Wednesday, July 22, 2009
QIAMULLAIL TAMPARULI (Makcik-Makcik pun nak buat qiam)
18 Julai 2009 ~
Alhamdulillah, undangan Kak T agar ada ahli PSS turut hadir bersama meraihkan permintaan makcik-makcik untuk mengadakan qiamullail di Masjid Ubbudiyah, Tamparuli dapat dipenuhi. Makcik-makcik ini mengikuti kelas mengaji yang dikelolakan oleh Kak T setiap hari ahad bermula jam 2 petang setiap minggu. Apa yang mendorong makcik-makcik ini mahu melakukan qiamullail? Sebenarnya makcik-makcik ni mahu merasa berqiamullail seperti qiamullail bulanan KRU Tuaran di Masjid An-Nur, Tuaran yang selalu dihadiri oleh anak-anak / anak-anak jiran dan kenalan mereka. Mesej baik yang dibawa oleh ahli-ahli KRU ini terutama dari segi perubahan tingkahlaku yang lebih positif menarik minat makcik-makcik untuk belajar dan merasai kelebihan ibadah qiamullail.
Majlis yang diadakan agak santai, dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah, tazkirah yang disampaikan oleh Cikgu Din, belajar mengaji dan Solat Isyak berjemaah. Selepas itu, sesi makan malam bersama-sama sambil bertukar-tukar juadah yang dibawa dari rumah masing-masing. Kemudian ada yang meneruskan belajar mengaji, sementara yang lain berbincang menambahkan kefahaman agama dengan Ustazah Mashitah dan Diana.
Bersemangat, jam 2.30 pagi makcik-makcik sudah bangkit dari pembaringan dan bersiap sedia untuk melalukan solat Tahajjud, Taubat, Hajat dan Witir. Sebelum mula Kak T memberi panduan terlebih dahulu dengan makcik-makcik tersebut. Jam 4 pagi solat-solat sunat siap dikerjakan. Sementara menunggu masuk waktu Subuh ada yang meneruskan aktiviti dengan mengaji dan ada pula yang bersahur untuk menunaikan ibadah puasa sunat Rejab. Majlis tamat selepas solat Subuh berjemaah dan tazkirah yang disampaikan oleh Cikgu Zul. Kegembiraan jelas terbayang diwajah makcik-makcik tersebut. Mereka mencadangkan agar program ini diadakan setiap minggu, walaupun begitu keputusan telah dibuat untuk peringkat awal ini biarlah dibuat secara bulanan terlebih dahulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment