Cepat. Sungguh cepat bagi kami dapat berkunjung lagi ke Kampung Melalin, Tuaran sempena Qiamullail Special dan Malam Kesenian Islam pada 29-30 Mac 2014 selepas kunjungan pertama atas jemputan untuk mengendalikan Program Smart Solat pada 16 Mac 2014. Hanya selang dua minggu. Mereka berhasrat untuk menjemput kami semula, kami pula berhasrat untuk datang lagi, lagi dan lagi. Alhamdulillah dipermudahkan.
Kunjungan kami kali ini disenergikan dengan kehadiran Kumpulan Muslih yang sudi bekerjasama dalam misi dakwah kali ini.
"Kami amat menghargai kehadiran PSS dan KRU ke kampung kami ini lagi kerana sudi berkongsi ilmu yang sebelum ini kami tidak tahu. Kami sangat MEMERLUKAN ILMU." Pengerusi Masjid Nurul Hidayah.
Ya, hakikatnya kita semua amat memerlukan ilmu.
"Jika kamu mahu berjaya di dunia, hendaklah dengan ilmu. Jika kamu mahu
berjaya di akhirat, hendaklah dengan ilmu dan jika kamu mahu berjaya di
kedua-duanya, juga hendaklah dengan ilmu." (Imam Syafie)
Persiapan....
Pemimpin masa hadapan....
Sokongan padu...
Majlis bakal bermula...
Ucapan Pengerusi PSS Tuaran
Ucapan Wakil Ketua Kampung
merangkap Pengerusi Masjid Nurul Hidayah Kg Melalin
Tanda kenang-kenangan
Kumpulan Muslih memulakan persembahan
Berhibur tiada salahnya, yang penting menepati syariat
11 buah nasyid yang dipersembahkan
Pemenang kuiz
Pesembahan diselang-selikan dengan kuiz dan tazkirah
No comments:
Post a Comment