Wednesday, April 23, 2014

Qiamullail April 2014 & BPO PSS Tuaran



Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana telah mengizinkan PSS dan KRU Tuaran melaksanakan Qiamullail bulan April dan Bengkel Pengurusan Organisasi PSS yang bertempat di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli pada 19-20 April 2014. Program Qiamullail berjalan seperti biasa sebelum BPO PSS menyusul keesokan harinya.

Qiamullail bulan ini menampilkan tema "Rasa Bertuhan". Ustaz Hafiz telah berjaya mengupas tema ini dengan begitu menarik dan mempersonakan sehingga kami merasakan setiap detik hidup ini sentiasa dalam kawalan dan bimbingan Allah SWT.

Melalui tema pada bulan ini, kami dapat mengetahui lebih mendalam tentang rasa bertuhan. Kami juga dapat merasakan bahawa diri kita lebih kerdil dan tidak mempunyai  apa-apa. Semua yang ada pada diri kita hanya dipinjamkan oleh Allah dan bila-bila sahaja Allah akan menarik balik apa yang telah dipinjamkan-Nya.

Melalui kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Hafiz kami dapat mengetahui mengapa kita diciptakan oleh Tuhan dan apa tugas sebenar yang perlu kita laksanakan di dunia. Kita di dunia ini diumpamakan sedang mengambil satu peperiksaan yang besar dan akan diperiksa di akhirat kelak. Jika kita lulus, maka syurga adalah tempat kita. Allah menciptakan jin dan manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah seperti dalam surah az-Zariyat, ayat 56 yang bermaksud;

"Tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah (beribadah) kepada-Ku."

Ustaz juga menyentuh bahawa kepercayaan kepada Allah menjadi sesuatu yang dianggap remeh oleh sebilangan umat manusia pada masa kini kerana lalai dengan nafsu, hiburan dan harta. Mereka tidak tahu dan tidak sedar bahawa dunia hanya sementara dan adanya hari pembalasan. Kebanyakan umat manusia pada masa ini tidak mempercayai kewujudan Allah dan sering menjadi persoalan mengapa mereka harus mempercayai Allah sedangkan tidak mampu melihat-Nya? Astaghfirullah. Kita boleh merasa kewujudan Allah melalui dalil naqli mahupun dalil aqli. 

Ustaz mengemukakan analogi udara dan tenaga elektrik bagi memudahkan kefahaman kami. Kita mengetahui bahawa udara dan tenaga elektrik ada tetapi kita tidak dapat melihatnya, begitulah juga kita mengetahui bahawa Allah itu wujud tetapi kita tidak mampu melihatnya. Namun, kita dapat merasai kewujudan Allah SWT.

Kehadiran rasa bertuhan dapat mengawal diri kita agar sentiasa menyemai sifat mahmudah dan menjauhi sifaz mazmumah, seterusnya menjadi seorang insan yang beriman dan bertakwa.


Sebelum itu, Kuliah Maghrib pula disampaikan oleh Ustaz Munsif yang bertajuk “Tazkiyatun Nafs”.

Kuliah yang telah disampaikan oleh ustaz Munsif  ialah tentang bagaimana hendak membersihkan hati. Tidak ada pil yang bolah digunakan untuk merawat penyakit hati. Penyakit hati haruslah diubati dengan mentauhidkan Allah SWT.

Antara rawatan dan ubat yang boleh membersihkan hati ialah dengan mengerjakan ibadah seperti solat, berzikir, membaca al-Quran, berpuasa dan bertaubat.

Taubat bermakna:
i.    Kembali kepada Allah SWT, peraturan-Nya dan hukum-Nya.
ii.   Membuang dan mengosongkan hati daripada perkara-perkara buruk yang merosakkan hati.
iii.  Menutup hati daripada kejahatan dan membuka hati kepada kebaikan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Dan ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.” (HR Bukhari dan Muslim)

Malam: Post mortem dan perancangan hari esok.

Pagi: Mesyuarat Pelantikan AJK Qiam Mei.
Keputusan Mesyuarat: Tarikh qiam akan datang pada 24-25 Mei + Majlis meraikan lepasan UPSR, PMR, SPM dan STPM 2013. Cadangan tempat di SRI Al-Hafidz Tuaran.
Semua dijemput hadir (^______^)

******************************

Berakhirnya program Qiamulail, Bengkel  Pengurusan Organisasi (BPO)  Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Tuaran pula dilaksanakan  bagi tahun 2014. BPO PSS Tuaran adalah kesinambungan daripada BPO KRU Tuaran yang telah dilaksanakan pada bulan Februari 2014. BPO ini turut dihadiri oleh barisan pimpinan KRU Tuaran bagi membuat penyelarasan tugas antara pimpinan PSST dengan pimpinan KRUT.

 
 Peserta-peserta BPO PSST

BPO PSST dimulakan dengan sesi taaruf. Bukan sekadar taaruf. 

 

 

 




Majlis diteruskan dengan kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Zaiem bertajuk “Kepimpinan Melalui Teladan”. Butir-butir bicara penceramah menusuk masuk jauh ke dalam hati. Memuhasabahkan diri. 






Akhir sekali penerangan tugas MT/EXCO, perancangan, perbincangan, pembentangan dan rumusan sebelum majlis penutupan.












No comments: