Wednesday, July 29, 2009

TITIAN KASIH ESTET TENGHILAN 2

26/JULAI/2009

Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh

Dijemput kali kedua ke Estet Tenghilan?? Dari pihak PSS Tuaran, kami sangat mengalu-alukan jemputan dari pihak kampung atau pihak sekolah atau pihak yang berkeperluan untuk kami membuat program di tempat mereka. Tetapi kesukaran mendapatkan penceramah adakalanya menjadi masalah kepada kami terutama selepas ketiadaan pemilik kancil kiut.

Jika dulu Titian Kasih I, penulis dan Cik Rohana mengisi slot 1 dan 2. Untuk kali kedua ini pula, PSS bercadang mencari penceramah lain dengan tajuk yang berbeza.



Malangnya, penceramah-penceramah yang diharapkan tidak dapat hadir kerana mempunyai komitment lain. Pengurusan agak kelam kabut. Alhamdulillah di saat-saat akhir, Allah mengirimkan dua orang anak sabah yang baru balik dari perantauan untuk menjadi penceramah.

Kalau diikutkan perancangan, slot 1 berkaitan dengan aqidah dan slot 2 berkaitan dengan Ramadhan. Namun keadaan menyebabkan penceramah menyampaikan ceramah yang lebih kurang sama dengan Titian Kasih I.

Sejujurnya penulis rasa bersalah dengan ketidakaturan program tetapi Alhamdulillah kedua-dua penceramah bijak menyesuaikan diri dengan keadaan program.

No comments: