Monday, July 13, 2009

Ku Kenal Ku Cinta”

PROGRAM PEMANTAPAN AQIDAH SMKT: Ku Kenal Ku Cinta”

Balik dari bercuti semester satu, ‘perancang utama’ program memaklumkan dia dapat pindah ke Perlis. Dua minggu lagi program akan dilaksanakan. Dia mengharapkan program dapat dilaksanakan walaupun dengan ketiadaan dia. Jawatankuasa baru diwujudkan demi memastikan kelangsungan program dan untuk mencapai objektif 2 dalam 1. Ajk cilik dibentuk dari gabungan peserta kris ’08 dan ’09, 33 orang…ramai tapi tidak berpengalaman. Rabu, 24 Jun, mesyuarat pertama dilaksanakan (perlantikan MT dan AJK serta pemberihuan spesifikasi tugas). 25 Jun, Khamis malam mesyuarat bersama timbalan pengarah 1 dan ajk-ajk yang tinggal di asrama. 29 Jun, Isnin mesyuarat dengan ketua-ketua setiap bahagian. 30 Jun, Selasa mesyuarat bersama ketua-ketua setiap bahagian dan guru pemantau setiap bahagian. 2 Julai, Khamis mesyuarat terakhir melibatkan semua ajk dan guru pemantau.

Alhamdulillah semuanya sudah selesai…..detik-detik mencabar beberapa hari sebelum program diharungi dengan sabar dan tabah…otak ligat mencari plan B, C dan….Hari Rabu dimaklumkan dewan jubli perak akan digunakan untuk pertandingan lawan pedang pada hari sabtu dan ahad… Rabu malam yang dijadualkan tarikh mesyuarat diteruskan walaupun hanya secara online yang akhirnya bertukar kepada penggunaan telefon bimbit, diiringi pengumum ‘orang penting’ tidak dapat menghadiri program. Khamis pagi dimaklumkan lawan pedang ditangguhkan, lega…Hari yang sama 8 orang fasi muslimat mohon undur diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dapat bahan penerbitan, hantar ke bahagian cetak untuk diperbanyakkan, pun begitu baru 2 yang dapat diperbanyakkan mesin ‘copy print’ meragam. Mesin akan dibaiki esok pagi…Khamis petang dapat berita lawan pedang akan diteruskan.....Jumaat bermula hampir jam 9 pagi bekalan elektrik terputus hingga 1.30 petang. Balik dari sekolah dapat mesej dari ajk persiapan tempat lawan pedang dibatalkan. Sementara itu, ajk pengisian masih sibuk mencari penganti penceramah…

Jumaat malam tentatif B hendak diguna pakai. Semasa kuliah maghrib kelibat ‘orang penting’ kelihatan menghadiri program. Seusai menunaikan solat isyak dapat perkhabaran penceramah menghadapi masalah kenderaan di tengah jalan. Beralih pula ke tentatif C hingga hari kedua. Sementara hari ketiga kekal menggunakan tentatif A.

Dari segi teknikal semuanya boleh dikira berjalan lancar...pendaftaran bermula 2.00pm. Persiapan tempat dapat diatur dengan baik. Penyediaan makanan menepati masa, menu lazat dan berkhasiat. Keselamatan dan kebajikan peserta terjaga. Semua hadiah / cenderamata tersedia elok. AJK protokol dan teknikal dapat melaksanakan majlis penutupan dengan cemerang, siap ada buku atucara dan sempat menyiapkan ‘slide show’ walaupun terpaksa tidur jam 4.00 pagi. Gotong-royong medapat kerjasama padu daripada semua ajk dan peserta.

Sekalung tahniah buat jawatankuasa program yang begitu komited dan proaktif…tidak cukup telinga dan mulut melayan pertanyaan mereka…mereka tidak mahu ‘malu bertanya sesat jalan’. Malahan sebahagian mereka berjaya menjalankan dua tugas sekaligus, sebagai ajk dan peserta. Tidak lupa juga kepada guru-guru pemantau termasuk guru praktikum yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan sanggup turun padang. Akhir sekali kepada kem kom dan fasi-fasi yang sudi menanam, menyiram dan membaja jati diri sebenar peserta sehingga peserta sanggup membuat anjakan paradigma. Jazakallahukhairankathiran...

Apa pula persepsi peserta??? “Ini kem islamik ketiga yang saya ikuti, secara perbandingan ini lebih baik, banyak aktiviti dan pengisian”. “Saya mahu ikut lagi program ini kerana mahu menambah ilmu dan mahu berubah menjadi lebih baik”. “Saya tidak mahu lagi menyertai program ini kerana mahu bagi peluang kepada rakan lain yang belum menyertai program ini, saya akan menyertai program lain jika ada”. “Saya mahu berdakwah selepas ini terutama kepada kawan-kawan yang tidak/kurang meminati program-program Islam”.

Kesimpulan resolusi daripada 12 kumpulan : 1. Menunaikan solat 5 kali sehari semalam. 2. Menjaga batas pergaulan. 4. Memelihara aurat. 5. Menghormati dan menyayangi ibu bapa.

No comments: