19 Julai 2009 Kg. Topokon.
Hasrat ahli KRU Tuaran, Adik Misran untuk mengadakan program di kampung halamannya akhirnya tercapai jua. Walaupun cadangan awal adik Misran untuk mengadakan program bernama ‘Isteriku Sayang’, kemudian ditukar kepada ‘Keluargaku Sayang’ tapi menjadi Program Titian Kasih adik Misran tidak kisah janji satu progaram dibuat di kampungnya demi mahu melihat sinar Islam subur pada jiwa penduduk kampungnya. Lagi penting semangat mahu berdakwah di kalangan orang yang paling dekat dengannya. Kembara dakwah yang disertai adik Misran tidak melupakan tangggungjawabnya terhadap penduduk kampungnya sendiri.
Selaku pengarah progarm Adik Misran telah beusaha sedaya upaya mengurus program dengan sebaik mungkin walaupun pelbagai cabaran perlu ditempuh, dari berurusan dengan imam yang juga penghuhlu kampung sehinggalah persiapan akhir program yang turut dibantu oleh sahabat rapatnya, Jamil. Menariknya, Misran lebih dikenali dengan panggilan ‘ustaz’ dikalangan penduduk kampungnya. Semasa bersembang dengan makcik-makcik di kampung tersebut sementara menunggu program bermula, seorang makcik lantas mengatakan kami di sini biasa panggil dia ustaz. Mengapa makcik? Pertanyaan itu lancar sahaja keluar dari mulut. Sebab dialah anak muda yang selalu berada di surau ini, suka aktiviti-aktiviti agama dan penampilannya pun macam ustaz.
Program di kampung misran diserikan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Presiden PSS, Saudara Bunyamin Bakri yang datang dari Sandakan. Selepas rehat minum pagi, Saudara Bunyamin meneruskan slot kedua dengan penerangan tayangan UMMAH. Turut hadir di majlis tersebut empat orang ahli PSS dan tujuh orang ahli KRU Tuaran.
No comments:
Post a Comment