Monday, July 13, 2009

“Mengejar Cinta Ilahi, Menuju Jannah Firdausi”

KEM SMART SOLAT SMK BADIN, TUARAN

Seusai Kem Pemantapan Aqidah SMKT 03-05 Julai 2009, kini beralih pula untuk membantu membuat persiapan Kem Smart Solat anjuran Panitia Pendidikan Islam, SMK Badin, Tuaran dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS) pada 10-12 Julai 2009 bertempat di Masjid An-Nur, Tuaran.yang ditunda sebelum cuti semester 1 lagi. Sasaran peserta kem adalah pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua SMK Badin.

06 Julai 2009 memberi peluang kepada semua untuk berehat.

07 Julai 2009 follow up AJK pengisian, malangnya AJK pengisian menghadapi sedikit masalah dan tidak dapat meneruskan tugas yang diberi. Episod mencari pengganti bermula. Alhamdulillah berjaya mencari penganti, Syima. Malam mesyuarat dengan penyelaras program dan dapat menyimpulkan jawatankuasa pelaksana diperlukan. Sebelum himpun daya sempat berbincang dengan seorang ahli KRU membentuk jawatankuasa program dari kalangan ahli KRU Tuaran.

08 Julai 2009 menunggu respon daripada jawatankuasa yang dibentuk sehingga maghrib, namun ada yang tidak dapat menyumbang tenaga dan masa kerana ada hal mustahak. Malam, susunatur semula jawatankuasa pelaksana.

09 Julai 2009 pagi sebelum pergi lawatan, serahkan senarai jawatankuasa kepada seorang ahli KRU dan minta dia maklumkan yang lain. 4.30 petang mesyuarat pertama dan terakhir penyelaras dengan jawatankuasa pelaksana program, tidak banyak persoalan dibangkitkan kerana AJK memahami spesifikasi tugas yang diagihkan dan sudah menimbah pengalaman hujung minggu lepas semasa Kem Pemantapan Aqidah SMKT. Semasa mesyuarat inilah ruang dibuka kepada tujuh orang pelajar SMKT untuk menyertai Kem Smart Solat.

10 Julai 2009 5.40 petang, bas untuk ke tapak program sudah menunggu.
“Cikgu, saya mau ikut bah pergi Kem Smart Solat,”.
“Kenapa tidak datang ke sekolah dan tidak datang mesyuarat kelmarin? Tugas Nur sebagai AJK Kebajikan Dan Keselamatan dah diganti oleh orang lain,”cikgu.
“Saya sakit cikgu. Bagilah bah saya peluang cikgu,”Nur.
“Baiklah Nur jadi peserta,” Cikgu.
“Terima kasih cikgu,”Nur.

Nur menelefon emaknya.
“Cikgu, mak saya bagi saya ikut kem. Tapi cikgu, pakaian saya macam mana?”Nur.
“Kita singgah sekejap di rumah Nur,”Cikgu.

Dalam bas setelah Nur mengambil pakaian.
“Kawan-kawan saya dapat duit belanja daripada mak saya. Tadi sebelum jalan saya cium-cium pipi mak saya, masa tu lah mak saya hulurkan tangan dalam poket saya dan bagi tahu ‘ini duit belanja’. Dalam keadaan mahu cepat saya capai handphone bapa saya sambil bagi tahu ‘pak, saya bawa handphone’. Bapa saya kata ‘bawa saja, bawa saja’,”Nur bercerita panjang dengan wajah keriangan.
“Wah! Seronoknya ada emak dan bapa seperti Nur yang sentiasa menyokong anaknya menghadiri program-program sebegini,”Cikgu.

Suasana ini menjadi pengubat perbualan sebelum itu yang mengundang resah.

