaz Azim)

Bersemangat: Bingkai Kehidupan

Ustaz Nik Anwar: Akidah Kukuh, Sahsiah Terpuji

Taaruf Fasi: Mana fasi muslimin yang lain?

LDK 1 pun bermula





Post mortem pertama

EKSKLUSIF HARI KEDUA: 5 APRIL

 Subuh: Video Ammar (Kak Azidah)

Riadah

Pengerusi PSST: Akhlak Berkualiti, Jatidiri Terpuji



Kreatif : Acar timun antara menu makan tengahari





Ustaz Razlie: Ibadah Sahih Membentuk Peribadi Unggul

Solat Asar

AJK beriadah

Bersedia untuk latihan Malam Kesenian





Solat Maghrib

Kuliah Maghrib: Ukhuwah (Ustazah Azwa)

Ini dia para juri Malam Kesenian Islam..kritikan membina pastinya...






Persembahan wakil AJK....senyuman tak lekang di bibir

Tidak ketinggalan...persembahan dari fasilitator

 Alternatif Platform Dakwahku: KRU

Pra Malam yang Kau Cari

Ibu......ayah......Rahmati mereka Ya Allah

Post mortem kedua



EKSKLUSIF HARI KETIGA: 6 APRIL

Subuh: Timbalan Pengerusi 1 PSST (Dakwah vs Akademik)

Amazing Race bakal bermula












Majlis Perasmian Penutupan 




Ucapan Kem Kom

Tahniah semua!


















Lambaian Ukhuwah....sehingga ketemu lagi.

Lensa KSU







Kami sedar, adalah masih ramai jiwa-jiwa yang mencari-cari program yang bisa mencuit sanubari mereka, asbab agar mereka faham akan matlamat manusia ini dicipta apatah lagi dilahirkan sebagai seorang Islam. Lambaikan ukhuwah yang menjadi titik perpisahan kami bersama para peserta bukan bermakna itulah yang terakhir kita megorak langkah perubahan malah itulah sebenarnya titik permulaan untuk kita berkeluarga selepas ini. Bergenang airmata, akhirnya jatuh jua ke pipi walau sedaya upaya para peserta ini menahan. Semoga terus tabah dan ada ole-ole  yang bisa adik-adik  bawa sebagai bekalan dalam menempuhi duniamu wahai para adik peserta. Allah. Sungguh!! Kami rindu pada kalian.

 KSU melabuhkan tirai, ukhuwah kian tersemai