Selepas pendaftaran peserta bersiap untuk menunaikan Solat Maghrib. Kemudian peserta mengikuti Kuliah Maghrib ‘Kewajipan Solat dan Azab Meninggalkannya’ yang disampaikan oleh Ustaz Rahimi. Selepas Solat Isyak, makan malam diikuti Kuliah Dasar 1 ‘Rukun Wudhu’ dan Solat’ yang dikupas oleh Ustaz Zaki. Disusuli pula dengan LDK 1. Slot malam pertama diakhiri dengan bacaan Surah Al-Mulk.

Tabir 11 Julai 2009 disingkap dengan qiamullail pada jam 4.00 pagi, walaupun ada yang tidak sempat tahajjud kerana telah masuk waktu subuh. Kuliah Subuh ‘Azan, Iqamah Wirid dan Doa’ disampaikan oleh Saudara Fezri secara santai dan praktikal supaya peserta tidak mengantuk. Peserta kemudian berpeluang beriadah agar lebih cergas dan cerdas. Selepas sarapan pagi dan khidmat diri peserta disajikan pula dengan Kuliah Dasar 2 ‘Solat Berjemaah: Tuntutan, Syarat, Kaifiat, Pelaksanaan dan Hukum Berkaitan. Ustaz Syahir lebih fokuskan isi bicara pada cara solat yang betul. Peserta tampak dapat memberikan tumpan kerana kaedah penyampaian yang sesuai dengan tahap peserta. Minum pagi, LDK 2, Solat Zuhur, Makan tengah hari, LDK 3, Solat Asar, Riadah, Makan malam, Solat Maghrib, Kuliah Maghrib ‘Peranan Imam dan Makmum dalam Solat Berjemaah’ disampaikan oleh Saudara Khairuddin, Solat Isyak, Kuliah Dasar 3 ‘Haiya ‘ala Solah, Haiya ‘ala Falah’ oleh Ustaz Sattar, Malam Penghayatan dan akhir sekali bacaan Surah Al-Mulk.

12 Julai 2009. 4.00 pagi qiyamullail bermula dan solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan witir dibuat secara individu. Solat Subuh, kemudian sempat mengadakan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Saudara Jubair. LDK 4, Riadah, sarapan pagi, khidmat diri, LDK 5 saat yang paling susah untuk meleraikan antara fasailitator dengan adik-adik kumpulan, majlis perasmian penutupan dan lambaian ukhuwwah.

“Secara keseluruhan Kem Smart Solat ini telah dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna walaupun mungkin ada kelemahan-kelemahan kecil yang boleh diperbaiki lagi. Tanpa kerjasama semua pihak mustahil kem ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ustazah harap semua fasilitator dan AJK tidak serik dan sudi lagi membantu kerana ustazah merancang untuk mengadakan dua kem lagi tahun ini. Salah satu adalah Kem Bahasa Arab,” Demikian ulasan penyelaras program, Ustazah Azwa semasa perjumpaan terakhir dengan semua fasilitataor dan AJK.

Terima kasih banyak kepada para fasilitator yang datang dari jauh mahupun dekat. Tahniah jawatankuasa pelaksana (Jamil, Misran, Ira, Nonoi, Noor, Nurence, Ain, Sofia, Anita, Sarah, Shela, Jurainah) yang masih bersedia menjadi ajk program-program lain. Tentu lebih banyak pengalaman yang dapat ditimbah terutama kepada pengendali malam penghayatan dan MC. Tidak lupa juga warga pendidik SMKB yang bersilih ganti memantau kem dari semasa ke semasa. Kepada adik-adik peserta moga solat lebih sempurna dan jangan lupa kongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain. Moga ukhuwwah akan terus terjalin walaupun ‘jambatan’ tidak menjadi. Lain kali kita cuba lagi bina ‘jambatan’ dengan syarat adik-adik jangan ketinggalan menyertai program-program lain yang bakal menyusul. Terima kasih juga kepada Ayu dan Nabila kerana sudi meluangkan masa mengikuti kuliah malam.

“Wahai orang-orang yang beriman jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)





No comments: